21.

1.8K 152 2
                                    

Pergh!

Bising gila bilik ni wei!

Bunyi dentuman letupan dan tembakan memenuhi bilik tidur tu macam berlaku perang je gayanya.

Sampaikan Aster terpaksa tekup kedua-dua telinga dengan tangan lepas masuk. Kening dia berkerut tak suka masa melihat ruangan tidur yang tiga kali ganda luasnya dari bilik dia itu.

Sebuah katil terletak di hujung sebelah kanan bilik, sementara hujung sebelah kiri bilik tu, terletaknya sebuah skrin televisyen yang sangat besar, lapan set stereo di kanan dan kiri skrin tv.

Sementara depan skrin tu, sebuah kerusi terletak. Dimana budak bertuah tu tengah duduk.

"Tahu la pekak..tapi jangan la nak pekakkan telinga orang sekali!"sungut Aster masa gerak ke arah budak lelaki itu lalu mencapai remote control yang terletak di atas meja kecil sebelah kerusi tu lalu mute kan terus suara tv tu.

Baru la senyap.

Namun tindakan Aster itu buatkan budak lelaki yang duduk di kerusi itu berhenti dari main.

Dengan kening berkerut dan renungan membunuh, budak itu berdiri menghadap Aster. Remote yang di pegang Aster di rampas dengan kasar.

Ternganga terkejut Aster bila remote itu direntap begitu sekali. Bertuah punya budak! Okay. Nak main kasar ya. Fine. Mari la. Ingat dia takut!

Elisson pandang Aster dengan muka tak faham. Siapa pulak perempuan menyibuk ni! Berani-berani kacau dia! Tanpa pedulikan Aster, Elisson terus tekan butang di remote control tu untuk unmute semula suara tv tu. Dia tak peduli kalau dia tak boleh dengar. Still dia nak jugak pasang kuat-kuat volume tv tu.

Bila bunyi bising berkumandang semula, Aster tarik remote tu semula lalu tekan butang mute semula.

Elisson pandang tak puas hati. Dia cuba rampas remote tu dari Aster tapi Aster jauhkan benda itu dari dia.

"Heh..kalau nak cuba ambik!"cabar Aster pada Elisson.

Elisson tak dengar tapi dia boleh baca gerak bibir Aster, jadi dia terus membutang mata sebab marah.Tanpa berlengah dia tolak Aster dengan kasar sehingga Aster terjatuh ke belakang.

Terlentang sahaja Aster di lantai, tangan dia terlepas pegang remote sampai remote tu tercampak jauh sedikit dari situ.

Sambil berdesis menahan sakit, Aster nampak Elisson gerak hendak dapatkan remote tu. Masih dalam keadaan baring, Aster pengkes kaki Elisson dengan tangan sehingga buatkan Elisson jatuh meniarap di atas lantai itu.

Terkejut Elisson bila dia jatuh tersembam dekat situ. Berani betul! Perempuan ni memang nak kena! Dengan renungan bengang, Elisson toleh ke balik bahu dia. Melihat Aster sedang memegang pergelangan kaki dia. Tak peduli apa-apa lagi Elisson sepak-sepak kaki dia supaya Aster lepaskan dia, tapi tak berjaya.

Dengan sengih berjaya Aster bangun dari situ lalu meluncur di atas lantai sebelum memperoleh remote control tersebut. Pegang je remote tu, dia jelir lidah kebudak-budakan pada Elisson.

"Hahaha...Well tengok siapa yang menang.." ketawa dia dengan gembira.

Elisson tumbuk-tumbuk lantai tu dengan kesal. Geram sangat sampai dia menangis dekat situ dalam keadaan meniarap. Dia tak pernah kalah dengan sesiapa. Besar ke kecil, tua ke muda, dia yang selalu buat mereka menangis. Bukannya dia. Dia yang buat mereka semua nampak kesian...bukan buatkan diri dia kelihatan kesian!

Melihat keadaan itu, dengan senyuman mesra Aster dekati Elisson. Dengan lembut dia pegang kedua-dua tangan tu lalu diangkat bangun budak tu dari meniarap.

Tanpa melawan Elisson bangun dari situ lantas berdiri dengan kepala tunduk memandang ke bawah sambil mengonyoh mata kerana sedih dan malu.

Aster melutut depan Elisson lalu turunkan tangan tu dari terus menggosok mata. Budak ni sebenarnya sangat rapuh. Lagi-lagi lelaki. Dia orang dah kasar sejak azali, jadi nak didik dan jaga tak boleh gunakan kekasaran. Mahupun dengan lembut. Tapi separuh-separuh. Ada kekasaran ada lembutnya.

Dagu itu di pegang Aster dengan lembut sebelum di paksa dongak memandang dia. Sebaik saja muka tu menghadap dia, Aster beri senyuman seikhlas mungkin.

