Bab 8

872 43 7
                                    

Zahra tergopoh-gapah setelah melihat jam di dinding menunjukkan angka 6:55 pagi. Dia sudah lewat untuk ke sekolah.

Zahra dengan sepantas kilat menyambar tuala dan disangkutkan ke atas bahunya.

Selepas 10 minit, Zahra keluar dari bilik air dan solat subuh. Walau lambat sekalipun, solat merupkan tiang agama.

Usai solat subuh, Zahra mengambil oppo R9s nya dan membuka aplikasi whatsapp. Sempat lagi dia membuka whatsapp, walaupun dah lewat. Tak ramai orang pun yang chat dia. Maklumlah, diri ni tak famous.

Membulat matanya apabila mendapati bahawa jam sudah menunjukkan jam 7:13 minit.

Dia menggalas begnya dan bergegas turun ke bawah. Sarapan diketepikan.

Selepas memakai kasut, dia mendapati bahawa Pak Akub tiada.

'Ni mesti Pak Akub dah keluar nak hantar ayah' Zahra mengeluh dan menggaru kepalanya yang sememangnya tengah gatal.

Dengan keadaan terpaksa, Zahra berjalan menuju ke arah kereta mini cooper nya. Dengan bismillah dia memulakan perjalanannya.

Zahra adalah jenis orang yang malas hendak membawa kereta. Dia lebih gemar menyuruh Pak Akub menghantarnya ke sana dan ke sini. Apa gunanya kalau ada driver tapi tak pakai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluar sahaja dari kereta mini cooper nya, tiga orang pengawas sudah berada di hadapannya. Zahra tersengih. Ini merupakan kali pertama Zahra kena denda.

'Ni semua salah mamat ni. Kalau aku tak fikir pasal dia, mesti aku tak tidur lewat.' Zahra mencebik sambil menjeling Farhan.

Tiga orang pengawas yang berdiri di hadapannya ini, tak lain tak bukan ialah Zaim, Farhan dan Adam.

Zaim yang memegang buku untuk mencatat pelajar yang lewat menghulurkan buku tersebut kepada Zahra.

Walaupun Zahra merupakan kakaknya, dia tidak boleh pilih kasih. Itu tak adil namanya.

Dengan malas, Zahra menyambut huluran buku yang diberikan oleh Zaim.

Dia menulis namanya dan kelas. Zahra memulangkan buku itu semula.

Tiba-tiba ada orang mencuit bahunya. Dia menolah ke arah orang tersebut.(sememangnya itu orang lah. Tak akan haiwan kut.)

Terbeliak biji matanya, setelah mendapati bahawa Merdina adalah orang tersebut.

"Bukan ke kau dah keluar tadi ?" Zahra menyoalnya. Hairan juga dia. Merdina ni, walaupun tak ada lesen, dia main bawa je kereta. Katanya, "bukan ada polis pun dekat kawasan itu. Lagipun, setakat bayar saman aku mampulah."

Merdina hanya mampu tersengih dan menunjukkan peace ✌ Merdina mengambil buku di tangan Zaim. Zahra hanya memerhati.

Setelah itu, Zaim mula menyoal siasat. "Kenapa datang lewat ?" Dia menunjukkan muka yang tegas.

Zaim yang dulunya ceria, kini mula menjadi tegas dan garang. Dia mempunyai cerita yang sendiri, kenapa dia menjadi seperti itu. Kerana itulah, hubungannya dengan Zahra tidak rapat seperti dahulu.

"Bangun lewat." Zahra jujur berkata.

"Kereta I tak boleh start. Ni pun I tumpang orang." katanya. Gedik pula ber ' I I ' .

"Hmmm. Follow me." Farhan terus memulakan langkah nya tanpa menunggu dua beradik itu.

Zahra dan Merdina laju sahaja berjalan untuk mendekati lelaki itu.

Kami berada di padang sekolah. Aku berasa hairan.

"Pergi kutip daun-daun yang gugur dekat padang tu. Aku nak seratus sorang. Faham !!" Farhan meminggikan suaranya. Nak tunjuk macho + garang la tu.

Zahra pun mula membongkokkan badannya untuk mengutip daun-daun kering yang berguguran. Selamat pagi, tak lah panas sangat.

Zahra mencari kelibat Merdina dan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sorry sebab lambat update.
author tak sihat semalam.
so, macam mana bab ni ?
best ke tak ?
jujur je..author ni suka orang yang jujur.
walaupun dengan berkata jujur ia amat menyakitkan.
author ok je.
Semoga hari readers sekalian baik-baik sahaja.

He's Not MineWhere stories live. Discover now