Bab 13

881 38 0
                                    

Suasana di dalam kereta Farhan hanya sunyi sepi. Zahra hanya memandang pada luar tingkap kereta milik Farhan manakala Farhan pula memandang hadapan supaya lebih fokus memandu.

Zahra ingin menegur Farhan namun tiada topik yang hendak dibualkan. Jadi, keadaan dibiarkan sepi.

Farhan memakirkan keretanya dihadapan rumah Zahra. Zahra lantas membuka sealt belt apabila menyedari bahawa mereka telah sampai di hadapan rumahnya.

Zahra ingin melangkah keluar dari kereta milik Farhan namun Farhan pantas memegang lengannya.

Zahra menjongketkan keningnya tanda 'apa'. Farhan hanya tersenyum sinis.

"Tak nak ucap thanks ke ?" Farhan menyoal.

Zahra mencebik. 'Ingatkan apa lah tadi' "Buat apa saya cakap thanks awak yang paksa saya naik kereta awak." Zahra memuncungkan bibir.

"Kau..." Farhan baru hendak bercakap Zahra memintasnya.

"Mana gambar tu?" Zahra memandang muka Farhan dengan wajah yang serious.

"Gambar apa?" Farhan mengerutkan dahinya.

"Awak jangan nak buat-buat tak tahu pulak. Cepat la mana gambar tu." Zahra mengoncangkan lengan Farhan.

Farhan yang baru menangkap maksud gambar yang ditanya oleh Zahra tergelak.

"Hahahahahahaha." Terburai tawa Farhan. Habis stereng kereta diketuknya.

"Ishhh. Janganla ketawa. Mana gambar tu?" Zahra menyilangkan tangannya di dada.

"Zahra Zahra. Aku nak kata kau lembap kau tak lembap. Selalu dapat nombor satu dalam tingkatan. Tapi kenyataannya kau memang lembap." Farhan menggelengkan kepalanya.

Kepala Zahra ditoleh supaya menghadap wajah kacak Farhan.
"Tengku Zahra Maylissa oi. Dekat sekolah mana boleh bawa fon." Farhan tersenyum bangga. Tak sangka Zahra percaya dengan percakapannya.

Bulat mata Zahra mendengarnya. Jadi maknanya Farhan menipunya sebentar tadi. Kepalanya diketuk. 'Bodohla kau ni Zahra.'

Farhan menarik tangan Zahra dari mengetuk kepala Zahra.

"Apa?? Puas hati awak dapat tipu saya. Awak jahat. jahat. jahat." Zahra memukul dada Farhan.

Sekali lagi Farhan memegang tangan Zahra supaya berhenti memukul dadanya. Matanya memandang anak mata Zahra. Mata mereka saling berpautan. Lama.

Sehingga tingkap kereta Farhan diketuk baru terlerai pautan mata mereka.

Farhan berdehem. Zahra pula membetulkan tudungnya.

Zahra memandang tingkap kereta Farhan untuk mengenal pasti gerangan yang telah mengetuk tingkap kereta Farhan.
Zahra membuka pintu kereta. Kelihatan Zaim sedang berdiri di hadapannya. Farhan pula tidak keluar dari keretanya. Hanya tingkap kereta dibuka.

"Aku ingat kau pergi merayau mana. Rupanya dengan si Farhan ni tak pelah." Zaim berkata kepada Zahra.

Zahra hanya tersenyum. Gembira kerana Zaim mengambil berat tentang dirinya. Zahra ingin melangkah pergi tetapi kepalanya menoleh ke arah Farhan kerana lelaki itu memanggilnya.

"Bye sayang." Farhan melambaikan tangannya kepada Zahra sambil mengenyit mata kepada gadis itu.

Akibatnya pipi Zahra berona merah. Blushing.

Farhan terkekek ketawa melihat pipi Zahra menjadi merah.

Senyuman di hadiahkan kepada Zaim dan dia terus membawa keretanya ke rumahnya. Rumah sebelah je pun.

Zahra's Pov

"Bye sayang." Farhan melambaikan tangannya kepada Zahra sambil mengenyitkan mata kepada gadis itu.

Zahra pantas berlalu dari situ. Dengan cepatnya dia mendaki anak tangga untuk sampai ke biliknya. Zahra mengunci pintu biliknya.

Zahra membaringkan tubuhnya di atas tilam. Dia memegang kedua-dua belah pipinya. Dia tersenyum sendirian. Malu.

Digolekkan badannya ke kiri dan ke kanan akhirnya dia tergolek jatuh ke bawah.

'Aduh'

Zahra menggosok-gosok punggungnya. Terasa pedih di situ. Dahla tadi jatuh tersembam dekat sekolah. Sekarang jatuh tergolek dari atas katil ke lantai. Kalau ada tilam tak pe la jugak.

Sekali lagi Zahra blushing. "Bye sayang." Perkataan itu berlegar-legar dalam mindanya.

Zahra menggelengkan kepalanya. Tidak mahu memikirkan perkara tersebut. Dia segera mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

End Pov

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zahra sedang sibuk memasak mi goreng di dapur. Kalau waktu cuti, ini sememangnya tugasnya untuk menyiapkan sarapan pagi.

Zahra memasak sambil menyanyi-nyanyi kecil. Siap menari lagi. Readers sekalian jangan tiru perangai Zahra. Tak senonoh.

"Astagfirullahalazim Zahra. Kamu memasak ke buat konsert." Tengku Zahirah lantas menarik telinga anaknya.

"Aduh aduh aduh sakit bu." Zahra mengaduh kesakitan. Itulah padahnya cari penyakit.

Tengku Zahirah menolong anaknya membuat sarapan pagi.

Tepat jam 8 pagi, semua ahli keluarga mereka sudah berkumpul di meja makan.

Zaim mengetuakan bacaan doa. Habis membaca doa mereka mula menjamah makanan.

Usai makan Zahra masuk ke dalam bilik untuk mandi. Hari cuti ni mandi lambat sedikit. Haha.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zahra mengeringkan rambutnya dengan menggunakan hair driyer. Dia hanya memakai T-shirt berlengan panjang dan seluar tracsuit. Duduk dekat rumah je pun. Tak payah la bergaya sangat. Simple sudah janji cantik.

Bip. Telefon Zahra berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Zahra mencapai telefonnya yang berada di atas meja belajarnya. Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi.

Arash
Assalamualaikum
Zahra.

you
wasalam. Arash.
kenapa?

Arash
Nak tanya study
group kita jadi kan?

you
Mestilah jadi.
Zahra tunggu
Arash.

Arash
Okey 👌

you
okey. 👌

Aplikasi whatssapp ditutup. Zahra turun ke bawah untuk menonton televisyen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tepat jam 3 petang. Firash dan Farah telah tiba di rumahnya. Mereka mahu membuat study group kerana peperiksaan pertengahan tahun akan menjelang minggu hadapan.

Mereka bertiga duduk di luar rumah kerana di luar rumah Zahra terdapat meja dan bangku.
Mereka mula mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Zahra menjadi tutor mereka kerana Zahra paling pandai di antara mereka.

Kenteteraman belajar mereka bertiga di ganggu oleh 3 orang makhluk asing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Korang mesti tahu kan siapa makhluk asing tu.
stay tune for next chapter.
Salam sayang dari author.
Bye. Muah. 😘😘😍😍
Gedik pulak.
sorry. author memang macam ni.

He's Not MineWhere stories live. Discover now