Bab 25

763 39 34
                                    

Ting!

Bunyi dari IPhone 7 Zahra yang menandakan ada notification masuk.

Biyy💕
- Biy, dh ada dpn rmh syg ni. 😻

You
- okey

Zahra lantas mencapai bag berjenama Gucci pemberian daripada ibunya ketika hari lahirnya tahun lepas. Dia menutup pintu biliknya dan bergegas menuruni anak tangga. Tidak mahu membuat buah hatinya menunggu lama.

Sebelum keluar, Zahra mencari kelibat ibunya terlebih dahulu. Mahu memberitahu bahawa dia hendak keluar. Zahra menuju ke arah ruang tamu apabila dia terdengar bunyi busing dari television.

'Mesti ibu.' desis hatinya. Zahra pasti bahawa itu ialah ibunya kerana Zaim telah lama keluar untuk pergi ke pejabat ayahnya. Kenapa dia kesana? Katanya dia hendak pergi ke starbucks yang berhampiran dengan syarikat ayahnya. Tetapi dah alang-alang dia berada berdekatan dengan syarikat ayahnya, apa salahnya jika dia singgah sebentar. Bukan nya nak rugi, ayah sendiri juga.

"Ibu, Zahra nak keluar ni. Bye." ujarnya seraya menyalami tangan ibunya dan memberikan sebuah kucupan di pipi sebelah kiri ibunya. Selepas itu, kelibat Zahra mula menghilang kerana dia dengan pantasnya menuju ke arah tangga. Untuk pengetahuan semua, rumah Zahra mempunyai dua ruang tamu. Satu di bawah dan satu lagi di tingkat satu.

"Haih budak ni, baru kita nak tanya dia nak ke mana dia dah lesap." keluh Tengku Zahirah sambil menggelengkan kepalanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zahra tersenyum ke arah Farhan yang berada di dalam kereta itu. Dia membuka pintu kereta porshe milik Farhan.

Zahra duduk di seat bersebelahan pemandu. Dia ingat Farhan hendak berkata....

"Sayang nampak cantik sangat."

"Wow, you look so pretty my sweetheart."

"Cantiknya sayang biy ni."

Tapi lain pula yang dikatakan oleh Farhan. Atau lebih tepat di soal oleh Farhan.

"Merdina mana? Sayang cakap Merdina ikut." tanya Farhan sambil matanya meliar ke arah sekitar rumah Zahra untuk mencari kelibat Merdina.

Zahra terkedu. Hatinya bagai berkecai dek persoalan Farhan. Jelas terpancar dari matanya yang bersinar taktala menyebut nama Merdina.

"Kejap lagi turunlah tu." kata Zahra sambil tersenyum kelat. Siapa yang tak sedih kalau boyfriend sebut nama ex-girlfriend nya sambil matanya bersinar-sinar.

"Sayang, kenapa ni?" soal Farhan apabila raut wajah Zahra yang kurang ceria. Mana tidaknya, tadi sewaktu dia hendak masuk ke dalam kereta, senyum tak ingat dunia tapi sekarang wajahnya tidak seceria tadi.

"Tak de apalah." balas Zahra sambil cuba untuk menceriakan wajahnya.

"I love you." kata Farhan tanpa sedar sambil anak matanya yang berwarna hijau itu memandang anak mata hazel milik Zahra.

Zahra seakan terpukau apabila sepasang anak mata Farhan memandangnya di tambah pula dengam ayat keramat sememangnya mampu untuk membuat jantungnya berdegup kencang.

"Ehem." Dehem Merdina apabila dia melihat bahawa Farhan dan Zahra yang tidak sedar akan kehadirannya. Ialah duk ralik renung each other kan.

Farhan berhenti dari merenung anak mata milik Zahra apabila dia mendengar seseorang berdehem. Dia melihat Merdina yang tersenyum ke arahnya di seat belakang.

'Argghh, senyuman itu. It's kill me.' kata Farhan di dalam hati. Terasa jantungnya kembali berdegup kencang.

"I love you too." ujar Zahra dengan nada yang perlahan. Tidak mahu didengari oleh Farhan. Ialah hati dia sudah berkecai tadi dan sekarang dah hancur taktala melihat Farhan yang seperti ingin mendakap Merdina.

He's Not MineWhere stories live. Discover now