Bab 24

721 35 7
                                    

Zahra mengelap rambutnya yang basah akibat mandi itu dengan tualanya. Dia menghampiri meja solek dan mengambil beberapa alat solek untuk me' make up ' wajahnya. Dia hanya memakai foundation , maskara dan lipstick sahaja. Dia bukannya handal sangat bab make up ni. Tengok pi la make up tutorial 100 kali pun masih tak reti nak lukis kening , nak pakai eye liner dan sebagainya.

Selesai make up, Zahra masih belum memakai shawl kerana rambutnya yang basah. Dia tidak berapa gemar menggunakan pengering rambut kerana risau jika rambut akan cepat rosak. Rambut ni kan mahkota untuk perempuan. Dia menggunakan pengering rambut pun bila dia hendak cepat.

Zahra melihat jam yang tertera di skrin iPhone 7 nya. (Betul tak iPhone 7? author tak ingat la. sorry) . Masih berbaki 30 minit, sebelum jam 4 petang. Farhan sudah berjanji untuk membawanya ke cafe yang baru di buka di ***** . Alang - alang tu boleh la date sekali kan.

Tok
Tok
Tok

Zahra mengalihkan pandangannya ke arah pintu biliknya. Lantas dia bangun dan memusingkan tombol pintu. Buka sahaja pintu, Zahra melihat Merdina yang sedang berdiri di hadapan biliknya.

"Boleh Merdina masuk? " tanya Merdina. Zahra mengangguk lalu membuka pintu biliknya dengan lebih luas lagi untuk memberi ruang kepada Merdina untuk memasuki biliknya.

Merdina berjalan ke arah katil dan melabuhkan duduknya di situ. Zahra turut duduk di situ bersebelahan dengan Merdina.

"Akak cantik - cantik ni nak pergi mana? " soal Merdina yang hairan apabila melihat Zahra yang bersiap cantik - cantik.

"Aaahh, akak nak pergi cafe yang baru buka tu dengan Farhan. Alang - alang tu boleh date sekali." kata Zahra tanpa berselindung tentang hubungannya dengan Farhan.

Merdina tersentak. "Oohh, ermmm, akak dengan abang Farhan tu serious ke?

"Serious la. Kenapa?" soal Zahra. Di dalam hati dia berkata 'janganlah Merdina cakap yang dia masih sayang akan Farhan.'

"Ermm, tak lah tapi........" Merdina berhenti berbicara. Dia rasa serbasalah pula.

"Tapi....." tanya Zahra. Ingin Merdina menyambung kembali bicaranya.

"Kalau Merdina cakap ni, akak jangan terasa tau." kata Merdina.

Zahra meneguk liur. Takut dengan apa yang bakal diperkatakan oleh Merdina.

"OK. Akak tak terasa." Zahra tersenyum ke arah Merdina.

"Tak de lah, tadi dekat sekolah , Merdina ada dengar yang ada orang cakap Farhan ni tak de taste sebab couple dengan akak. Ye la, abang Farhan handsome tapi akak tak de la cantik mana pun." ujar Merdina.

Zahra mengeluh. Sudah dia agak bahawa rupanya akan dikata apabila bercinta dengan Farhan.

"Errmm, lagi kan kak, diaorang cakap yang akak guna - gunakan abang Farhan. Lepastu ada yang cakap akak ni desperate sangat nak couple sebab tu la akak couple dengan bekas teman lelaki adik sendiri." sambung Merdina lagi.

Melihat wajah Zahra yang mencuka membuatkan hati Merdina bersorak gembira. Dia hanya mereka - reka cerita sahaja. Mana ada orang yang kutuk hubungan Zahra dan Farhan. Puji adalah. Salah satu ialah Fasha sahabat Merdina.

"Akak jangan lah sedih. Apa kata akak putus saje dengan abang Farhan. Tak de lah orang nak kutuk akak lagi." Merdina membuat muka sedih. Sambil belakon tu dia cucuk jarum untuk membuat Zahra dan Farhan putus.

"Akak tak boleh la Merdina. Akak sayang Farhan. Biar lah orang nak cakap apa pun."kata Zahra pasrah.

"Hmmm, ye la. Merdina ikut je. Asal akak happy, kami happy." Merdina tersenyum palsu.

"Errmm, akak dengan abang Farhan berdua je la satgi?" tanya Merdina.

"Ye la." Zahra sudah berjalan ke arah meja soleknya untuk menyikat rambutnya. Rambutnya masih lagi lembap. Jadi terpaksalah dia menggunakan pengering rambut. Ye la nanti nak pakai shawl pun dah berapa minit. Kalau boleh dia tidak mahu buat Farhan menunggunya. Sebab itu lah dia ingin bersiap awal dan cepat.

"Kalau Merdina nak ikut boleh tak? Bukan apa, kan ustazah cakap kalau berdua nanti ada yang ketiga. Lebih baik Merdina jadi yang ketiga daripada benda lain yang jadi ketiga. Untuk mengelakkan maksiat berlaku." ujar Merdina. Kalau dia ikut boleh la dia mengganggu date Zahra dan Farhan nanti.

Zahra berfikir sejenak. 'Betul juga apa yang Merdina cakap tu' bisik hatinya.

"Sekejap akak tanya Farhan." Zahra mengambil iphone 7 nya dan menghantar chat kepada Farhan.

you
- biy, kalau Merdina ikut boleh tak?
-bukan apa, tak elok la kalau kita keluar berdua je kan.

Biyy💕
-ok
-ikut je. Biy tak kisah.

Zahra tersenyum lalu memberitahu Merdina bahawa Farhan tidak kisah jika adiknya itu ikut bersama.

"Kalau macam tu, Merdina pergi siap - siap dulu la ye kak." kata Merdina dengan riang.

"Cepat sikit tau." pesan Zahra.

Lantas Merdina pun melangkah kaki untuk keluar dari bilik Zahra. Dia menutup pintu bilik kakanya itu semula.

'Akak maafkan Merdina. Merdina terpaksa rosakkan hubungan akak dengan Farhan. Merdina dah suruh akak putus tapi akak tak nak. Jadi terpaksa lah kita bermusuh. Merdina akan buat apa sahaja untuk dapatkan Farhan semula walaupun kau kakak aku.' bisik hati Merdina lalu menuju ke arah biliknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sorry dah lama tak update.
author tak de idea.
next part Zahra dengan Farhan date.
Diikuti dengan Merdina yang merancang sesuatu.

tbc

He's Not MineWhere stories live. Discover now