Bab 33

650 29 4
                                    

10 tahun kemudian...

Keluar sahaja dari kereta masing-masing, mata mereka berempat meliar melihat bertapa indahnya villa yang berada di hadapan mereka tika ini.

Pemandangan mereka dihiasi dengan rumput-rumput dan pokok-pokok yang menghijau. Udara di situ memang segar sekali.

Farah begitu teruja sehingga dipusingkan badannya sebanyak 360° sambil mendepakan tangannya.

" Wah, cantik siot. Tak sia-sia aku setuju nak sewa villa ni. " Firash menghampiri meja yang turut terdapat di halaman depan villa tersebut.

" Eleh kau, ni untuk nak buat surprise birthday party untuk girlfriend kau juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Eleh kau, ni untuk nak buat surprise birthday party untuk girlfriend kau juga. " balas Zaim dengan matanya yang menjeling Firash.

Tersengih Firash di buatnya. " Ala, aku bukan macam korang yang ada syarikat sendiri. Duit tu berkepok-kepok. Tak habis tujuh keturunan. Bukan macam aku ni yang kerja biasa-biasa. "

" Ala, Firash tak ape. Asalkan kerja tu halal ok ape. " tersenyum Farah dan kaki nya laju menuju ke arah kolam mini.

" Kau lupa sesuatu la Firash. Ada orang tu kan tak nak kerja. Katanya nak jaga anak-anak je nanti. " perli Zaim.

Farah hanya membiarkan sahaja perlian Zaim itu berlalu. Malas nak dilayan. Ialah, kalau dia kahwin nanti pasti suaminya akan menyuruhnya berhenti kerja kerana suaminya mampu untuk menaggungnya. Tidak pun dia sendiri yang berhenti kerana ingin membesarkan anak-anaknya sendiri. Dia bukannya nak percaya sangat dekat pengasuh. Maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi.

Farah membuka kasutnya dan di celupkan pergelangan kakinya ke dalam air itu. Grr, sejuk.

Sejurus itu, di keluarkan telefonnya lalu aplikasi kamera dibuka. Nak buat apa? Of course nak selfie and then post dekat instagram.

" Eh, Farhan mana wehh? " soal Zaim yang tidak nampak kelibat Farhan. Padahal mereka berempat datang bersama yang terdiri daripada Zaim, Farhan, Firash dan Farah.

Adam pula sekarang menguruskan cawangannya yang berada di UK. Sibuk sahaja sahabat mereka yang seorang itu.

Matanya meliar mencari kelibat Farhan dan matanya dapat menangkap pintu villa itu sudah pun terbuka.

" Hahaha, dia dah masuk siot. Jom arrhh masuk. " ajak Zaim. Kemudian, Farah dan Firash menyusul sama.

Langkah sahaja memasuki villa tersebut, sekali lagi mereka terpaku. Hiasan dalamannya memang menakjubkan. Konsep yang memang moden. Sesuai lah dengan binaan rumah ini yang turut kelihatan moden.

" Perhh, lawanya. " kata Farah lalu menghenyak kasar punggungnya ke atas sofa empuk yang berada di ruang tamu itu. Akibat tindakan Farah sebentar tadi, membuatkan Zaim yang berkongsi sofa yang sama dengannya terlompat sedikit.

He's Not MineWhere stories live. Discover now