85.

2.4K 153 7
                                    

"Hello..."suara Fiena dekat dalam telefon kedengaran.

"Hai...kau sibuk ke?"tanya Aster semasa tunduk memandang langkah dia, takut terpelecok gara-gara tumit tinggi yang dipakainya.

"Tak ada la...aku tengah baring tunggu mask aku settle....ada apa ni?"tanya Fiena.

"Boleh tolong aku?"tanya dia sewaktu berjalan keluar melalui slidding door dekat situ sebelum tembus ke taman bunga. Tempat dia dengan Elisson duduk kalau bosan belajar dalam bilik.

"Sure...apa dia..?"

Aster berhenti dekat depan pintu slidding door tu sekejap."Apa maksud mon amour tu?"

"Hah? Mon Amour?"tanya Fiena.

"Ha'ah..."

"Asal?Kau nak panggil aku macam tu ke?"ketawa Fiena dalam panggilan.

Sambil tunduk memandang jalan berjubin di bawah kaki, Aster termenung sekejap. "Apa maksudnya?"soal dia sambil tu.

"My Love..."jawab Fiena dengan sisa ketawa ceria dia.

Aster terus berhenti berjalan lepas dengar jawapan itu. Kepalanya tersentak memandang ke depan dengan wajah bungkam. My love?

"Kau serius ke?"

"Yalah...buat apa aku main-main. Lagipun sejak bila kau minat bahasa perancis ni?"

So itu adalah bahasa perancis?

"Tak...saja. Aku ada terdengar.. tapi aku tak tahu itu bahasa apa..sebab tu aku tanya
kau.."

"Okay..."

"Tak apa la kalau macam tu..terima kasih ya."

"No problem..."

Sejurus itu Aster putuskan panggilan itu dan berdiri tegak di situ menghadap pemandangan malam berlampu di taman tersebut.

My Love?Aster berkerut kening tak faham. Selama ni Azriel panggil dia dengan pet name tu. Maksudnya-

"Apa kau buat tu!"tegur suara tu dari belakang dengan mengejut.

Melompat terkejut Aster sambil buat silang pangkah dekat dada masa pandang ke belakang dengan takut. Kepala otak dia! Terkejut la orang!

"Apa awak ni! Terkejut la saya!"marah Aster dengan dada naik turun ketakutan. Keningnya berkerut tak puas hati masa pandang Azriel berdiri dekat situ dengan kedua-dua tangan berada dalam poket seluar.

Azriel jalan dekati Aster dengan renungan ingin tahu sewaktu mematai Aster dari atas kebawah dengan minat. "Kenapa kau dekat sini?"

Mata Aster terarah pada langkah Azriel yang perlahan-lahan mendekati dia. Jantung dia yang sedia berdegup kencang itu semakin laju berdegup. "Saja ambik angin.."jawabnya semasa berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi, tapi sembunyi-sembunyi jarakkan sikit diri.

My Love.

Kalau itu yang disebut Azriel, maknanya selama ni Azriel suka dekat dia?Ke lelaki ni cuma bergurau?Dia tak faham la! Azriel ni bukannya boleh dijangka pun.

"Semua orang dekat dalam...kau seorang je dekat sini..."Azriel mendekat lagi.

Aster pandang kanan dan kiri dia dengan cemas tak berani nak bertentang mata dengan Azriel. "Sekejap je pun...apa kata kita masuk dalam kalau macam tu.."ajak dia yang cuba hendak larikan diri ke tempat yang ada orang ramai.Bukan hanya mereka berdua saja. Tiba-tiba je rasa takut bila bersendirian dengan Azriel.

Lintas saja Aster dekat depan dia, Azriel pegang lengan Aster dengan lembut menghalang Aster dari pergi. "Tak apa la kalau kau nak dekat sini...aku temankan."ajunya sambil eratkan cengkamannya di lengan itu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now