80.

2K 146 3
                                    

Tak lama selepas itu, Aster terasa ada sesuatu yang mencucuk tepi lengan dia. Aster tahu siapa, tapi dia buat tak tahu. Lantak situ!

Di cucuk lagi buat kali ke berapa. Masih tak dihiraukan Aster. Azriel yang sedang sakit tu lepaskan keluhan jengkel.

Tak pasal-pasal betul.

"Hei..."panggil Azriel sambil cucuk pinggang Aster dengan lemah.

Aster tepis tangan Azriel sebab geli, tapi dia pandang ke tingkap lagi.

"Aster..."panggil Azriel lagi.

Secara sembunyi Aster jeling ke belakang dia. Nak apa lagi!Nak sentap dekat dia lagi la tu! Hmph!Tak nak layan.

"Mon amour Aster Faith..."sebut Azriel lagi dalam bahasa perancis pulak memandangkan bahasa elok Aster tak nak dengar.

Apa mon?Bahasa apa lagi yang disebutnya Azriel ni? Hah? Sumpah seranah dia dengan bahasa bukan-bukan eh?

"Apa awak panggil saya tadi?"Aster berpaling memandang Azriel dengan kening berkerut.

Azriel pandang letih ke Aster. "Mana ubatnya?"tanya dia sejurus itu tak hiraukan pertanyaan Aster.

Aster buka tangan kanan dia yang masih memegang ubat tadi lalu di sua ke depan muka Azriel.

"Beritahu saya...bahasa apa yang awak guna tadi?Awak mencarut eh?Ke awak kutuk saya dengan bahasa pelik awak tu?"tanya Aster yang berasa tercabar. Mentang-mentang la dia tak faham bahasa asing, sesuka hati je Azriel kutuk dia.

Azriel pegang tangan Aster lalu dibawa dekat ke mulutnya untuk makan ubat tersebut. Masuk saja ubat tu, dia turunkan tangan tu sebelum telan bulat-bulat.

Aster berikan botol mineral tadi ke Azriel yang mana di sambut Azriel tanpa protes. Lelaki tu pegang botol dan tangannya sekali sebelum teguk air itu sedikit.

Seusai minum Aster tutup semula botol itu ketat-ketat lalu diletakkan ke poket tempat duduk Azriel.

"Dah okay?"tanya Aster dengan renungan risau dia.

Azriel angguk kepala. "Sejuk sikit..."kata dia sambil tu.

Kening Aster terangkat lepas dengar. Mujur la dia pakai jaket padding hari  ni. "Sekejap."

Azriel perhatikan Aster tanggalkan jaket padding hitam dari badan sebelum diselimutkan ke badan dia.

"Apa kau buat ni?"tanya Azriel dengan kening mencerun.

Aster pandang blank ke Azriel lalu ke jaket dia yang sudah diselimutkan pada badan Azriel.

"Apa saya buat?"soal Aster semula.

"Ini..ini..apa kau buat?"juih Azriel pada jarak dia dan Aster serta jaket di badannya.

Aster buat muka menyampah. Alah..dekat sikit pun salah. Bukannya luak pun badan tu kalau dia tersentuh sikit. Azriel sentuh dia tak ada pulak dia persoalan kan...dia dekat sikit, tersentuh sikit banyak pulak bunyinya...ihh lelaki ni kan."Dah la..tidur la situ.."getusnya sebelum duduk sandar ke kerusi dan palingkan kepala ke tingkap semula.

Baru saja Aster gerak hendak pakai earfon dekat telinga, kepala tu tiba-tiba hinggap berehat di atas bahunya.

Lalu Azriel merangkul lengan Aster dengan erat.

Dengan muka terkejut Aster palingkan kepala dia ke sisi. Berdesup laju darah dia naik ke otak sebab gembira dalam masa yang sama blushing sebab malu.

"Bagi aku sekali dengar...biar aku boleh tidur." minta Azriel sewaktu rehatkan kepala dia diceruk leher Aster dengan mata terpejam.

Kejung Aster dekat situ sekejap. Fuhh! Lemah semangat dia bila Azriel tiba-tiba rapat macam ni.

"Bukan hari tu awak cakap citarasa saya teruk ke?"soal Aster sewaktu meletakkan satu belah earfon ke telinga Azriel sementara sebelah lagi sudah terpasang di telinga dia.

Azriel tidak menjawab. Dia hanya memejam mata dan merapatkan lagi badan dia ke Aster mencari kehangatan sebelum tenggelam dalam tidurnya sepenuhnya.

Aster rehatkan kepala dia ke atas kepala Azriel sambil termenung memandang pemandangan luar bas itu dan mendengar lagu dari earfon.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now