35.

1.7K 146 0
                                    

"Kamu dah cuba hubungi Aster?"

"Dah aunt..tapi tak jawab.."jawab Ashton masa jalan mundar mandir depan jendela ruang tamu sambil menekap telefon dekat telinga.

Mama Aster yang duduk dekat sofa sudah kerisauan. Jam dah masuk 4 petang, tapi kelibat Aster tak kelihatan sejak pagi tadi. Katanya ke rumah senator. Patutnya sesi tutor Aster tamat jam 12 tengah hari. Tapi sehingga sekarang tak ada khabarnya. Mama Aster siap call rumah senator lagi, tapi mereka jawab Aster dah keluar jam 11 pagi sebelum tu.

"Kamu rasa ke mana dia pergi?"tanya Mama Aster lagi dengan kening mencerun risau.

Ashton turunkan tangan ke bawah, dia pandang mak saudaranya dengan wajah risau. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Masa dia jemput Aster tadi, tak ada siapa nampak Aster keluar dengan siapa dan ke mana.

Dan selain rumah serta kolej tiada tempat lain yang Aster akan pergi kecuali satu tempat ni...

Ashton pandang mak saudaranya dengan wajah terkejut lepas menyedari sesuatu. "Aunt..." panggil dia dengan perlahan.

Mama Aster yang tengah pandang skrin telefon itu memaling kepala ke Ashton. "Ya.."

"Ash rasa...Ash tahu Aster dekat mana?"kata Ashton.

Mama Aster bangun dari duduknya lalu berdiri menghadap Ashton dengan wajah terkejut. "Dekat mana?"

Ashton palingkan kepala ke arah jendela di sebelah kanan dimana air hujan sejak tadi menghempas permukaan kaca tanpa henti dengan kuat. "Alec..."sebut dia dengan perlahan.

Ding!Dong!

Bunyi loceng pintu kedengaran pada masa yang sama. Buatkan Ashton tersentak lalu cepat-cepat bergegas ke pintu. Dengan penuh debar, Ashton perlahan-lahan membuka daun pintu itu. Sebaik dia buka, deru angin kuat membawa tempias hujan terus mengenai wajah, sambil bawa tangan ke atas kepala, Ashton bersemuka dengan Aster.

Gadis itu sudah basah kuyup dari atas kebawah. Berwajah sugul dan berdiri memandang dia dengan renungan kosong.

"Aster...apa yang dah berlaku?"tanya Ashton dengan reaksi risau dan lega.

Lepas menangis bagai nak rak dekat kubur tadi, Aster ambil keputusan untuk jalan kaki balik ke rumah. Disebabkan tanah perkuburan tu tak boleh nak tahan teksi atau bas, dia jalan kaki dari situ sampai la ke rumah. Dia tak tahu dah berapa lama dia berjalan, sedar-sedar dia dah sampai rumah.

Badan dia, kepala dia, hati dia, semuanya sakit dan penat...

Masa itu la mama Aster muncul dari belakang Ashton. Wanita itu menekup kedua-dua tangan ke mulut sebab terkejut melihat keadaan anak perempuannya seperti itu.

Dan belum sempat Aster hendak jejak kaki, tubuh dia jatuh longlai ke depan lantas tak sedarkan diri sepenuhnya.

Ashton yang ada dekat depan Aster, terus sambut tubuh tu sebelum Aster sempat jatuh menyembah ke lantai. Dia dukung Aster gaya pengantin sambil di bantu oleh mama Aster yang terkejut sangat masa tu.

"Sayang.."panggil mama Aster dengan cemas masa pegang pipi dingin dan pucat itu.

"Kita bawak dia naik bilik..aunt tukar baju dia, Ashton call doktor.."ujar Ashton dengan tenang masa perhatikan mak saudara dia dah menangis kerisauan.

Mama Aster seka air mata dari pipi semasa dongak memandang Ashton. "Apa yang dah berlaku ni?"tanya dia.

"Kita boleh tahu lepas Aster sedar nanti..." kata Ashton sebelum daki tangga naik ke tingkat atas.

Mama Aster ikut dari belakang dengan kening berkerut takut sewaktu melihat belakang badan Ashton. Dia berdoa supaya anaknya tak apa-apa. Dia cuma ada Aster sahaja. Dia tak nak kehilangan sekali lagi. Dia tak kuat. Cukup la sekali.

10. You And Me NeverKde žijí příběhy. Začni objevovat