Bab 5

954 50 6
                                    

Perkara yang berlaku sewaktu dia di tingkatan 3, bermain di kotak fikirannya.

Flashback

Zahra tekad bahawa hari ini, dia akan memberitahu tentang perasaannya kepada Tengku Aisy Farhan.

Tidak kisah dengan penerimaan Farhan, dia pergi bertemu dengan Farhan yang sedang bertugas di tangga.

Zahra tidak kisah jika digelar perigi cari timba sekalipun, asalkan dia dapat meluahkan semuanya kepada Farhan. Dia tidak dapat menyorokkan lagi rasa hatinya.

Sejak dia di tingkatan 1 lagi, dia sudah mula menyukai lelaki itu.

Melihat Farhan yang sedang berdiri keseorangan di bahagian tangga, membuatkan jantungnya berasa dup dap dup dap. Macam lari marathon sahaja lagaknya.

Sekarang ini, dia sudah berada di hadapan Farhan. Dia mengeluh perlahan. "Farhan, saya nak cakap sikit boleh tak?" soalnya sambil meramas jari jemarinya. Nervous.

"Apa dia?" Farhan pula yang bertanya kali ini.

Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hishh ....

"Kalau saya cakap ni, awak jangan marah ye. Saya cuma dah tak tahan je. Saya tak kisah kalau awak tak nak. Saya cuma nak cakap je." terang Zahra. Dia mengeluh. Sebenarnya, dia tidak mengharap pun. Tapi kalau dapat alhamdulillah.

"Cakap je lah." bukan Farhan tidak mahu melayan gadis di hadapannya ini, namum mengenangkan ketua pengawasnya yang poyo itu, dia tidak boleh berbual lama dengan gadis itu.

Pernah sekali dia dimarahi oleh ketua pengawas yang berbangsa cina itu, kerana bersembang ketika menjalankan tugas. Sembang je kot..Takkan tak boleh...But memang tak boleh.

He's Not MineWhere stories live. Discover now