Prolog

2.9K 92 13
                                    

Hujan yang tadinya gerimis, kini mulai lebat. Tangan Zahra mulai lenguh untuk memegang beg tangan nya di atas kepala. Lagipun apa faedahnya jika memang seluruh badan nya sudah basah lencun akibat hujan yang turun dari langit mencurah-curah tanpa henti.

Zahra lantas mencabut kasut tumit tingginya kerana kakinya sudah sakit. Memang lah jarak nya berasa dekat ketika datang tadi. Itu kerana sewaktu datang dia menaiki kereta dan ketika balik dia berjalan kaki.

Hujan yang turun itu membuatkan tiada sesiapapun yang perasan bahawa tatkala ini Zahra sedang menangis. Tidak habis-habis dia menyebut.......

"Kau memang bodoh Zahra"

"Asal kau bodoh sangat Zahra."

"Kau sepatutnya sedar, dia handsome kau tu buruk, hodoh. "

"Aku memang tak layak ke untuk ke dia? "

"Bodoh, bodoh, bodoh. "

Zahra berkata sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Orang yang lalu-lalang menggunakan kereta mungkin akan berkata bahawa dia gila. Sudah lah bercakap sorang-sorang. Cukup untuk membuat orang lain memberi tanggapan negatif terhadapnya.

"Auchh!" Adu Zahra. Sangkaan nya tepat apabila dia melihat ada serpihan kaca yang tercucuk di kakinya. Dia duduk di bahu jalan sambil mengeluarkan kaca tersebut dari kakinya.

Selesai sahaja membuang serpih kaca tersebut, Zahra terus berjalan. Tidak di hiraukan kakinya yang masih mengeluarkan darah. Hati nya lagi sakit berbanding kakinya itu. Namun, tiada siapa yang mengerti.

Hujan turun semakin lebat. Badan Zahra mula menggigil kesejukan ditambah lagi dengan guruh yang berdentum-dentam.

Perjalanan Zahra terasa jauh. Badan nya lesu dan letih. Zahar penat. Namun, digagahkan jua untuk berjalan. Nak berteduh? Tapi di mana? Kalau nak duduk di hadapan kedai takut di halau. Dia mungkin akan dituduh sebagai mengacau bisnes mereka. Dengan baju basah lencun, tubuh menggigil, mata memerah akibat menangis, dan bibirnya mulai pucat. Kepalanya pun berpinar.

Tetapi Zahra tidak berputus asa, akhirnya selepas 45 minit berjalan, dia sudah sampai di taman perumahan nya.

Senyuman Zahra terukir walaupun mukanya telah pucat habis. Kepala yang sakit semakin sakit.

Zahra mengedip-ngedipkan mata nya. Kakinya sejuk dan mengecut. Ialah kawasan perumahan Zahra sedikit berbukit. Air yang mengalir itu turun dari atas bukit. Air di dalam longkang pun penuh dan deras/laju. Dan jalan pun licin.

Zahra ingin melintas jalan kerana dia sekarang berada di seberang jalan. Dan dihadapannya ialah rumah nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farhan gusar. Dia memundar mandir di dalam biliknya. Dia risau akan Zahara yang masih belum balik. Gadis itu ialah kawan baiknya ketika kecil dan kakak kepada sahabat karibnya. Sudah tentu lah dia risau walaupun mulut kata tidak.

Cinta? Argghh, dia serabut. Farhan keluar ke arah balkoni. Balkoni nya mempunyai bumbung jadi tak adalah dia basah.

Senyuman terukir di bibirnya taktala dia melihat Zahra  yang sedang berdiri di seberang jalan rumah nya. Tetapi senyuman nya mati apabila melihat tubuh Zahra yang basah lencun dan mukanya yang pucat.

Farhan ingin turun dan mengambil payung untuk gadis itu. Tetapi kakinya seakan terpaku apabila dia mendengar bunyi

⚡⚡⚡

Tak bukan bunyi guruh tetapi bunyi yang selepas itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akibat kepala Zahra yang sakit dan berpinar-pinar, ia membuatkan Zahra terus menyeberangi jalan untuk ke rumah nya.

Telinganya dapat menangkap jelas bunyi guruh berdentum dentam menghentam langit.

Cahaya yang disangka nya datang dari kilat salah. Cahaya itu datang dari lori yang membunyikan hon kepadanya.

Bunyi hon itu tidak dapat didengari kerana bunyi yang amat kuat telah dihasilkan oleh kilat. Ini kerana bunyi itu kedengaran secara serentak.

Tubuh Zahra melayang tinggi akibat dari badannya yang letih dan lesu. Kepalanya terhantuk dengan jalan tar. Dia tergolek-golek jatuh di atas jalan tar. Kepalanya mengeluarkan cecair berwarna merah. Mukanya turut calar-balar. 'Sakit' rintih Zahra.

Dia terdampar di atas jalan tar dengan darah yang masih mengalir keluar dari kepalanya.

"Zahra!! "

Dan segalanya gelap selepas itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Do vote and komen.
Thanks kerana sudi membaca.
Keep reading.
Love you 💕

He's Not MineWhere stories live. Discover now