53.

1.7K 142 0
                                    

Pagi tu Aster bangun-bangun je, Azriel dah tak ada. Yang mana satu kelegaan buat dia. Yalah, malu la. Mana nak letak muka nanti kalau lelaki tu masih ada! Tapi bila difikirkan balik, Azriel tak ada la seteruk mana. Lelaki tu cuma kasar je. Lagipun dia dah lupakan apa yang Azriel buat dekat dia lama dulu. Tak ambik hati pun. Sebab papa dia ajar, kita ni kena sentiasa maafkan orang tak kira la ianya bukan salah kita. Kena memaafkan. Hidup dengan hati mendendam ni boleh buat kita senang sakit dan umur pendek. Jadi sentiasa jalani hidup dengan fikiran yang positif dan optimis. Dan itu la yang Aster buat selama ni.

Knock!Knock!

Ketukan pintu kedengaran semasa Aster tengah sanggul rambut dia depan cermin meja solek itu. "Ya...jemput masuk."pelawa dia.

Seorang maid berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan senyuman di bibir. "Selamat pagi cik. Puan besar jemput cik untuk sarapan sama."

Aster berpaling menghadap maid itu dengan senyuman terima kasih kepada maid itu. "Okay...mari. Saya dah siap."

Maid itu balas senyuman manis Aster dengan hati berbunga. Comel betul tetamu mereka ni. Jarang Puan besar mereka benarkan orang luar menginap di kediaman ni. Kalau ada pun hanya saudara mara dan kenalan rapat saja.

"Ikut saya cik."aju maid itu sambil buka pintu untuk Aster.

"Hahaha...tak perlu la bercik bagai dengan saya. Panggil saja saya Aster."kata Aster pada maid yang kelihatan lebih tua darinya.

"Tak boleh cik. Dah peraturan yang ditetapkan."balas maid itu sewaktu mereka mulai menuruni tangga.

Selepas itu Aster tak cakap apa-apa lagi sehingga la dia tiba di ruang makan utama rumah itu. Masuk saja dia situ, Aster disambut oleh Freddie.

"Morning.."sapa Freddie dengan perlahan semasa tarik kerusi untuk Aster duduk.]

"Morning..."balas Aster masa duduk di kerusi itu. Bila dia pandang depan je, dia menghadap Azriel. Ala-ala...tak boleh ke duduk tempat lain. Depan mata dia jugak. Lemah betul la.

"Selamat pagi Aster. Macam mana malam kamu?Lena?"sapa Tiara di hujung meja tak lama lepas tu.

Aster palingkan kepala ke Tiara sebelum ternampak Elisson yang memandang terkejut ke arah dia lalu cepat-cepat tunduk pandang ke pinggan. Rasa bersalah agaknya. "Selamat pagi puan..um..malam tadi.."Aster terpandang Azriel tanpa sengaja. Terus blushing dia lantas mengangguk kepala sewaktu pandang Tiara semula. "Okay..terima kasih untuk pelawaanya.."

Tiara tersenyum puas. "Tak ada masalah...kamu nak menginap di sini sampai bila-bila pun tak apa."seloroh dia. "Mari la makan..kemudian boleh la kamu tutor Elisson semula. Dia mesti tak sabar."aju Tiara masa para maid mula bergerak ke sisi setiap seorang di situ lantas menghidangkan sarapan di depan mereka.

Aster perhatikan mereka di situ dengan kagum. Sangat cekap, sampaikan abang sepupu iparnya turut kelihatan smart melakukan pekerjaan di situ. "Terima kasih.."ucap Aster.

Mereka semua di situ mula menikmati makanan mereka seperti biasa. Sudah terbiasa dengan hidangan mewah, sikit pun tak buatkan anak beranak itu pelik. Tapi Aster yang jarang makan makanan mewah sedikit kekok dengan segala perkakas dan utensil di kanan dan kiri pinggan itu.

Mana yang dia patut gunakan dulu?Ada tiga jenis garfu, empat jenis sudu, tiga jenis pisau dan tiga set hidangan dekat depan dia.

APAKAH?