Aster pandang sekeliling bilik yang bersepah itu mencari sesuatu. Tak lama dia pandang, mata dia terarah pada ipad yang tergeletak di atas almari sebelah tingkap. Dia gerak ke almari itu lalu mendapatkan ipad tersebut.

Kalau Elisson cacat pendengaran dan pertuturan pada usia lewat. Maknanya Elisson boleh membaca. Jadi untuk bantu Elisson faham penjelasan dia, Aster taip semua kata-kata dia pada ipad itu sebelum dia talakan kepada Elisson.

"Hai...nama akak...Aster Faith. Akak adalah tutor kamu yang mama dan papa kamu telah upah untuk ajar kamu. Sebelum kamu marah, baca kata-kata akak ni dahulu.

"Akak tahu kamu sedih..kata dia dengan perlahan semasa kesat pipi yang basah tu dengan tangannya. Akak rasa apa yang kamu rasa. Kehilangan deria yang selama ni kita dah terbiasa guna secara tiba-tiba bukan perkara mudah untuk diterima. Tapi kamu tak boleh putus asa. Kamu boleh belajar dan mengenal bahasa isyarat."kata Aster masa tunjuk skrin tu pada Elisson.

Terkebil-kebil Elisson pandang skrin tu masa baca. Dia tahu apa yang Aster katakan untuk pujuk hatinya. Yang mana berjaya. Dia sendiri tak tahu kenapa.

Elisson baca apa yang tercatit di skrin itu dengan mata basah dengan air mata. Selesai baca dia pandang Aster. Adakah tutor barunya ini seperti tutor yang sebelum ni. Tahunya nak makan gaji buta tapi tak buat kerja atau kerja dekat sini sebab nak ambil hati abang dia?Atau hanya la tutor yang mengata dia dalam diam?

Aster kembali tunduk menaip lagi di ipad tersebut. Seketika kemudian, dia tunjukkan semula skrin itu.

"Baca betul-betul okay. Akak datang sini ikhlas nak tolong kamu. Akak tahu kamu sedang marah, sakit hati, kecewa, terluka dan tak terima semua ni. Akak faham dan aku tahu apa kamu rasa. Sekiranya kamu rasa akak kesian kan kamu, kamu salah. Akak anggap kamu normal macam yang lain. Jadi layanan akan sama macam orang lain. Akak tak paksa. Tapi akak nak kamu tahu, mama dan papa kamu mahukan yang terbaik untuk kamu."baca Aster lagi masa pandang Elisson.

Terpaku sekejap Elisson lepas baca. Betul ni?Dia buat gerakkan bahasa isyarat yang dia ingat sikit-sikit. Tak banyak pun yang dia belajar sebab kebanyakkan masa yang dia luangkan adalah naik angin dan lontarkan tantrum.

Aster angguk kepala lepas tengok bahasa isyarat tu. "Ya..."

Elisson tunduk pandang ke lantai seketika sebelum pandang Aster.

Aster taip sekali lagi pada ipad tu lalu ditunjukkan pada Elisson. "Kamu kenal macam mana nak guna bahasa isyarat?"dia talakan skrin tu semula.

Mata Elisson bergerak membaca perkataan itu sebelum buat bahasa isyarat. "Sikit je."

Lalu Aster turunkan ipad tu dan gunakan bahasa isyarat pula.

"Kakak tak paksa kamu untuk terima kakak, tapi kakak nak kamu tahu, dekat luar sana ada yang sayangkan kamu dan nak lihat kamu gembira. Akak pergi dulu. Kalau kamu sudi terima kakak sebagai tutor kamu, maklumkan pada mama kamu."isyarat dia pada Elisson.

Elisson yang faham sikit hanya diam memandang Aster.

Sambil tersenyum Aster usap kepala Elisson lalu gerak keluar dari bilik tu. Bukak je pintu tu, Aster dikejutkan dengan isteri senator dan Freddie yang hampir nak terjatuh lepas pintu itu terbuka.

Dua orang tu berdiri tegak lekas-lekas. Malu sendiri!

"Saya dah jumpa dia."kata Aster sambil tersenyum pada isteri senator. "Elisson akan beri kata putus dia sama ada mahu saya jadi tutor dia atau tidak nanti."

"Hah?!"nganga isteri senator dengan muka terkejut. Tak sampai 10 minit, tak ada suara orang menjerit atau bunyi barang di lempar. Macam tu je.

Aster beri tunduk hormat pada isteri senator. "Jumpa lagi."pamit dia.

Hoi...nak keluar cepat wei! Lama-lama dekat sini mahunya ternampak si Azriel tu! Masak la nak!

10. You And Me NeverDonde viven las historias. Descúbrelo ahora