Bab 3

1K 47 4
                                    

Farhan yang terkejut dengan pertanyaan Zahra terus menjawab "Aku nak minta couple" Farhan terlepas cakap.

Terlopong mulut Zahra dengan kenyataan yang keluar dari mulut Farhan. Nasib tiada lalat, kalau tidak merasalah Zahra makan lalat. (Hahahaha)

Farhan menggigit bibirnya. Matanya memandang ke tempat lain, cuba untuk menghilangkan rasa gugupnya.

Zahra memerhati Farhan. 'Betul ke apa yang aku dengar' Zahra berasa gementar.

Dipandangnya wajah Farhan. Rambut Farhan menjadi sedikit perang kerana terkena cahaya matahari. Anak matanya berwarna hijau. Bulu matanya lentik. Kulitnya cerah walaupun selalu berjemur di bawah teriknya panas matahari. Bibirnya berwarna merah sedikit , nampak macam dia memakai lipstick tetapi tidak. Bila tersenyum pasti nampak lesung pipitnya. Auchhh seriously handsome. Semua wanita pasti cair bila melihatnya. Tambahan pula, dia kacukan British.

Farhan memandang Zahra yang sedang ralit memerhatikan setiap inci wajahnya. Farhan tersenyum sinis. 😏

"Dah puas tatap wajah aku. Aku tahu lah yang aku ni handsome." Farhan berkata sambil merenung mata Zahra.

Zahra menundukkan sedikit kepalanya, apabila mendapati Farhan sedang memandangnya.

"Perasan je." Zahra berkata dengan nada yang perlahan namun dapat didengari oleh Farhan.

"Kau nk couple tak dengan aku?" tanya Farhan.

Ermm..Zahra bermain dengan jari-jemarinya. Ini kali pertama orang bertanyakan soalan seperti itu kepadanya. Maklumlah diri tak cantik. 😭😭

Zahra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berfilir sejenak. 'Mustahil Farhan suka aku. Mesti ada sesuatu'

Zahra pun bertanya "Mesti ada udang di sebalik mi kan" Zahra menduga.

"Hah" Farhan ketawa sinis. "Selalu dapat nombor 1 dalam tingkatan tapi peribahasa pun salah. Sepatutnya udang di sebalik batu, mangkuk."Farhan mengetuk kepala Zahra.

Zahra mendongak kepala untuk memandang Farhan.

"Bagi sebab kenapa kau nak couple dengan aku?" Zahra memulakan siasatan.

"Entah" sepatah Farhan jawab.

Zahra mencebik. "So, the answer is no. Don't you remembered what had happened between us. Dulu kau tolak aku MENTAH-MENTAH and now, you hope that I would accept you. You are mistaken. I didn't expected that you will accept my expression of love, but what were you said to me, it was very painful. Since then, I HATE YOU!!" Zahra berasa amat marah.

Air matanya mula bertakung. Dia berlari dengan pantas dan membiarkan Farhan keseorangan.

Tanpa dia sedari kata-katanya dapat dijadikan sebagai idea untuk Farhan gunakan sebagai cara untuk ....(mana boleh bagi tahu sekarang. Nanti tak surprise. Hihihi)

Farhan sembunyi senyum.

Tiba-tiba ada sesuatu yang menepuk bahunya. Dia menoleh kebelakang dan melihat gerangan itu ialah Zaim.

"Aku tahu kau nak selesaikan cabaran kitaorang but kau tu prefect so jalankan duty." Zaim sudah memberikan amaran.

Farhan tersengih macam kerang busuk. (btw kerang boleh senyum eh?)

K. Hambar

"Yelah" ujar Farhan dan berlalu dari situ.

Zaim menggelengkan kepalanya. ' Memang pantang di cabar betul mamat ni' desis hati Zaim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zahra's POV

Zahra berlari sepantas yang mungkin. Orang disekelilingnya melihatnya dengan pandangan yang aneh. Zahra tidak tahu ingin pergi ke mana.

Akhirnya Zahra duduk di padang sekolahnya. Air matanya mula membasahi pipinya.

Tanpa dia sedari ada sepasang mata yang memerhatinya yang sedang menangis.

He's Not MineOnde as histórias ganham vida. Descobre agora