Bab 16

765 37 3
                                    

"So, sekarang ni, macam mana nak pujuk Farhan a.k.a teman lelaki aku. Auww, bestnya." Zahra bercakap seorang diri.

"Hmmm." Otaknya masih lagi giat berfikir macam mana hendak memujuk Farhan.

Dan...Tetiba satu idea muncul...Melintasi akal fikirannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Flashback

Sewaktu Zahra hendak memasuki biliknya dia perlu melintasi bilik Zaim terlebih dahulu sebelum sampai ke biliknya.

Dan semasa Zahra berada di hadapan pintu bilik Zaim dia terdengar perbualan Zaim dengan Farhan.

"Ok lah. Aku tunggu kau dekat taman lah. Cepat sikit tau. Jangan lambat nanti panas, aku dah malas nak jogging. Kau tu bukan boleh percaya sangat. Nanti macam-macam alasan kau bagi bila dah lambat." Ujar Zaim.

"Oooo...Nak pergi jogging." Selepas itu, Zahra terus memasuki biliknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ha. Tak sia-sia aku terdengar perbualan Zaim tadi. Boleh la aku menyemak sekali kat taman tu. Pastu aku pujuk la my boy." Zahra mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda berseteju dengan ideanya sendiri.

Selepas seharian Zahra berfikir tentang cara memujuk Farhan, akhirnya dia kepenatan lalu rebah di atas katil.

Beberapa minit selepas itu, kedengaran dengkurun halus. Penat sangat nampaknya sampai dah berdengkur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keesokan harinya..

Zahra dengan pantas mengambil pakaian yang sesuai untuk berjogging. Dia mengambil tudung bawal crepe lalu disarungkan.Selepas itu, dia turun ke bawah.

"Eh, nak kemana tu Zahra? Tak breakfast ke?" Soal Tengku Zahirah.

"Oh. Zahra nak pergi taman jogging." Zahra meminta kebenaran dari ibunya untuk keluar ke taman yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Oh yeke. Dengan siapa?" Ibu Zahra bertanya lagi.

'Aduh ibu ni, aku dah la lambat ni.' Zahra menggaru kepalanya yang sememangnya sedia gatal itu.

"Zahra pergi sorang la bu." Kata Zahra sopan. Tak kan nak marah, dia ibu kita, ibu yang melahirkan kita dengan susah payahnya.

"Ye ke. Bahaya lah Zahra, kamu pergi sorang-sorang. Nanti ada penjenayah macam mana?" Ibu mana yang tak risau akan anaknya kan.

"Ala ibu ni, Zahra dah besar la." Zahra merengek manja. Ala nak bodek.

"Kamu ni."

Tetiba Zaim muncul dan menyalami tangan ibunya.

"Bu, Zaim nak pergi jogging." Zaim meminta izin.

"Ha.Baguslah macam tu. Pergi dengan Zahra. Tak lah ibu risau sangat." Tersenyum lebar Tengku Zahirah dibuatnya.

Zaim memandang wajah Zahra meminta kepastian. Lantas sahaja Zahra mengangguk. Mengiakan kata ibunya.

Zaim mengeluh. "Ye la cepat sikit." Zaim terus berlalu keluar dan memakai kasut sukannya.

"Yes." Ujar Zahra dengan riak wajah yang gembira.

"Dah pergi cepat. Nanti Zaim tinggal kamu baru tau."

"Hihihi. Zahra tersengih. Dia menyalam ibunya dan pergi ke rak kasut untuk memakai kasut sukan yang berjenama nike itu.

'Farhan. Here I come!!' Jerit Zahra di dalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

okey sampai situ dulu. Tak larat nak type. Lagipun author nak kena tolong mak author ni.
Sorry ye guys.
Next Update = insyaallah bila free. Tak berani nak janji.
Wait 👌

He's Not MineWhere stories live. Discover now