18.

1.8K 142 0
                                    

Disebabkan Aster jenisnya susah bangun pagi, mama Aster sendiri yang jadi jam loceng anak perempuannya itu setiap hari. Mulanya dia jengkel jugak, tapi lama-lama jadi kebiasaan pulak sejak anaknya balik ke rumah ini setelah lima tahun merantau jauh dari keluarga membawa diri.

Sesampai saja di depan bilik Aster, mama Aster terkejut bila tengok pintu bilik itu tidak tertutup. Biasanya tertutup. Kali ni tak pulak.

Jadi dia pun gerak mendekati bilik tersebut. Jengah je kepala dia ke dalam bilik tu, mama Aster di sapa pemandangan di mana Aster tidur di atas dada Ashton sementara Ashton baring telentang dengan lengan di atas kepala mulut ternganga.

Mama Aster tak terkejut melihat situasi ini. Dulu masa kecik-kecik Ashton selalu tidur sama dengan Aster dan si abang. Dia percaya Ashton seorang anak yang baik.

Cuma, keningnya berkerut tak faham. Dia tak faham dengan dua orang ini. Sekejap bergaduh, sekejap bertekak, kemudian berbaik. Macam mana mereka handle, sehingga kini mama Aster tertanya.

Tidak mahu mengejutkan Ashton dia gerak ke tepi katil di mana Aster baring.
Baru je mama Aster nak tunduk ke Aster, dia terpandang loket dekat almari sebelah katil tu.

Mulanya dia ingatkan khayalan atau salah pandang. Dia capai la loket tu lalu dibeleknya sebelum loket tu terbuka memaparkan imej dua beradik di dalamnya. Dengan muka tergamam mama Aster pandang wajah polos Aster yang sedang terlena itu lalu ke Ashton.

Sebab ini ke mereka berdua tidur bersama?

Tiba-tiba Aster terkutik, gadis itu gerak baring mengiring membelakangkan Ashton iaitu menghadap mama Aster.

"Oh sayang..."sebut mama Aster dengan sebak sebelum bercakung di tepi katil itu lantas mengusap kepala Aster lantas di kucup lembut. Pasti Aster terjumpa loket yang telah di simpan dalam loteng malam tadi dan menangis teruk. "Aster..."bisik mama Aster sambil goyangkan badan itu.

"Hm."jeda Aster dalam tidur.

"Bangun sayang...kamu ada interview yang perlu dihadiri."ujar mama Aster.

Aster tak membalas namun mata dia terbuka sedikit. Kemudiannya dia pejam mata sekejap sebelum di buka dengan terpisat-pisat.

"Pukul berapa ni?"soal Aster dengan mamai.

"6 pagi. Kamu kena sampai sana 7 pagi."bisik mama Aster lagi.

Dengan letih Aster bangunkan diri dari baringnya sambil dibantu oleh mama dia. Waktu tu mata dia berat sangat sebab banyak menangis malam tadi. Entah bila dia tertidur pun tak sedar.Dia palingkan kepala ke sisi dia dengan bingung sebab mencari sesuatu. Mana benda tu?Huh?!

"Kamu cari ni ke?"mama Aster sua loket yang di tangan dia ke depan muka Aster.

Dengan renungan lega Aster pegang loket tu sebelum pandang mama dia.

Terus tersenyum mama Aster bila dia bertentang mata dengan anaknya.

"Dah cepat mandi, pakai baju yang sopan, kemudian turun. Mama dah siapkan sarapan." bisiknya sebelum kucup dahi itu lalu bergerak ke arah pintu.

Aster pandang langkah mamanya dengan renungan letih lantas bersuara."Mama..." panggil dia dengan suara serak bangun tidurnya.

Mama Aster pun berpaling ke belakang sambil pegang daun pintu bilik itu. "Yes."senyum dia ke Aster.

"I love you."sebut dia pada mamanya.

"I know honey. I love you too."balas mama Aster sebelum melangkah keluar dari situ sambil menutup pintu.

Sebaik sahaja pintu itu tertutup, Aster pandang ke sisi dia dimana Ashton sedang terlena. Disebabkan katil tu hanya cukup panjang untuk saiz badan Aster, kaki Ashton terjuntai keluar dari hujung katil tu.

Ibaratnya Ashton ni dah macam kayu balak yang ada dalam bekas kayu yang terlalu kecil untuk diisi dengannya. Kelakar pulak tengok!

Sejengkel-jengkel perangai Ashton, lelaki itu sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Kerana waktu kecil dulu, Ashton la yang selalu jaga Aster dan abang dia.

Disebabkan Ashton lagi tua dari mereka. Tapi nak buat macam mana kan.

Karma is a bicth right!Abang ke tak...dendam kena balas!

Dengan muka kosong tanpa reaksi Aster tolak badan Ashton jatuh dari katil dengan kakinya sahaja.

KEDEBUK!

Macam karung kentang jatuh dekat lantai, Ashton tersembam di atas lantai itu sehingga buatkan lelaki itu mengerang kesakitan akibat impak jatuhnya.

Lelaki tu perlahan-lahan bangun dari lantai tu lalu memandang Aster dengan bingung.

"Auw...sakitnya...Apa yang dah berlaku?"soal Ashton dengan muka bangun tidur rambut gerbang macam sarang burung, tergosok-gosok belakang kepala sebab terhantuk gara-gara jatuh tadi. Keningnya berkerut menahan sakit.
"Entah...aku bangun sebab dengar kau mengerang..."tipu Aster dengan muka dibuat-buat bingung.

Ashton kecilkan mata masa pandang curiga ke Aster. "Grr....Aster..."sebut Ashton yang dapat mengesan terus garis penipuan Aster di wajah itu.

Terus meledak ketawa Aster bila dia kantoi.

"Hahahaha...padan muka kau...sakit tak?" tanya dia semasa turun dari katil tu untuk bersiap ke tempat kerja yang mama dia bincangkan dengan dia tempoh hari.

"Tak guna kau kan..."rungut Ashton masa bangun dari situ lalu duduk rehat dekat katil untuk hilangkan rasa pening lalat lepas bangun tidurnya.

Aster berdiri sebelah Ashton lalu usap belakang kepala yang terhantuk tadi. "Benjol ke?"tanya dia masa rasa permukaan kepala Ashton.

Ashton tunduk raup mukanya kelesuan sebab tidur lewat gara-gara tenangkan Aster menangis malam tadi. Dekat 3 pagi macam tu baru dia boleh lelap. Minah ni buat spoilt tidur dia pulak!"Kau kata kelas kau tengah hari...asal bangun awal?"soal dia sebelum angkat kepala.

Aster turunkan tangan dia dari kepala Ashton lalu bertentang mata dengan Ashton. Buruk betul muka bangun tidur lelaki kegilaan perempuan dalam kolej ni. Kalau la dia boleh ambik gambar...

"Mama suruh aku apply kerja part time."

Ashton palingkan kepala ke jam atas almari sebelah katil Aster. Bila dia tengok waktu pada jam tu keningnya berkerut. "Pagi buta macam ni?"tanya dia masa pandang Aster.

"Entah..."Aster jungkit bahu tak tahu.

Ashton pandang Aster dari atas ke bawah dengan kening berkerut."Kau dah okay belum?"

"Maybe..."jawabnya sambil menjungkit bahu lagi.

Sambil mengerang jengkel Ashton tumbang ke katil semula lalu memejam mata. Dia masih letih dan mengantuk."Dah la berhambus sana."dia melambai tangan menghalau ke Aster dengan malas.

10. You And Me NeverDove le storie prendono vita. Scoprilo ora