62.

1.6K 129 0
                                    

"Aster!"panggil Mama Aster dari luar bilik.

Aster yang tengah duduk dekat kerusi meja belajar dia tekun menyiapkan kerja dan assignmentnya itu menyahut. "Saya!"laungnya sambil menulis sesuatu di dalam kertas sebelum tengok skrin laptop.

Pintu bilik itu pun terbuka, mama Aster berdiri dekat situ sambil pegang tombol pintu. "Sayang...jumaat nanti, kita akan pulang ke rumah nenek ya. Jadi pack awal-awal."minta Mama Aster."Mama akan buat surat untuk pensyarah kamu mengenai ketidak hadiran kamu nanti."

Kepala Aster tersentak tegak, terus dia berpaling ke arah pintu dengan kening terangkat sebelah. "Rumah nenek?Kenapa?"tanya dia.

"Atuk kamu jatuh sakit...mama ingat nak stay back dekat sana buat beberapa hari. Papa kamu sibuk dengan projek dia dekat luar negeri. Jadi tak ada siapa dekat rumah. Kamu ikut mama.."jelas Mama Aster.

Aster angguk kepala faham. "Okay...tapi Aster kena beritahu dengan Puan Tiara la kalau macam tu. Sebab tak dapat nak datang hari tu nanti..."

"Elok jugak. Segan pula mama dengan dia sebab mama beria suruh kamu jadi tutor anak dia, tapi kamu susah nak luangkan masa untuk berkerja di situ..."senyum mama Aster.

"Tak apa..."senyum Aster.

"Mama segan nak minta tolong saudara lain tengokkan nenek kamu. Disebabkan kita ni yang tinggal jauh dari dia patutnya yang datang melawat bukan mereka yang selalu bersama dengan datuk dan nenek kamu..."

Aster angguk faham. "Yalah...nanti Aster pack siap-siap."

"Sorry okay sebab ganggu jadual kamu.."ucap Mama Aster sambil tersenyum serba salah.

Aster ketawa kecil."Apa la mama ni..itu pun nak diminta maafkan buat apa. Benda nak berlaku...bukannya Aster boleh buat apapun...it okay. Aster settlekan semua kerja mana yang boleh."

Mama Aster tersenyum senang.

"Yalah kalau macam tu sambung la kerja kamu tu...mama masuk tidur dulu."pamit mama Aster.

Aster angguk kepala faham. Dia perhatikan mama dia gerak keluar dari situ sambil tutup pintu. Sebaik pintu itu tertutup, Aster termenung memandang skrin laptopnya dengan bahu jatuh hilang semangat. Risau pulak dia fikirkan keadaan datuk dia. Harap-harap tak ada yang serius la.

Telefon dekat atas kamus tebal itu dicapai Aster tak lama selepas itu. Dia sentuh skrin telefon itu lalu pergi ke senarai contactnya. Nama Ashton yang disentuh terlebih dahulu. Seusai menyentuh nombor itu, terus dia bawa telefonnya ke telinga.

TUT!TUT!TUT!

KLIK!

"Haloooooo"balas si pemanggil.

Terus tersengih Aster lepas dengar suara tu. "Oi...busy ke?"tanya dia.

"Yo wassup...tak ada. Aku tengah check akaun syarikat ni. Asal?Rindu ke?"

Aster berdecit menyampah lepas dengar perkataan 'rindu' itu. "Dalam mimpi kau...jangan nak perasan boleh tak.."

"Alah...kalau rindu cakap je la rindu..."

"What ever...aku call ni bukan apa. Cuma nak beritahu, atuk tak sihat. So aku dengan mama akan balik kampung jumaat esok."katanya sambil capai pen lalu kembali tunduk menulis kerja yang dia tertangguhkan tadi.

"Huh?Atuk sakit?Serius ke?Papa kau tak ikut sekali?"tanya Ashton dengan cemas dalam panggilan tu.

"Tak tahu...mama cuma beritahu atuk sakit. Plus papa aku outstation beberapa hari ni sebab ada projek dekat luar.."jawabnya semasa pandang ke skrin lapton sekejap lalu kembali tunduk menulis apa yang dia baca dekat skrin tadi.

"Iya ke...alahai...kesiannya .Risau pulak aku dengar. Nanti aku beritahu mama. Tapi rasanya kita orang tak boleh balik sana kot...kau sendiri tahu kan..syarikat induk ni lepas dipindahkan cawangannya banyak kerja nak kena settle.."

Aster angguk kepala faham masa angkat kepala untuk silakan kaki dia atas kerusi pulak. "Tak apa, aku rasa atuk dengan nenek pun faham. Okay la...kau sambung la kerja kau tu. Kita borak lain kali."

"Yalah...thanks tau beritahu aku.."

"Sama-sama..bye."

"Bye..."

Panggilan itu pun mati setelah Aster putuskannya terlebih dahulu. Dia tenung skrin telefonnya bersama hela nafas pendek dilepaskan. Nampaknya dia kena cari idea untuk pastikan Elisson tak merajuk bila dia tak ada nanti.

Tapi macam mana ya?

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now