Bab 10

943 44 9
                                    

Zahra berlalu pergi dengan perasaan marah dan terus berjalan menuju ke arah kelasnya.

Sampai di kelasnya Zahra duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh guru tingkatannya.

Zahra mengeluh setelah melihat Farah tiada di sebelahnya. Kalau tak, bolehlah cerita dekat dia.

'Mana Farah pergi ni' Zahra bermonolog sendirian. Dia meletakkan kepalanya di atas meja memandangkan cikgu tidak masuk ke dalam kelas lagi.

Baru beberapa saat Zahra meletakkan kepalanya, dia mengangkat kepalanya semula selepas ketua tingkatannya mengarahkan untuk bangun. Tanda guru subjek pertama sudah masuk ke dalam kelas.

Seperti biasa kami memberi salam dan Cikgu akan memgarahkan untuk duduk.

Selepas duduk, tiga orang pengawas tu masuk ke dalam kelas. Akan tetapi kelibat Farah tetap tidak kelihatan.

Selepas beberapa minit guru subjek sains kami mengajar, Farah mengetuk pintu kelas. Dia seperti sedang berbisik sesuatu kepada cikgu.

Lalu, Farah kembali di tempat duduknya iaitu di sebalah Zahra. Zahra memandang Farah dengan pandangan yang penuh dengan persoalan.

Kelihatan seorang lelaki yang boleh dikatakan handsome dan agak tinggi masuk ke dalam kelas.

Zahra memandang muka lelaki itu. 'Macam pernah nampak' desis hatinya.

"Budak baru ke?" Cikgu Rizal menyoal.

Lelaki itu mengangguk tanda 'ya'.

"Pergi duduk kat mana-mana yang kosong" Arah Cikgu Rizal.

"Tak payah kenalkan diri kut, membazir masa" tambah Cikgu Rizal. Lelaki itu hanya mengangguk.

Lelaki itu berjalan dan duduk di sebelah Zaim. Itu, sahaja tempat yang kosong. Yang lain sudah berpenghuni. Kerana terpaksa Zaim merelakan lelaki tersebut duduk di sebalahnya.

Zaim lebih suka duduk seorang diri. Katanya lebih fokus untuk belajar. Kalau Farhan atau Adam duduk di sebelahnya, mahu bersembang sahaja kerjanya. Langsung tak masuk apa yang di ajar oleh guru.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*skip*
loceng rehat berbunyi

Zahra mengemas buku-bukunya dan di masukkan ke dalam beg sekolahnya. Seperti biasa, Zahra akan rehat seorang diri.

Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari pintu kelas, ada seorang manusia yang memanggil namanya.

Zahra berdiri di koridor dan memusingkan badannya. Kelihatan budak baharu itu yang memanggilnya.

'oh dia rupanya. wait wait macam mana dia tahu nama aku? aku ni bukannya famous pun' Zahra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zahra tersenyum ke arah lelaki itu, dan lelaki itu membalas senyumannya dengan ikhlas.

"Rehat sorang ke? Jomlah rehat sekali, lagipun aku kan baru kat sini. Mana tahu selok belok kawasan sekolah ni." lelaki itu memulakan bicara.

"Ha'a rehat sorang. Tak pe lah. Awak lelaki saya perempuan tak manis orang tengok kita makan berdua" Zahra berkata.

"By the way, mana awak tahu nama saya eh?" Tambah Zahra lagi. Kali ini, lebih kepada soalan.
Soalan Zahra mengundang tawa kepada lelaki itu. Lelaki itu ketawa dengan penuh seronoknya.

Zahra fikir bahawa dia tidak ada buat sebarang lawak jenaka pun. Sampaikan lelaki tersebut ketawa sedemikian rupa. Zahra berasa marah dan ingin berlalu pergi. Zahra tidak suka dipermaikan.

"Eh, nak pergi mana Zahra?" lelaki tersebut menyoal Zahra.

"Suka hati aku la nak pergi mana pun. Yang penting bukan hati kau." hilang sudah panggilan awak saya sebentar tadi. Api kemarahannya meluap-luap. Dah la dia tidak habis marah Farhan lagi, lelaki ini, menambahkan pula api kemarahannya.

"Haha. Kelakar la kau ni Zahra. Kalau kau tak nak masuk hati aku, tak payahla masuk. Ada aku kisah. By the way kau tak kenal aku ke?" Panjang lebar lelaki itu bercakap.

Zahra mengeluh. Kalau lah dia kuat, dah lama di belasahnya lelaki di hadapannya ini.

"Tak kenal" pendek Zahra membalas. Malas nak layan mamat ni.

Lelaki itu tersenyum. "Ni akulah, Firash Arshad bin Muhammad Fahmi. Tak ingat ke? Jiran sebelah rumah kau dulu. Lepas tu, waktu kita darjah tiga aku pindah." Firash memgenalkan dirinya sambil mengimbas kembali kenangannya bersama Zahra.

Zahra memuncungkan bibirnya tanda 'o'. Dia sudah mengingati lelaki itu. 'patutlah macam biasa tengok'

"Oh Firash. Lama tak jumpa. Rindu la." Zahra berkata dengan nada yang agak manja.

Firash mencuit hidung Zahra. "Makin lawa eh sekarang. Dulu kau dengan india tak ada beza. Sekarang dah ada. Kau dah cerah sikit. Sikit la tak banyak." Firash memuji Zahra.

Zahra tersenyum manja. Suka di puji. Hihi gedik pula. Zahra baru nak membalas seorang pengawas sudah menghalau mereka pergi ke kantin.

Zahra dan Firash berjalan beriringan untuk menuju ke kantin. Zahra dari tadi asyik tersenyum sahaja. Firash pula asyik pandang Zahra yang tersenyum.

'comel' kata hati Firash.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

okey ada watak baru.
sorry la kalau bosan.Belum terlambat kan untuk author ucap SELAMAT HARI RAYA AIFILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




He's Not MineWhere stories live. Discover now