Bab 19

895 35 0
                                    

'Biy, like seriously..I just called him biy just now..Ya allah, malunya. Please cakap yang ni mimpi.' Zahra menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya dan memandang ke arah yang lain. Malu siott. Muka Zahra dah macam tomato 🍅.

"Sayang, nape pandang tempat lain?" Soal Farhan sambil meraih dagu Zahra.

"Mmmmmm" Zahra kebuntuan. Tidak tahu hendak berkata apa. Patutkah dia memanggil Farhan dengan panggilan biy atau buat buat tak dengar je apa yang Farhan cakap tadi.

"Are you blushing Zahra? So cute." Ujar Farhan sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Hah? Tak kuasa la aku nak blushing." Zahra memberi jelingan maut kepada Farhan.

'Fuh, asal seram semacam je dia punya jelingan.' desis hati Farhan.

"Ehem, ehem" Farhan membetulkan kotak suaranya.

"Kenapa gelarkan diri sayang, aku. Tak sweet la macam tu." Farhan mengada-ngada.

Zahra mencebik. "Buat apa nk sweet sweet. Nanti gigi rongak la." Zahra bermain dengan hujung tudul bawal crepe yang dipakai olehnya.

"Kalau gigi sayang rongak cabutla. Then, biy akan jadi gigi palsu sayang. Sweet tak?" Soal Farhan sambil menjongketkan keningnya.

Zahra hanya diam membisu sahaja. Pipinya dikembungkan.

"Tak sweet ke sayang?" Farhan membuat muka comel.

Zahra pandang sekilas ke arah Farhan.

Zahra tersenyum. "Sweet sangat. Zahra suka."

"Betul ni?" Tanya Farhan untuk mendapatkan kepastian.

Zahra hanya mengangguk. 'Isshh. Farhan ni, suka buat aku blushing tau.' Zahra mengibas-ngibas mukanya. Terasa bahang menyerbu ke seluruh mukanya.

"Sayang panas ke?" Soal Farhan.

"Eh, taklah Zahra sejuk sangat. Rasa macam musim salji je." perli Zahra sambil membuat-buat macam dia tengah menggigil kesejukan.

Farhan tersengih. Dia mendekatkan jaraknya dengan Zahra. Semakin lama semakin dekat sehingga terasa bahu mereka saling bersentuhan.

Zahra menoleh ke arah Farhan. 'Asal dia semakin dekat ni. Aduh.'

Farhan membuat gaya macam hendak memeluk Zahra.

"Eh, eh. Apa ni." Zahra menginjak ke belakang sedikit.

"Nak peluk sayang la. Tadi kan sayang cakap sayang sejuk. Meh la biy nak peluk sayang. Kongsikan kehangatan badan biy ni dengan girlfriend tercinta biy ni." Balas Farhan.

"Mengada je awak ni kan. Plus gatal sekali." Zahra menolak Farhan agar duduk sedikit berjauhan daripadanya.

"Mengada dengan sayang je.." Farhan pun berinjak sedikit ke tepi. Takut nanti princess hati kita ni merajuk pula.

"Typical answer." Zahra hanya ketawa. Entah apa la yang kelakar sangat pun tak tahu. Maklumlah pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta.

Farhan memegang tangan Zahra. Dibelainya lembut.

Membuntang mata Zahra melihat Farhan yang dengan BIJKNYA memegang tangannya tanpa sebarang lapik. Zahra menepis tangan Farhan dan melarikan tangannya dari pegangan Farhan.

"Kenapa?" Soal Farhan. Dia boleh pula tanya soalan yang bodoh. Dah tentulah sebab dosa. Faham dosa.

"Awak ni macam orang tak belajar agama je. Tunggu halal nanti la baru boleh pegang." Zahra memerli Farhan.

"Oh, kalau tunggu halal nanti kan, bukab setakat pegang tangan je, semua biy pegang. Siap ki..."

Tak sempat Farhan hendak menghabiskan ayatnya, Zahra sudah menekup mulutnya.

"Biy!!" Zahra menjerit. "Malu la. Biy ni kan." Zahra menampar-nampar dada Farhan.

"Hihihi. Betul la biy cakap." Farhan ketawa melihat muka cemberut kekasihnya.

"By the way, biy suka dengar sayang panggil biy sayang. Nak dengar sayang panggil biy, biy sekali lagi boleh tak?" Farhan membuat muka meminta simpati.

"Bolehla sayang. Sekali je." kata Farhan sambil menunjukkan angka satu dengan menggunakan jarinya.

Zahra menggigit bibir. " Ye la, ye la. I will call you emm....emmm biy. Biy." Zahra memundukkan kepalanya. Macam tak percaya je dia panggil Farhan biy.

Farhan tersenyum kemenangan. Dia menarik lengan Zahra supaya berdiri dan mengikuti langkahnya.

Zahra pun bingkas bangun dan bertanya "Emm, kita nak pergi mana?"

"Pergi mencari pintu kebahagiaan kita lah." Ujar Farhan lalu menghadiahkan satu flying kiss kepada Zahra.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sorry sebab dah lama tak update.
And sorry juga kalau chap ni hambar dan tak memuaskan hati readers sekalian.
stay tune for next update ok.

He's Not MineWhere stories live. Discover now