Nak tahu macam mana, Aster angkat kepala dia, dan orang pertama dia nampak ialah Azriel. Lelaki tu yang sememang senantiasa kelihatan segak dan kemas dengan bergaya sekali guna garfu dan pisau di situ.

Aster pun tiru la apa saja yang Azriel buat, lelaki tu ambil tu, Aster pun ambil tu, Azriel ambil ni. Aster ambil ni. Dah macam budak-budak tadika rasanya. Makan pun kena ditunjukkan.

Selesai sarapan semua orang bubar ke urusan masing-masing. Aster bersama Elisson. Untuk tebus semula masa yang dia buang gara-gara balik kampung hari tu dan sebagai permohonan maaf, Aster ajak Elisson untuk bermain bola besbol dan bola sepak dekat belakang laman rumah tu. Dalam masa yang sama dia ajar bahasa isyarat yang mudah sepanjang permainan itu diadakan.

Lepas Elisson kata penat, Aster berhenti main. Masih di luar, dia ajak Elisson untuk duduk berkhelah pula. Maid bawa makanan tengah hari mereka ke luar laman itu dan bantu Aster untuk set up tempat perkhelahan tersebut. Yang mana membuatkan Elisson suka dan gembira satu hari tu.

Selesai makan, Aster bercerita dengan Elisson melalui buku cerita berajah menggunakan bahasa isyarat. Dan diselangi sambil main sep-sep tom-tom dengan Elisson.

Masa itu la Tiara muncul dengan senyuman di bibir. Anggun mengenakan pakaian mahal di badannya. "Aster..."panggil dia dengan nada ceria semasa perasan Elisson ketawa sewaktu Aster tunjukkan sesuatu dekat dalam buku.

Kepala Aster terus tersentak dari memandang Elisson, dia palingkan kepala ke kanan dia sebelum ternampak Tiara dekati mereka. "Ya..."

"Elisson perlu hadiri medical check up. Saya rasa sampai sini saja sesi kamu. Saya arahkan driver untuk hantar kamu pulang nanti. Pasti kamu letih."ujar Tiara.

Aster bangun dari situ sambil tarik Elisson sama. "Boleh. Tak ada masalah."jawab dia.

Tiba-tiba Elisson buat bahasa isyarat pada Aster. "Kenapa kak?"

Aster senyum bila nampak jari Elisson bergerak. "Mama kamu nak bawa kamu buat pemeriksaan. Jadi kakak kena balik."maklum dia menggunakan isyarat.

Elisson palingkan kepala ke arah mamanya lalu ke Aster. "Kakak nak balik?Kenapa tak tinggal sini saja?"isyaratnya pada Aster dengan kening berkerut. "Kakak takkan datang sini lagi?"

Sambil usap kepala Elisson Aster geleng kepala sewaktu tersenyum. Lantas dia buat isyarat. "Kakak datang lagi. Tapi untuk hari ni sampai sini saja. Okay?"balas dia.

Elisson angguk kepala sebelum gerak mendekati Tiara.

"Kami pergi dulu.."lambai Tiara pada Aster setelah Elisson di peluknya.

"Bye.."lambai Aster dengan senyuman di bibir.

Dua beranak itu kemudiannya pergi dari situ. Sementara Aster yang ditinggalkan dekat situ mula mengemas dan susun semula barang-barang di situ sebelum masuk ke dalam untuk balik. Bersama barang di dalam pelukan, Aster serahkan semuanya kepada butler dan maid yang dia nampak.

"Dah nak balik ke Cik Aster?"tanya mereka dengan nada riang.

"Ha'ah.."angguk dia dengan senyuman di bibir. Mesra betul orang dalam rumah ni. Dari tuan rumahnya sendiri, sampai pekerjanya semuanya murah dengan senyuman. Kecuali yang seorang tu.

"Datang lagi tak?"

Aster ketawa kecil. "Ya..."

"Nak saya beritahu driver cik nak balik ke?"soal seorang butler lelaki pula.

Aster angguk kepala. "Boleh...saya nak ambil beg saya dulu."

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now