68.

1.6K 134 2
                                    

Pasar Willowpane...

Pasar dimana orang yang duduk dekat kampung edarkan barangan ladang dan kebun mereka untuk di jual beli dengan penduduk yang lain.. Siap bertukar-tukar barang lagi kalau tak nak duit. Orang dari kawasan dan daerah lain pun sanggup datang jauh-jauh semata nak beli barang dekat pasar ni.

Terletak betul-betul dekat tengah kawasan utama pelabuhan menghadap kawasan laut, pasar ini jadi tumpuan pelancong dari luar. Malah ramai yang beli tanah dan rumah dekat sini sebagai tempat persinggahan mereka.

Antara ramai-ramai pengunjung di pasar itu, hanya dua orang sahaja yang kelihatan paling ketara. Mana tidaknya, semua dekat situ pakaiannya biasa-biasa dan agak kusam dan muram warnanya. tapi dua orang itu saja yang pakai pakaian terang warnanya dan lain dari orang di sekeliling. Tambah-tambah lagi yang seorang tu mengenakan cermin mata dan jalan seperti model sebenar.

"Hei...Aster...kamu ada di sini?Bila balik?" tegur pakcik jual sayur masa dia nampak Aster lintas gerai dia.

Aster yang mulanya jalan melulu ke depan tak tengok-tengok tersentak. dia palingkan kepalanya ke sebelah kanan. "Oh...hai uncle...sihat?"sapa Aster sambil pegang lengan Azriel supaya lelaki tu tak merayau jauh. Nanti bagi kerja dekat dia nak mencari pulak. Uncle ni anak saudara kepada kawan baik nenek dia. Biasanya kalau ada baja ke anak kambing lebih ke, uncle ni selalu bagi dekat family datuk dan nenek dia.

Azriel dengan muka grumpy dia pandang tangan Aster yang sedang cubit lengan bajunya sebelum ikut Aster macam anak kecil dengan maknya hanya berdiri dekat sisi Aster.

"Uncle sihat...nak beli apa-apa ke?"tanya pakcik tu.

"Tengok-tengok dulu.."balas Aster.

Dan pada masa itu la seorang lelaki muda yang boleh tahan la jugak rupa dan susuk badan muncul lalu berdiri dekat sebelah pakcik tu. Mulanya dia letak barang je dekat atas timbunan sayur dekat situ, sekali mata dia terarah pada Aster terus ceria wajah handsome tu. "Ehh...Aster. Kau ke tu?"sapa lelaki tu.

Aster yang sedang lihat-lihat sayuran dekat situ tersentak, dia angkat keningnya bila pandang anak lelaki kepada pakcik itu. "Oh..hai.Ya aku. Asal lain sangat ke aku sampai tak kenal?"

"Ahahah...mana ada. Aku jarang tengok kau datang sini..itu yang aku tanya. Mana tahu salah orang."balas lelaki tu sambil tersenyum senang.

Pakcik itu kerling ke Azriel dengan senyuman di bibir. "Teman lelaki kamu ke?"tanya dia.

Mata Aster terbuka luas lepas dengar. Bertuah la hidup dia. Mahu ke Azriel dengan dia. "Hahaha..tak ada la. Kawan...okay la uncle...saya gerak sana dulu ya."lambai Aster. Lama-lama dekat situ tak pasal-pasal satu kampung heboh.

"Okay...bye."lambai pakcik itu.

Aster meneruskan langkah dia ke depan. Tapi tak sampai beberapa langkah, nama dia dipanggil lagi.

"Aster...itu kamu ke?"dua orang lelaki berdiri tiba-tiba depan Aster, buatkan Aster taken back.

Azriel dekat sebelah dah mulai kejengkelan. Asal dengan meet and greet sejak tadi ni?Buang masa betul la.

Terkejut Aster. Nak tak nak dia terpaksa senyum. "Iya saya..."

"Wahh...semakin cantik kamu ya...lama tak nampak.."kata abang kedua.

Abang pertama tu pegang tepi lengan Aster. "Siapa yang dekat sebelah kamu ni.."

