66.

1.6K 149 0
                                    

Matahari belum tunjukkan dirinya semasa pintu biliknya di ketuk sewaktu dia masih terlena.

Knock!Knock!

Kepala Aster tersentak, dia angkat kepala dari bantal dengan mata masih terpejam.

Knock!Knock!

Ketukan kali kedua buatkan matanya dibuka. Dengan terpaksa Aster bangun dari baring dia. "Masuk..."arah dia sebab tak nak turun dari katil tu lagi.

Pintu bilik itu pun terbuka. Muncul lelaki bert-shirt putih dengan seluar pijama hitam dekat depan pintu bilik tu.

"Bangun."minta Azriel dengan nada perlahan.

Aster terpisat-pisat dekat atas katil tu. "Ada apa?"tanya dia sebelum menguap.

"Aku perlukan air panas...dan aku nak kau yang sediakan.."arah Azriel dengan serius.

Sambil menguak rambut ke belakang, Aster mengerang kelesuan. Semata untuk itu je dia di bangunkan seawal ni!

"Bangun la sekarang..."desak Azriel.

"Iya...sabar boleh tak.."Aster turun dari katilnya lalu jalan keluar dari bilik tu sebelum gerak ke dapur.

Azriel ekori dari belakang dengan tangan bersilang di dada. Menggerutu jengkel sebab terpaksa hadap semua ni awal-awal pagi.

Aster capai cerek lalu diisi dengan air sebelum di letakkan atas dapur api. Setelah selesai dia cuci muka dekat sinki dapur. Segarkan diri dengan air sejuk untuk hilangkan ngantuknya.

"Apa awak buat bangun awal-awal macam ni?"bisik Aster dengan nada rendah sebab tak nak ganggu orang lain yang mungkin masih tidur waktu itu sambil ikat rambut dia betul-betul supaya tak mengerbang macam nenek sihir.

"Tabiat.."jawab Azriel dengan muka tak puas hati sewaktu duduk dekat atas bangku kayu hadap dapur api.

Aster berdiri dekat situ buat seketika semasa Azriel duduk dekat bangku tu. Alang-alang dah berdua ni, baik dia tanya sekarang. "Saya nak tahu...apa yang buatkan awak nak datang ke sini sekali?"Aster gerak ke bangku menghadap Azriel lalu duduk di atasnya.

Dengan jelingan tak puas hati, Azriel mematai langkah Aster semasa gadis itu duduk menghadapnya sambil menguak anak rambut ke belakang telinga dengan perlahan. "Kau rasa apa yang buat aku datang dekat sini?"soal dia pulak.

Kening Aster berkerut tak faham. "Saya tanya awak...awak tanya saya balik..."terus dia topang dagu dengan tapak tangan kiri untuk menatap muka bangun tidur Azriel. "Beritahu la saya kenapa?"soal dia lagi.

Azriel buat muka lepas dengar lantas melepaskan hela nafas mengalah lalu turut menopang dagu seperti Aster."Mama ugut aku la..apa lagi. Dia cakap kalau aku tak ikut, dia takkan izinkan aku untuk keluar rumah tu sampai bila-bila..."getusnya dengan nada tak puas hati.

Aster ketawa kecil lepas dengar kerana ia mengingatkan situasi yang sama dengan dia. "Jangan salahkan saya ya...semua ni idea mama awak..bukan saya."sengih dia. Seronok pulak bila duduk berdua dengan Azriel bila lelaki ni tak menyentap atau marah-marah. Rasa tenang dan terisi.

Azriel lepaskan dengusan menyampah. "Itu semua disebabkan kau yang sejak dari awal lagi tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku..." rungut dia.

Aster tegakkan kepala, dia duduk sondong sedikit ke depan lepas disalahkan begitu. "Bila masanya saya susahkan awak?"

"Tak susahkan aku?Kau lupa ke yang hari tu kau penyebab aku kena tangkap dengan bodyguard parents aku masa aku cuba larikan diri?"soal Azriel yang turut tegakkan kepala dan sondong ke depan.

