36.

1.8K 156 1
                                    

Rasa macam kepala dia dihempap dengan timbunan batu bata adalah perkara pertama yang menghentak dia sebaik membuka mata. Dan perkara kedua adalah wajah risau yang ada di atasnya waktu itu.

"Kamu dah bangun?"senyum mama Aster.

"Macam mana dengan keadaan kamu?Nak papa panggil doktor lagi ke?"tanya papa Aster pula.

"As dekat mana?"tanya dia dengan susah payah. Tiba-tiba je tekak dia rasa sakit dan kesat. Pening pada kepala buatkan dia  terus berkerut kening.

"Rumah."jawab mama Aster masa usap kepala Aster dengan kasih.

Aster tenung wajah dua orang tuanya dengan hati yang hiba. Wajah parentnta buatkan dia terbayang wajah Alec. Dia berfikir, apa perasaan Alec bila Alec perlukan ibubapa mereka, tapi ibubapa mereka tak boleh ada untuk Alec. Apa yang Alec fikirkan terhadap mereka dan sebagainya. Mengingatkan hal itu buatkan air mata dia terhambur keluar sekali lagi. Dia tak nak, tapi masalahnya sekarang segalanya datang semula seperti lima tahun yang lepas.

"Hei..kenapa ni..kenapa kamu menangis.."papa Aster yang duduk bersila dekat sebelah Aster pegang pipi hangat anaknya yang sedang demam dengan risau lalu seka air mata itu.

Aster hanya mampu menangis, tiada kata-kata yang dapat dia luahkan saat itu. Dia tak boleh nak salahkan parents dia. Waktu itu hidup mereka tak sesenang seperti sekarang. Ada saja benda yang nak perlu dibayar, ada saja hutang yang ditanggung. Jadi mereka sibuk cari duit untuk Alec dan juga dirinya. Dia salahkan diri dia sebab tak ada dekat sisi Alec sewaktu abangnya perlukan dia.

Mama Aster ikut bersedih bila tengok Aster macam tu. Dia yang tak faham apa yang berlaku tak boleh nak buat apa-apa. "Kenapa sayang...beritahu mama apa yang dah berlaku?Sesuatu terjadi pada kamu ke?Ada orang jahat apa-apakan kamu ke?"bisiknya.

Sambil tersedu-sedu Aster geleng kepala. Dia tak boleh...

Papa Aster seluk tangan bawah leher Aster lalu bangunkan Aster dari baring sebab risau dengan keadaan Aster yang tersedu-sedan dengan teruk. Lalu dia bawa Aster ke dalam pelukannya. "Shh....it okay...papa ada dekat sini."pujuknya.

Mama Aster ikut peluk Aster dan suaminya sekali. Air mata jangan cakap la, memang dah banjir dah.

"I miss him so much..."sebut Aster tersekat-sekat. Terlalu rindu sampai sakit dada dia.

Papa dan mama Aster tersentak, mereka berdua perlahan-lahan jarakkan diri dan memandang wajah pucat Aster. "Apa kamu kata?"tanya mama Aster dengan suara serak menangis dia.

Aster pandang lemah ke mama dia dengan air mata mengalir turun dari tepi mata. Rasa berdosa dia pada Alec benar-benar memakan jiwanya."Aster rindukan Alec...ada banyak perkara Aster tak sempat nak beritahu dia...Aster nak mintak maaf sebab tak ada dengan dia masa dia perlukan Aster....Aster nak mintak maaf sebab tak jadi adik yang baik untuk Alec...."luah dia tersedu-sedu.

Papa Aster yang dengar terkedu.

"Oh...honey..."terus menangis mama Aster dekat situ masa dia tarik Aster lalu di peluk dengan erat. "Kerana itu ke kamu begini?" tanya dia dengan sebak.

Aster merengek dekat bahu mamanya dengan mata terpejam dan tangan dekat sisi sebab tak larat nak di angkat. "Aster minta maaf...dekat Alec, Aster menyesal tak sayangkan Alec...Aster salah mama...salah Aster abang tinggalkan kita..."

Papa Aster sudah tertunduk tersedu-sedu sendiri dekat situ lepas dengar rengekan Aster.

"Kamu tak salah sayang...mama dengan papa yang salah.."sebut Mama Aster mengusap belakang kepala Aster dengan sedih. Perkara yang berlaku lima tahun berulang semula akhirnya.

Ashton yang berdiri dekat luar bilik hanya bersandar pada dinding dengan kepala dongak memandang ke siling dan kedua-dua tangan dalam poket seluar. Kerap kali dia telan air liur untuk hilangkan rasa ketulan angin yang tersekat di kerongkongnya setiap kali dia rasa sebu hendak menangis.

Flashbacks

"Kenapa kau tak nak bercakap dengan Aster lagi?"tanya dia sambil beri bahasa isyarat pada Alec.

Alec pandang dia dengan renungan sedih namun tersenyum. "Aku tak nak dia rasa malu sebab ada abang tak guna macam aku ni.."balas Alec dengan bahasa isyarat.

"Kenapa kau cakap macam tu...Aster sayang kau macam orang lain.."kata dia sambil beri bahasa isyarat dengan kening berkerut.

"Kau pasti dia sayangkan aku macam orang lain atau terasa beban sebab ada abang yang menyusahkan macam aku...macam apa yang budak-budak dekat sekolah tu katakan dekat aku?"balas Alec dengan muka kecewa.

"Alec...jangan cakap macam tu.."

"Aku rasa...kalau aku tak ada dekat dunia ni..mungkin semua orang akan bahagia. Aster pulak takkan rasa malu dengan aku.."dengan bengang Alec buat isyarat dengan jari cepat-cepat sambil menggerakkan mulut hendak bercakap, tapi tiada suara yang keluar.

"Alec berhenti fikir macam tu...kau tak sedar apa yang kau fikirkan. Tak ada sesiapa anggap kau menyusahkan. Semua orang sayangkan kau, Aster mama papa kau...aku.." tegas dia lagi dengan marah sewaktu memberi bahasa isyarat.

"Janji dengan aku Ashton....jagakan Aster dan keluarga aku...sebab aku takut aku tak mampu jaga dia orang buat selamanya..."Alec beri isyarat sambil tunjuk dada dengan kuat dan air mata bergenangan di mata yang kemerahan itu.

"Kau tak suruh, aku akan jaga kau...family kau." balas dia sambil gengam tangan dingin Alec dengan erat.

End of flashbacks

"Kau silap Alec...ketiadaan kau adalah satu penyeksaan untuk dia orang..."ucap Ashton dengan perlahan sewaktu memejam mata dengan erat kerana terlalu sedih.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now