Bab 37

504 10 1
                                    

Qimie masih lagi mengacukan pistol pada bahagian tepi kepala Zahra. Air mata Zahra berterusan keluar. Dia berbalas pandangan dengan mata Firash. Tidak sekalipun matanya lari dari melihat wajah kekasihnya.

Dia percaya akan Firash. Dia tahu Firash akan selamatkan dirinya namun hatinya masih gundah-gulana. Dia tidak henti-henti berdoa bahawa dia dan yang lain akan selamat. Tubuh badannya menggeletar. Terlalu takut jika andainya tidak benar. Takut jika hari ini hari terakhir dia berada di muka bumi ini.

Tangisannya makin menjadi. Qimie menarik kasar Zahra apabila tangisan Zahra menjadi lebih kuat. Jauh di sudut hati Firash dia memaki tindakan Qimie yang sewenang-wenangnya memperlakukan dua beradik itu sedemikian.

Tanpa melengahkan masa, isyarat diberikan, lantas ahli pasukannya menembak dibahagian kaki Qimie.

" Arghh " Qimie mengaduh kesakitan. Dia jatuh terduduk. Namun pistol ditangannya masih digenggam kemas. Firash datang lalu menyepak tubuh Qimie. Firash dan Qimie bergelut untuk mendapatkan pistol di tangan Qimie. Zahra dan Merdina dibawa keluar oleh pasukannya.

Tubuh Merdina digendong oleh ahli pasukan Firash kerana Merdina tidak sedarkan diri. Keluar sahaja dari bilik itu, Zahra mendengar bunyi tembakan. Kepalanya dipusingkan kebelakang. Andaian yang terlintas cuba diusir.

Dapat dilihat dengan jelas darah yang mengalir dari tubuh Firash. Air mata Zahra pecah entah untuk kali yang berapa.

"Arash!!!" Zahra menjerit memanggil nama Firash. Tubuhnya meronta mahu menuju ke arah Firash yang sudah terlantar. Namun tubuhnya dihalang oleh pasukan Firash.

"Cik sabar cik" Mereka cuba menenangkan Zahra. Zahra menoleh melihat orang-orang yang memegangnya. "This is not real. I want Arash. I want Arash. I want Arash. " Zahra meronta-ronta mahu dilepaskan.

"Cik" Zahra melorot jatuh kebawah. 'Arash masih hidup. Arash masih hidup' Zahra cuba menyedapkan hatinya. Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

Sekali lagi dia cuba melihat Firash. Ahli pasukan Firash cuna untuk menghentikan pengaliran darah. Dapat Zahra lihat gerak mulut Firash yang menyatakan I love You . Selepas itu segalanya menjadi gelap.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syiling berwarna cream menghiasi pemandangan mata Zahra saat dia mencelikkan matanya. Kepalanya rasa berpinar. Dia menoleh melihat tangannya yang telah dimasukkan jarum.

Tiada sesiapa yang berada disini. Kejadian tadi menghiasi pemikirannya. Zahra cuba untuk bangun. Dia mahu berjumpa dengan Merdina dan Firash. Tubuhnya terasa lemah. Namun digagahkan juga diri untuk bangun.

Pintu bilik air dibuka. Pandangan matanya terarah ke arah Farah. "Zahra kau dah sedar? Kau nak pergi mana? Kau kena rehat." Cemas Farah dibuatnya apabila dia melihat Zahra yang cuba untuk bangun. Farah lantas menuju ke arah Zahra.

"Mana yang lain?" Soal Zahra kepada Farah. Farah dilihatnya seperti serba-salah untuk memberitahunya. Banyak kemungkinan berlegar dimindanya ketika ini. "Farah kenapa?" Zahra memegang lengan Farah. Anak matanya melihat mata Farah.

Farah membalas pandangan mata Zahra dan mengatakan "Kau kuatkan Zahra?" Farah menggosok lengan Zahra untuk menyalurkan kekuatan. Apa yang akan disampaikan olehnya ini akan melukan hati. Tidak lebih dari terluka rasanya. Khabar ini terlalu menyakitkan.

"Merdina........"












Air mata Zahra merembes keluar.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zahra nampak ramai kelibat yang berada dirumahnya. Kereta penuh dibahagian hadapan rumahnya. Dia memeluk lengan Farah untuk memberikannya sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ini. Senyuman cuma diukir. Air mata cuba untuk ditahan.

He's Not MineWhere stories live. Discover now