Bab 32

588 27 19
                                    

Zahra's Pov

Pada pagi Sabtu itu, kelihatan Zahra sedang sibuk mengemas pakaiannya. Dia memilih sehelai T-shirt berwarna pink muda yang dihiasi dengan tulisan I love you, sehelai blouse yang berwarna maroon, skinny jean dan tracksuit. Dan pakaian yang lain. Ermm, yang tu tak payah la terperinci sangat kut. Faham- faham sendiri la. Seterusnya, kesemua pakaian itu di masukkan ke dalam beg.

Hampir saja dia melupakan tudung sarung yang hendak dipakainya nanti. Dicapainya tudung sarung itu yang tergantung elok di dalam almari.

Zip beg di tutup dan dia mula bersiap-siap untuk pergi ke destinasi.

End Zahra's Pov

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Merdina's Pov

You
Biy, biy bawa baju apa pergi sana nanti?

Biy sayang 💕
Aku bawa baju, short pant dan baju salin la.

You
Itu sayang tahu la. Tapi, biy bawa baju warna apa?
Sayang nak baju kita warna sedondon.

Biy sayang 💕
Warna biru belang putih.

you
oh, yang baju couple kita tu eh.
How sweet of you😍💞

Biy sayang 💕
Hmmm

you
I can't wait to go there with you 😆

Farhan hanya meninggalkan bluetick buatnya lantas ditutup ruangan chatnya bersama Farhan.

Dia yang sedang elok baring di atas katil terus membuka pintu almarinya untuk mencari baju couple tersebut.

Apabila sudah jumpa, dia mengeluarkan baju itu sambil berpusing-pusing dan tersenyum gembira.

Baginya itu satu petanda baik. Ye la, bukan senang nak ajak si Farhan tu pakai baju yang sama warna. Macam-macam alasan yang diberikan nanti.

Jadi, baginya mungkin Farhan sudah mula menerimanya. Hatinya berbunga-bunga.

'Saya tahu awak tak akan hampakan saya Farhan' katanya di dalam hati sambil menatap gambar candid Farhan yang dijadikan sebagai lock screen fonnya.

Sesungguhnya dia menyesal kerana pernah menduakan Farhan. Saat ini dia betul-betul menyesal akan tindakan bodohnya dahulu. Hanya kerana Farhan sering sibuk dan jarang melayan kerenahnya, tegarnya dia mempunyai teman lelaki lain di belakang Farhan. Dia berjanji mulai detik ini dia tidak akan mensia-siakan Farhan dan akan berusaha menambat hatinya semula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiba sahaja di destinasi, Merdina berlari-lari anak menuju ke persisiran pantai. Subhanallah, indahnya ciptaanmu.

Ya, kini Farhan, Firash, Zahra dan Merdina berada di pantai. Mereka telah merancangnya bersama-sama bagi menghabiskan cuti minggu mereka dengan perkara yang dapat menghilangkan tekanan. Maklumlah, SPM makin menghampiri.

Tetapi Adam, Zaim dan Farah tidak ikut sama kerana ingin memberi ruang kepada pasangan-pasangan itu.

Zahra hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat tingkah adiknya.

" Merdina " laung Zahra memanggil adiknya ke sini semula.

" Merdina tu memang macam tu. Dia suka sangat pantai. Tu yang bila sampai je, terus dia pergi ke arah laut. " terang Zahra.

He's Not MineDonde viven las historias. Descúbrelo ahora