17.

1.8K 144 1
                                    

Nasib baik la kelas hari ni sekejap je.

Kalau tak memang masak dia satu hari dalam kolej.

Khabar berita dan video mengenai perbalahannya bersama dengan senior popular kolej ni tersebar dengan meluas. Ramai yang kecam ramai yang sokong.

Tapi Aster sikit pun tak peduli dengan semua kecaman dan renungan yang diberikan pada dia.

Apa dia peduli adalah Fiena sendiri tak habis-habis nak gelakkan dia dan apa dia dah buat pada lelaki syok perasan bagus mintak disental muka dengan lapik kaki tu!

Ingatkan lepas dia balik rumah, dia takkan dengar lagi pasal hal tu. Tapi tak.

Si Setan Kurus Talam dua muka a.k.a sepupu slash anak kesayangan keluarga dia datang ke rumah dah khabarkan semua kejadian tu pada kedua-dua ibubapanya. Yang mana hanya buatkan Aster di marah dan di leteri selama sejam sewaktu keluarga tu makan malam.

Si Ashton tu apa lagi, suka la tengok Aster di marahi.

Untuk tu, Aster merancang untuk kenakan Ashton balik. Mungkin ramai tak tahu yang asalnya Ashton ni budak gemuk dan memakai pendakap gigi masa kecik dulu.

Dan untuk tu Aster nak korek semula simpanan gambar dulu-dulu dan gunakannya sebagai modal membalas dendam dia dekat sepupu dia tu.

Lepas habis je makan malam, Aster tunggu mama papa dan Ashton masuk bilik masing-masing. Setelah itu, Blbaru la dia naik ke loteng rumah untuk selongkar barang lama yang ditinggalkan di situ.

Dalam keadaan terbongkok-bongkok Aster lihat-lihat dengan teliti barangan yang sudah di selaputi habuk di situ.

Dekat lima minit kemudian, akhirnya dia nampak jugak peti coklat dekat timbunan kotak lama di balik barang-barang, Aster tersengih puas.

Hehehe! Siap la Ashton nanti!

Aster kemudiannya bercakung dekat situ lantas menarik keluar peti itu sedikit untuk mudahkan dia buka benda tersebut. Setelah itu dia buka selak peti sebelum dia buka penutup tu dengan perlahan-lahan. Tak nak habuk-habuk tebal berterbangan ke udara.

Sebaik dibuka, Aster di sapa dengan timbunan barangan lama yang dia pernah guna masa kecil seperti anak patung, yoyo, reben ballerina, kasut roda yang tak cukup saiz untuk dia pakai, bingkai gambar lama dan timbunan album.

Namun apa yang menarik perhatian dia di situ adalah peti kayu kecil yang ditampal dengan kulit cengkerang.

Lama Aster tenung peti kayu tu sebelum di capainya dengan teragak-agak. Lama dah dia tak nampak peti ni. Kali terakhir dia tengok pun masa dia 13 tahun. Itu adalah kali terakhir dia sentuh dan tengok isi dalam peti ni.

Aster buka peti kayu tu sebelum ternampak seutas loket di dalamnya..

Dan bila dia pegang loket tu, air matanya terus bertakung di kelopak mata serta merta. Dada dia sebu nak menangis sebab terlalu sedih.

Selepas sekian lama dia cuba move on dari rasa sakit dan marah yang bertapak, memori tu kembali bertandang taktala dia melihat loket ini.

Dalam keadaan menggigil, Aster buka loket tu lantas mendedahkan satu potret kecil yang terlekat dalamnya. Dua imej berserta nama yang ditarah pada permukaan penutup loket.

Sister Aster Faith and Brother Alec Hope

Dibaca dengan sedih oleh Aster tulisan itu. Air mata jatuh di pipi bila tengok nama tu. Dia kemudiannya memandang gambar yang ada di situ. Dia tenung potret kecil di loket tu tersedu sedan.

Gambar yang diambil semasa Aster berusia 8 bulan sambil dipeluk abangnya yang berusia 3 tahun. Loket itu dibuat khas oleh datuk belah papa Aster sendiri sebelum beliau meninggal dunia. Loket itu dibuat sebagai hadiah Aster semasa dia berusia setahun.

