58.

1.6K 128 0
                                    

Seperti yang dirancang oleh Fiena, lepas habis kelas tu mereka berdua terus gerak ke panggung wayang untuk menonton filem yang Fiena nak sangat tengok tu. Jadi lepas kelas, mereka berdua bertolak terus ke panggung yang dipandu oleh Fiena sendiri. Sesampai saja di sana, mereka beli popocorn dan minuman. Disebabkan mereka tiba awal dari waktu tayangan, terpaksa la mereka tunggu sekejap dekat luar panggung tu.

Sedang Aster tunduk memandang skrin telefon menghantar pesanan pada Ashton mengenai khabar lelaki itu di sana, Fiena dekat sebelah tiba-tiba bangun.

"Alamak..."getusnya dengan cemas di depan Aster.

Dengan terkejut, Aster pun angkat kepala dia dari skrin telefon tu. Keningnya terangkat bingung. "Ada apa?"nganga dia.

"Wei...perut aku sakit pulak ni."cemberut Fiena sambil pegang perutnya.

Mata Aster turun ke tangan Fiena yang ada di perut itu. "Asal?Senggugut ke?"

Fiena menggeleng kepala. Dia letakkan popcorn dan bekas minuman dia dekat sebelah bangku Aster. "Aku ke tandas dulu....kau tunggu sini dulu tau."pesan dia dengan tergesa-gesa lalu lari meninggalkan Aster dekat situ sendirian.

Terpinga-pinga bingung dengan apa yang baru saja berlaku, Aster pandang ke arah dimana Fiena hilangkan diri tadi. Ada-ada je la Fiena tu. Masa ni jugak nak buat hal! Dia menggeleng tak percaya lalu tunduk memandang skrin telefonnya semula.

Ashton dalam pesanan beria cerita itu dan ini mengenai keadaan di Abu Dhabi sana. Seronok saja bunyinya bila Aster baca. Siap sakat Aster yang Ashton jumpa awek cun dekat sana. Yang mana Aster tak peduli. memang nature Ashton yang pantang nampak orang cantik. Mesti ulat bulu naik lidi.

Sedang Aster tersengih melayani mesej yang dihantar oleh Ashton, satu bayang hitam memayungi dia dari arah depan tak lama selepas itu. Aster yang perasan terus fikir itu pasti Fiena. "Dah lega belum?"tanya dia sambil angkat kepala memandang ke atas.

Sekali dia pandang, terus jatuh rahang dia ke bawah sebab tergamam. OH MY FREAKING GOD!

"Ahahah...nice to meet you princess.."sengih Zander masa tersenyum melihat reaksi Aster sambil letakkan jari di bawa dagu Aster lalu tolak mulut itu supaya tertutup.

What?

Asal Zander ada dekat sini?

"Senior...macam mana senior boleh jumpa saya dekat sini?"soal Aster sambil berdiri menghadap lelaki lampai di depannya dengan muka dumbfounded.

Zander tunduk mengeluarkan sesuatu dari poket kot labuh yang dipakainya lantas menunjukkan sekeping tiket pada Aster."Fiena suruh saya datang ke sini untuk tonton wayang sama dengan dia...awak?Buat apa dekat sini?"

Wait a minute...something fishy here...

"Sama la..."jawab Aster dengan kekok. FIENA ANATASSIA! YOU GONNA BE A DEAD MEAT!

Zander jungkit kening sebelah lepas dengar. "Oookaaay...."leret dia yang turut dapat mengesan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Aster dah tertunduk dekat situ menekap dahi kerana tak percaya dengan apa yang berlaku. Berani betul perempuan tu set up blind date antara dia dengan Zander macam tu je! Memang nak kena betul! Patut la beria bukan main! Rupanya ada udang di sebalik batu rupanya.

"Humm.."jeda Zander dengan panjang. "Nampak Fiena cuba jadi cupid antara kita..."sengih Zander.

Aster pandang Zander dengan renungan mengalah. "Serius senior...saya tak tahu menahu tentang hal ni...saya sendiri pun terkejut."

"Ahahah...tak apa."ketawanya dengan ceria."Lagipun saya okay je. Lagi-lagi kalau orang tu adalah awak.."ujar Zander dengan senyuman boyish di bibirnya.

EHH?

Aster buat muka tak tahu nak cakap apa lepas dengar kata-kata itu.

"Tunggu apa lagi...jom la masuk. Rasanya dah mula ceritanya.."ajak Zander sejurus itu. Dia capai minuman dan makanan dekat bangku itu tanpa disuruh.

Aster yang masih terpinga dekat situ pandang tak percaya ke Zander yang kelihatan sangat beria dengan semua ini. Yang mana dia tak! Dia rasa tertipu sangat sekarang ni!

Zander yang sudah berada di depan kembali toleh ke belakang bila perasan Aster tak ikut. "Hei...tunggu apa lagi..jom."ajaknya lagi.

"Ah-ya.."balas Aster dengan terpaksa.

Haih....

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now