81.

1.9K 129 2
                                    

Dua minggu kemudian...

"Please la.."

"Tak nak! Cukup Fiena."

"Alah..kali ni je pun..."

"Aku tak nak...dah la tepi..."

"Ahh...please..please..."rayu Fiena pada Aster lagi supaya ganti tempat Fiena untuk blind date yang parents Fiena tetapkan.

"I said no..it mean no..."tegas Aster lagi sebelum tolak Fiena ke tepi.

Fiena dengan muka merengek merayu dia pegang tepi lengan Aster sewaktu mereka berdua jalan merentasi koridor sebelum masuk ke kawasan kafeteria. "Aku tak nak pergi...kau pergi dulu..kemudian jumpa siapa lelaki tu kemudian beritahu aku dia macam mana...boleh la.."

Aster tarik lengan dia dari Fiena. Mahu jauhkan anak orang kaya terlebih dimanjakan ni dari dia. Urgh!!! "Dah la..."minta dia dengan letih semasa mula berjalan masuk ke dalam kafeteria.

Disebabkan waktu itu waktu tengah hari, jadi keadaan tempat itu agak sesak dengan para pelajar yang lain. Banyak meja sudah dipenuhi pelajar, deretan barisan pelajar berbaris hendak membeli makanan.

Pada masa itu seorang pelajar lelaki yang sedang tunduk membelek telefon berjalan dari arah bertentangan dengan Aster dan Fiena. Disebabkan pelajar lelaki tu terlalu fokus dengan telefonnya, dia langsung tak pandang ke depan, malah hanya jalan melulu laju tak tengok-tengok.

Aster dan Fiena yang pada masa itu jalan bersahaja dan elok-elok mengikut arah jalan yang betul itu tak sedar akan kedatangan pelajar lelaki itu kerana sibuk berbual.

Bertembung saja pelajar lelaki tu dengan Aster, habis berlanggar dua orang tu. Aster yang paling teruk. Dia jatuh terduduk terus dekat lantai kerana rempuhan kuat dari pelajar lelaki tersebut.

"Argh!"teriak Fiena terlebih dulu kerana tangan dia yang merangkul Aster terlepas begitu sahaja. Dengan mata terbutang luas, dia menekup mulut sebab terkejut dengan diri sendiri kerana menjerit.

Dengan wajah bengis lelaki tadi bersuara.

"Hoi! Buta ke!Kau jalan pandang mana!"jerkah pelajar lelaki tu tak semena pada Aster sejurus berlanggar. Dia tunduk mengutip telefon bimbitnya yang jatuh dekat lantai lalu di periksa rosak ke tidak.

Sementara Aster dekat lantai dah mengerang ke sakitan kerana terjatuh punggung dulu dengan kuat tadi. Mahunya otak dia turut bergegar lepas jatuh ni. Belum sempat dia nak sober dari sakit tu, satu cengkaman kuat hinggap pada kolar baju dia dan tubuhnya di paksa berdiri.

"Bangun sekarang!"arah pelajar lelaki tu sambil pegang belakang kolar baju Aster dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang telefon. "Kau tengok!Kau tengok apa kau dah buat!"marah lelaki tu sambil tunjuk telefon yang sudah retak skrinnya.

"Hei! Apa ni! Lepaskan dia!"marah Fiena yang cuba hendak lepaskan Aster dari lelaki tu.

"Ahh! Kau jangan sibuk!"giliran Fiena pulak yang di tolak ke tepi tapi tak terjatuh, dia cuma terundur beberapa langkah ke belakang.

"Bukan salah saya...awak tu yang jalan tak pandang depan.."balas Aster sambil pegang tangan yang berada di kolar dia, tak di rentap. Dia hanya pegang supaya lelaki ni tak terus menerus cengkam dengan kuat. Koyak pulak nanti baju dia ni!

"Apa kau cakap! Kau yang langgar aku sampai telefon aku terjatuh! Kau salahkan aku?!" marah lelaki tu dengan berang sambil hayun badan Aster depan belakang sambil cengkam kain kolar baju Aster dengan kasar.

Nak menangis Aster dah masa tu sebab takut dan sakit bila di perlakukan macam tu. Dah memang betul bukan salah dia. Lelaki ni yang tiba-tiba langgar dia!

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now