02.

3K 179 0
                                    

Biasanya drivethru je...entah kenapa hari ni mesin diverthrunya rosak. Jadi tak pasal-pasal kena la keluar dari pesan ikut cara manual iaitu di kaunter.

Mujur la masa tu tak ada ramai sangat orang. Aster dengan senang hati pun jalan sambil melompat sedikit mendekati kaunter tersebut.

"Hai selamat pagi. Boleh saya ambil pesanan?" sapa staf belakang kaunter tu pada Aster.

Sambil tersenyum Aster kerling sekilas papan menu dekat atas kaunter tu sebelum bersuara. "Berikan saya strawberry-"

"Strawberry Creme' Frappuccino please." pelanggan dekat sebelah kanan kaunter buatkan Aster terdiam sekejap.

"-creme' frappuccino."sambung Aster tak lama lepas tu.

"Baik..."staf itu sentuh itu dan ini pada skrin mesin pesanan tu sebelum pandang Aster. "Nama cik?"

"Aster Faith."sebut Aster sambil tersenyum.

Staf itu menjungkit kening sedikit lepas dengar. "Ohh...awak la customer tu.."sebut staf tu pada Aster.

Aster jungkit kening kehairanan. "Huh?"

Staf wanita itu menggeleng kepala. "Tak ada. Bukan apa...saya cuma selalu terima order atas nama Aster Faith setiap hari, setiap pagi tanpa tertinggal sehari...semua staf dekat sini dah familiar dengan nama ni. Kami tertanya jugak macam mana la orangnya..sampaikan kami dah boleh hafal..masa dan menunya." cerita staf itu.

Blushing terus Aster bila dengar. Segan dia! Nampak sangat la dia terlalu obses dengan minuman ni.

"Tak sangka orangnya secomel namanya. Semuanya 13.50$."staf itu pandang Aster dengan senyuman

Aster serahkan duit pada staf itu dengan senyuman lebar. Malu bhai!!!

"Hahaha...tak ada la. Biasa-biasa je tu."nafi Aster terhadap komen itu.

Staf itu capai duit tersebut lalu menyerahkan resit dan wang baki pada Aster. "Terima kasih ya sudi langani kami.."ucap dia sambil tu.

"Terima kasih jugak sebab hidangkan air yang sedap untuk saya setiap hari."balas Aster sambil menyambut huluran itu.

"Tunggu ya..nanti dah siap saya panggil."

Aster angguk kepala. "Okay." dia kemudiannya seluk duit baki dalam poket seluar skinny jean dia.

Sedang Aster seluk, duit syiling dari baki tadi terlepas dari cengkaman dia lalu jatuh ke lantai lantas berguling.

Tanpa berlengah, Aster cepat-cepat gerak mengejar syilingnya itu dalam keadaan bongkok. Syiling itu kemudiannya berhenti berguling di depan sepasang kaki berkasut sneakers hitam adidas.

Pada masa Aster nak kutip syiling tu, jari lain terlebih dahulu kutip syiling tersebut. Buatkan Aster perlahan-lahan berdiri tegak semula untuk menghadap empunya jari.

"Terima ka-"ucap Aster tak sampai habis bila terkedu melihat orang yang berdiri di depan dia waktu itu.

EHH?

Lelaki bertopi hitam berjaket varsiti dan t-shirt hitam belang kelabu depan Aster hulurkan tangan yang memegang syiling ke Aster tanpa sebarang ekspresi di wajah.

Aster pandang syiling yang dipegang lelaki tu lalu tadahkan tapak tangan dia dengan muka terpegun. Bukan sebab abang depan dia ni handsome ke apa..tapi disebabkan dia terkejut sebab dapat jumpa abang ni dekat sini jugak.

Biasanya dia selalu nampak abang ni lepak delat perpustakaan temlat dia kerja sambilan. Serius beritahu, orang kalau cuti musim panas kan bercuti ke kerja ke berhibur ke atau buat something macam tu...tapi tak abang ni.

Selama dua bulan cuti musim panas ni, Aster nampak abamg ni tak pernah tak datang ke perpustakaan untuk belajar atau buat kerja dekat guna laptop dalam pwrpustakaan.

"Aster Faith."

"Zander Knight."

Dua nama disebut dengan serentak dari kaunter buatkan mereka berdua berpaling memandang ke arah kaunter dan bersahut pada masa yang sama.

"Saya!"

Aster pandang ke abang depannya bila mereka berdua dengan serentak bersuara.

Pada masa itu abang itu letakkan syiling ke atas tapak tangan Aster sebelum gerak ke kaunter untuk mengambil pesanan.

Begitu juga Aster. Dia dekati kaunter lantas berdiri sebelah abang tadi dan menerima pesanan dia pada masa yang sama.

"Aster..dan Zander ...minuman awak berdua. Selamat menjamu selera. Datang lagi."ucap staf itu sewaktu menolak dua cawan itu ke depan mereka berdua.

"Terima kasih."ucap Aster semasa memegang cawan dia.

Sementara Zander hanya capai cawan dia dan berpaling dari situ.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now