Aster pandang Azriel lalu tersenyum pada dua orang abang yang dia kenal sebagai anak kepada kawan atuk dia. Keluarga mereka rapat sebab niaga lembu dan sayur sama-sama. Sebab itu la dua orang abang ni kenal dia.

"Kawan saya..."

Azriel dekat sebelah hanya buat muka menyampah. Dia sebenarnya nak balik, sudah lah panas, ramai orang, bau pulak tu, air lecak jualan ikan dan barang basah buatkan kawasan tu agak kotor untuk dia nikmati pemandangan di situ.

"Iya ke..ingatkan teman lelaki tadi.."abang kedua tadi bersuara lagi.

"Hahah.."ketawa Aster dengan janggal. "Okay la...saya nak cepat ni..kita borak lagi nanti ya." pamit Aster sambil tepuk lengan abang tu.

"Okay...kirim salam dekat nenek dan datuk kamu nanti."pesan abang pertama tu sebelum bergerak pergi dari situ.

"Okay...."lambai Aster semasa mematai mereka seketika sebelum kembali meneruskan perjalanan dia. Baru saja dia nak palingkan kepala ke sisi Azriel dimana deretan gerai berada, Azriel pegang bahu dia lalu berhentikan dia sekejap dekat situ.

"Berdiri tegak."arah Azriel dengan tegas.

Aster yang tak faham apa yang Azriel cuba lakukan, dia berdiri hadap Azriel dengan kening berkerut. "Ada apa?"tanya dia.

Azriel tanggalkan cermin mata hitam dia sebelum dipakaikan ke Aster. Topeng mulutnya yang dipakainya sebelum masuk ke kawasan pasar itu dipasang pada wajah Aster pula. Dengan itu tersembunyi la wajah itu dari dikenal pasti oleh sesiapa.

Tangan Aster cuba naik hendak tanggalkan cermin mata tu tapi di pukul oleh Azriel. "Apa awak cuba buat ni?"tanya dia kebingungan dari balik topeng mulut yang dipakai.

Azriel buat muka tak puas hati macam marahkan sesuatu.

"Dah la cepat...kata nak beli barang..beli kemudian balik. Aku dah melengas lama-lama dekat sini.."sentap Azriel sebelum dorong Aster supaya maju ke depan.

Masih tak faham apa yang sedang berlaku, Aster pandang ke sisi dia dengan kening mencerlung. Tepi Muka Azriel di pandang melalui cermin mata hitam itu. "Kenapa saya kena pakai semua ni?"soal Aster cuba turunkan topeng mulut tu sebab rimas.

"Kau tanggalkan benda tu...aku sumpah..balik kau jalan kaki nanti."ugut Azriel masa pandang tak puas hati ke Aster.

Terus Aster tak jadi nak pegang topeng mulut tu. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia maju ke gerai berdekatan untuk beli sedikit sayur dan daging. Setelah itu dia singgah ke kedai runcit berdekatan untuk beli garam dan rempah ratus yang mama dia senaraikan dalam kertas di dompet.

Lepas setengah jam luangkan masa dalam kawasan pasar tu, Aster dan Azriel kembali ke tempat mereka parkir vespa atuk Aster tadi.

Sambil letakkan barang yang dibeli dekat bakul kecil depan vespa tu, Aster perhatikan Azriel. "Kenapa dengan awak ni?"tanya dia pada Azriel yang sejak tadi macam tak puas hati. Memang dia dah biasa la kalau kalau Azriel buat muka grumpy. Tapi ini tak, lain macam betul muka ketat lelaki ni.

Tanpa berkata apa-apa Azriel naik ke vespa itu dan hidupkan enjin kenderaan tu.

Aster berdiri dekat situ memerhati tingkah Azriel yang buat tak hiraukan dia.

"Kau nak naik ke tak?"sentap Azriel tiba-tiba.

Melompat terkejut Aster dari termenung dia. "Ya.."sambut dia dengan kalut sebelum naik ke atas vespa itu. Tak berani dia nak pegang badan tu memandangkan Azriel kelihatan tiada mood pada masa tu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now