Sambil tersedu-sedu Aster tengok barang lain dekat situ. Niat dia nak mendaajal Ashton sampai lelaki tu menangis. Sebaliknya dia pulak yang menangis. Dia langsung tak ingat barang-barang ni di simpan di sini. Kalau dia ingat tak adanya dia susahkan diri ke sini. Tengah dia belek barang di situ, tangannya terpegang satu album gambar.

Terkebil-kebil hendak clearkan penglihatan dari air mata, Aster capai album tu lalu di buka mukanya. Dia selak satu persatu muka surat album tu dengan linangan air mata.
Semuanya dekat situ adalah gambar disaat abangnya, dia sendiri dan Ashton seronok bermain sewaktu kecil.

Gambar dimana dia enjoy akan hari-hari dia sebagai kanak-kanak. Sehingga la satu masa tu, dia tak nak lagi tengok gambar abangnya, Apa lagi hal-hal melibatkan lelaki itu. Dia benci. Dia marah! Sampaikan dia tak nak dengar apa-apa mengenai lelaki tu sehingga buatkan mama dan papa dia tak gantung atau letak gambar abangnya di dalam rumah tu. Tapi Ashton, jenis yang degil terus menerus buatkan dia teringat akan abangnya. Kerana itu dia pindah ke asrama untuk ubatkan hatinya yang lara.

Tak sangka semua tu sia-sia hanya kerana kesilapannya sendiri.

Terlalu sebak sampai tak boleh nak bernafas dengan betul, Aster terus pergi dari situ. Dia turun dari lonteng tu dengan keadaan tersedu sedan. Kebetulan pada masa dia turun. Ashton turut berjalan keluar dari bilik tidur sambil menyanyi kecil.

Serta merta bila Ashton bertembung dengan Aster, lelaki tu punterkejut. Dia tilik Aster yang tengah menangis tu dengan muka tak faham.

"Kau dah kenapa?"tanya Ashton sejurus itu.

Aster pandang Ashton tersedu sedan. Kedua-dua tangan dikepal kuat.

"Takkan la pasal tadi kau menangis?"tanya Ashton yang sangka Aster menangis sebab di leteri parents tentang tindakan Aster pada Zander."Huh?Pasal aku beritahu parent kau ke?"

Dengan kasar Aster seka air mata dengan belakang tangan. Tanpa berkata apa-apa, Aster gerak melintasi Ashton begitu saja. Dia masuk bilik lalu terus tumbang ke atas katil dan sambung menangis sambil melingkar memeluk kaki rapat ke dada.

Tak lama kemudian, Ashton menyusul. Dengan wajah risau dia terus naik ke atas katil Aster.
"Hei...kenapa ni?"tanya dia dengan perlahan semasa memegang lengan Aster."Aku minta maaf kalau hal tadi buat kau sedih."sebut Ashton.

Tersedu-sedu,Aster pejam mata dia. Dia kalau dah menangis tak boleh berhenti. Lagi-lagi kalau hal ni melibatkan abang dia. Dia terlalu sedih dan sakit sampaikan perasaan tu bertukar menjadi marah dan benci.

"Aster...please...aku mintak maaf. Jangan la menangis."rayu Ashton. Dia selalu kenakan Aster. Tapi tak pernah sampai menangis macam ni sekali. Sumpah. Tak pernah menangis...kecuali la....

Mata Ashton gerak memeriksa Aster sekiranya ada luka atau lebam sebelum pandangannya jatuh ke tangan Aster yang sedang menggengam sesuatu di dalam tangan.

Perlahan-lahan Ashton pegang tangan tu lalu dileraikan satu persatu jari tu sehinggala objek itu menjadi jelas. Serta merta kening Ashton terangkat tinggi.

Loket!

Aster pandang Ashton bila terasa tangannya di pegang. "A-ku...tak-sedu-boleh-sedu-...." sebut Aster dengan susah payah.

Luruh hati Ashton bila dia pegang loket tu. Dan serta merta dia faham kenapa Aster menangis. Tanpa membuang masa dia pegang Aster macam angkat budak lalu di bawa ke dalam pelukannya."Shhh...aku tahu...it's okay." Aster menangis dengan senyap di balik leher Ashton.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now