Bab 11

921 43 5
                                    

Sampai sahaja di kantin sekolah, Firash dan Zahra mencari sebuah meja kosong untuk diduduki.

Zahra menunjukkan ke arah sebuah meja yang kosong. Mereka pun duduk di meja tersebut.

"Zahra, kau nak makan apa? Aku pergi belikan." ujar Firash sambil melemparkan senyuman yang paling manis buat Zahra. Senyuman yang akan mencairkan hati para gadis.

"Tak menyusahkan Arash ke?" kata Zahra sambil menatap wajah Firash. Zahra tidak suka menyusahkan orang lain.

Zahra memanggil Firash dengan gelaran Arash kerana dahulu sewaktu kecil Zahra memanggil Firash dengan menyebut Pi As. Firash pernah menyuruh Zahra memanggilnya dengan nama Arshad tetapi Acad pula jadinya. Dah macam pacat dah. Kesian Firash 😂😂

"Memanglah agak menyusahkan, tetapi nak buat macam mana. Kau tengok ramai kut orang dekat kantin ni. Kalau aku pergi beli dan kau pun pergi beli memang tempat ni kena kebas la. Habis tu, kita nak duduk mana?"
Sekali lagi Firash tersenyum. Firash ni memang kaki senyum.

'sudah-sudahlah senyum tu Firash. Nanti aku tergoda kau juga yang susah.' Zahra mengeluh.

Zahra mengeluarkan beg dompetnya dari poket baju sekolahnya dan mengambil RM 5 dan menghulurkan kepada Firash. Lalu Zahra berkata " Kalau macam tu, belikan Zahra chicken chop la dan Milo ais."

Selalunya Zahra akan makan kuih atau roti sahaja. Sebab Zahra kan selalu makan seorang, jadi dia tidak mahu berada di kantin terlalu lama. Terasa sunyi.
Firash mengambil duit 5 ringgit yang dihulurkan oleh Zahra. Bukannya dia tidak mahu belanja Zahra, akan tetapi keluarganya sudah bankrup. Firash sudah tidak lagi dibekalkan dengan kad kredit, kereta mewah yang bersilih ganti seperti dahulu. Kehidupannya sekarang cuma sederhana.

Duit sekolahnya pun cuma RM 10. Duit itulah yang akan disimpan dan digunakan untuk membeli buku rujukan dan keluar jalan-jalan bersama rakan-rakan.

Firash pun beratur untuk membeli chicken chop dan selepas itu membeli milo ais. Selepas siap membeli, dia kembali ke tempat duduk yang dipilih oleh Zahra sebentar tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bunyi sahaja loceng yang menandakan rehat telah tamat. Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing.

Zahra mengambil tempat di tempat duduk rasminya. Tiba-tiba Firash menarik kerusi Farah dan duduk di situ. Farah masih lagi tidak memasuki kelas kerana masih bertugas. Firash memandang Zahra dan senyum. Tak habis-habis dengan senyumannya.

"Kenapa duduk sini?" soal Zahra hairan.

"Saje. Boleh berbual dengan kau sementara tunggu cikgu masuk." Firash memerhatikan keadaan di sekeliling kelas. Masih ada lagi pelajar yang belum masuk ke kelas.

"Oh." balas Zahra pendek. Bukan apa, dari tadi ramai yang memerhatinya berbual dengan Firash. Cemburu la tu, sebab Zahra berbual dengan mamat handsome.

Firash dan Zahra masing-masing menyepikan diri walaupun tadi Firash berkata bahawa dia ingin berbual dengan Zahra. Firash tidak ada topik yang mahu dibualkan bersama Zahra kerana tadi di kantin sekolah, sudah banyak topik yang dibualkan oleh mereka.

Firash kembali ke tempat duduknya setelah guru untuk mata pelajaran seterusnya masuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sewaktu sesi pembelajaran

"Farhan, aku rasa kau kena mulakan cabaran tu secepat yang mungkin. Sebab aku tengok Zahra dengan budak baru tu mesra semacam je." Adam berkata dengan nada yang perlahan. Risau jika cikgu mendengar perbualan mereka.

"Ye ke?" pendek Farhan balas. Dia tidak berminat mahu mengetahui tentang Zahra. Dia berasa egonya tercalar kerana Zahra menenkingnya pagi tadi.

"Ye la. Aku kan bertugas dekat kantin. Jadi, aku nampak mereka makan berdua lepastu bergelak ketawa. Aku bukan apa. Ye la nanti kau juga yang susah nak tackel Zahra. Lepastu kau gagal cabaran. And kau akan dianggap LOSER." sengaja Adam mahu menaikkan amarah Farhan. Biar kasi jealous sikit.

Farhan yang mendengar perkataan LOSER itu berasa marah. Lupa dengan cikgu yang mengajar di hadapan, dia lantas bangun dan menghamburkan rasa marahnya. "Kau diam boleh tak!!" tinggi nada suaranya.

Cikgu yang sedang mengajar terkejut dan terlompat macam beruk. Buku yang dipegang sebagai rukukan terlepas dari tangannya. Terkejut punya pasal.
"Farhan kamu kenapa? Kalau kamu nak saya diam, saya memang tak akan diam. Jadi sila berambus dari kelas saya!" cikgu tersebut pun menghalau Farhan keluar.

Dengan perasaan marah yang masih bersisa Farhan menendang mejanya dan berlalu keluar dari kelas. Semua pelajar yang berada di dalam kelas takut dan keadaan menjadi senyap sunyi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas tamat sesi persekolahan

Zahra sedang mengemas bukunya. Tiba-tiba ada satu makhluk sedang berdiri dihadapannya dengan muka bengis.

"Farhan kau pergi mana? Kau tahu tak kau dikira ponteng." Zaim menepuk bahu Farhan. Adam yang berada di sebelah Zaim hanya membatukan diri.

Farhan menepis tangan Zaim. Tangan Zahra ditarik selepas Farhan melihat gadis itu sudah siap berkemas.

Zahra terkejut dengan tindakan Farhan. Zahra ditarik sehingga ke belakang blok sekolah.

"Aku tak kira, kau kena jadi gf aku juga." Farhan masih lagi dengan muka bengisnya.

Zahra tersenyum sinis. "Kau sapa nak paksa-paksa aku!" kini Zahra pula yang melenting.

Farhan berasa tercabar mendengar tenkingan Zahra. Lantas dia mencekik leher Zahra dan berkata "Kalau kau tak nak jadi gf aku, kau akan terima balasannya." ugut Farhan.

"K..kau..na..nak..bu.buat..ape?" Zahra gagap. Sungguh dia takut melihat Farhan. Tangan Farhan yang mencekik lehernya di tepuk-tepuk. Dia berasa sesak nafas.

Farhan melepaskan leher Zahra, setelah melihat gadis itu macam nak mati. Dia tak naklah masuk penjara seusia semuda ini.

"Kau setuju ke tak?" soal Farhan dengan nada yang kasar.

"setuju." perlahan Zahra membalas. Sungguh dia terasa macam nak menangis. Kali pertama dia diperlakukan seperti itu. Dia kenal dengan Farhan. Sebab itulah dia setuju menjadi girlfriend Farhan. Dia takut di apa-apakan. Dia cuma seorang perempuan yang lemah.

Mendengar perkataan setuju yang keluar dari mulut Zahra lantas dia mengusap kepala Zahra.

Farhan tersenyum lalu meninggalkan Zahra keseorangan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kali ni panjangkan author tulis.
Hope readers tak bosan la baca panjang panjang.
Enjoy your reading.
Jumpa bab yang seterusnya.

He's Not MineWhere stories live. Discover now