Bab 27

885 70 18
                                    

"Zahra!!"

Selepas itu segalanya gelap

Payung yang dipegang oleh Farhan jatuh. Kini badan nya mula basah. Dia pergi berlari ke arah Zahra yang sudah terlantar di atas jalan tar. Dia melutut dan meletakkan kepala Zahra di atas pahanya. Matanya mulai merah tanda air mata akan mengalir keluar.

"Zahra, Zahra. " Farhan menampar perlahan pipi Zahra. Tangan Farhan dipenuhi dengan darah Zahra.

'Ya allah, apa aku dah buat ni? '

Air mata yang ditahan tadi kini mengalir juga.

"Zahra!! " raung Farhan bersama esakkan kecil.

Zaim yang kebetulan baru sahaja sampai, terkejut melihat Farhan yang sedang duduk berlutut di atas jalan tar dengan keadaan yang basah lencun. Zaim ingin berjalan ke arah Farhan tetapi kalinya terpaku apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring serta berlumuran darah.

Sama seperti Farhan tadi, payung yang dipegang oleh Zalim turut jatuh menyembah bumi. Dia berlari ke arah Farhan. Dia turut melutut sama. Badan nya menggigil.

"Zahra, weyy Zahra. " Zaim menggerak-gerakkan tubuh Zahra. Air mata lelakinya jatuh. Dia menangis teresak-esak.

"Zahra bangun lah. " dia menangis semahu-mahunya. Sekali lagi dia menggerak-gerakkan tubuh Zahra.

Dia tidak dapat menerima hakikat. Lantas Zaim berdiri dan menjerit sepuas hati nya.

"Argghh!! "

Zaim menghentak-hentakkan kakinya. Dia menepuk-nepuk dadanya. Sesak. Sakit.

Kali ini sekali lagi dia melihat orang yang dia sayang berlumuran darah.

Dulu Alyn kini Zahra.

Ya allah, aku tak kuat.

Mungkin disebabkan ruangan yang agak kuat dari Zaim sebentar tadi, Tengku Zahirah dan Merdina meluru keluar.

Terkejut
Terkaku
Terkelu lidah taktala melihat keadaan Zahra yang sebegitu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keadaan sepi sahaja di hospital. Semua yang berada di ruang menunggu itu tidak putus-putus mendoakan Zahra yang kini berada di bilik pembedahan. Ayah Zahra juga telah berada di situ taktala mendapat berita dari isteri nya bahawa Zahra terlibat dengan kemalangan.

Pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia juga telah memberikan keterangan tentang kejadian yang berlaku tadi.

Tiba-tiba Zaim bersuara memecah kesunyian di antara mereka. Dan dalam masa yang sama, dia juga nak tahu macam mana Zahra boleh dilanggar lori.
"Macam mana Zahra boleh kemalangan? Kenapa Zahra boleh berada di situ sedangkan dia patut dengan kau? Kenapa Farhan? Kenapa?!! " tanya Zaim dengan hati yang membara.

"Aku... Aku.. " Farhan gagap. Dia meramas tangan nya.

"Kenapa Farhan? Kenapa kau diam? " marah Zaim. Lantas dia menumbuk dinding hospital.

"Ya allah Zaim, cuba bersabar. " kata Tengku Zahirah cuba untuk menenangkan anaknya.

"Macam mana nak tenang bu, Zahra. Dia tengah sakit bu. " rintih Zaim.

"Ibu faham. Ibu pun sedih. Sabar ye. " kata Tengku Zahirah sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Zaim.

Farhan menarik nafas. Hembus. Dia akan ceritakan semuanya. Dia tahu, dia salah. Apa yang akan mereka katakan dia terima.
"Sebenarnya macam ni......... " Farhan menceritakan dari A-Z. Satu pun tidak terlepas.

He's Not MineWhere stories live. Discover now