Amboi! Sedapnya menuduh orang!

"Awak tu yang datang lari meluru dekat saya sampai kita berlanggar...bukannya saya saja-saja berdiri dekat situ untuk di langgar. Awak ingat tak sakit ke."balas Aster pula yang dekatkan lagi muka dia ke depan.

Azriel mengecilkan mata dia masa pandang marah ke Aster. "Salah kau sebab kacau pelan aku untuk larikan diri. Dan kalau kau tak ada dekat situ aku takkan tertangkap dan tersekat bersama kau sekarang!"ketapnya dengan geram semasa dekatkan jugak muka ke depan.

Kening Aster mencerun tak puas hati. "Sebab tu ke awak bersikap menyakitkan hati sejak kita jumpa sekali lagi?Buli saya sebab saya punca awak di tangkap?Macam tu?"soal dia.

"Memang padan la dengan kau...aku nak kau rasa sakit hati sama macam aku rasa jugak masa tu..."Azriel genggam penumbuk menahan sabar masa lawan mata dengan Aster.

Terkedu sekejap Aster bila dia tenung mata Azriel. Tidak sedar yang jarak mereka berdua rapat begitu kerana terlalu tenggelam dengan perbualan masing-masing. Tak tahu pulak dia Azriel ada sepasang anak mata berwarna kelabu kebiruan.

PRIEETTTTSSSSS~

Bunyi cerek air berdesis kedengaran pada masa itu. Membuatkan Aster tersentak lalu jarakkan kepala dia ke belakang. Terpancut-pancut air itu keluar dari muncung cerek lantas membasahi dapur masa dia toleh ke belakang.

Dengan kalut Aster bangun dan dapatkan dapur. Nak cepat punya pasal, Aster terus pegang cerek tu untuk dialihkan dari dapur tanpa sedar benda itu panas.

Sekali bila dipegang, terus menjerit kecil Aster sebab kepanasan. "Auw!"sentak Aster masa tarik tangan dia cepat-cepat dari pemegang besi cerek tersebut.

Azriel yang lihat keadaan itu turut bangun lalu berdiri di sebalah Aster secepat mungkin. Kain lap tangan yang ada dekat tepi sinki di capai olehnya lalu digunakan sebagai alas untuk angkat cerek tu. Lepas dia alihkan cerek tu ke tepi, dengan cemas dia capai tangan Aster.

"Sini aku tengok..."Azriel tarik tangan kiri Aster untuk di telitinya lalu di bawa ke depan paip sinki. "Apa kau fikir?Pegang benda panas macam tu je..."bebel Azriel sewaktu buka paip dan letakkan tangan Aster bawah air yang mengalir.

Terpaku Aster sewaktu memerhati reaksi cemas Azriel. Tepi wajah Azriel dipandangnya dengan lama semasa lelaki tu berkerut kening mencuci tangan dia dengan air. Masa itu la jantung dia berdetak aneh taktala merasai sentuhan lembut yang diberikan Azriel pada tangannya.

"Sakit lagi tak?"tanya Azriel sewaktu palingkan kepala ke sisi memandang Aster.

"Tak..."geleng Aster dengan perlahan tanpa alihkan mata dari Azriel.

Azriel pandang tangan Aster semula lalu dijauhkan dari air paip untuk diperiksa. Tak lama lepas tu dia turunkan tangan Aster dengan muka bercemberut.

"Hishh..kau ni kan...tak habis-habis nak susahkan aku la..dah biar aku yang angkat cerek ni..."sentap Azriel.

Aster terkedip mata bila Azriel tolak dia ketepi lalu mengangkat cerek itu sebelum gerak keluar dari dapur untuk ke bilik air.

Kebingungan dengan situasi yang baru berlaku, Aster tunduk memegang tangan yang disentuh Azriel tadi sebelum tersengih sendiri.

Memang dah sah.

Yang dia dah tersuka dekat Azriel.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now