27.

1.8K 141 0
                                    

"Tuan muda Elisson sedang menerima tutor, tuan..." jawab Diana di depan Azriel.

Azriel angkat tangan dia yang mengenakan jam tangan. "Tanpa henti?"soal dia masa tengok dah dekat dua jam setengah adik dia terima tutor la maknanya masa kali terakhir dia periksa bilik adik lelaki dia lepas balik jogging tadi.

"Ya tuan."Maid Diana tundukkan kepala ke bawah tak berani nak pandang tuan mudanya itu.

Mata Azriel gerak memandang Diana dengan jelingan berlagak dia."Mereka dekat mana sekarang?"hairan pulak dia adik dia boleh belajar selama ni. Biasanya tak sampai 10 minit tutor yang mengajar pasti akan keluar dari sini.

Maid Diana tunjuk lorong sebelah kanan depan anak tangga itu tanpa memandang.

Tanpa berkata apa-apa Azriel gerak ke lorong itu. Nak tengok tutor yang berjaya jinakkan kepala angin adik bongsunya. Istimewa sangat ke?Sampai mama dia tak henti-henti bercerita betapa cantik dan bagusnya tutor adiknya itu.

Bila Azriel lalu koridor tu, dia jalan mendekati bilik ketiga tersebut. Namun baru dia nak pegang tombol pintu itu, maid Diana muncul depan dia dan hadang dia dari bukak pintu itu.

"Maafkan saya tuan muda. Puan Tiara pesan, tiada siapa dibenarkan masuk ke dalam bilik, terutama sekali tuan muda Azriel."dengan lekas maid Diana bersuara namun kepala masih kepala tunduk ke bawah.

Kening Azriel berkerut tak faham. "Kenapa pulak?"

"Itu adalah permintaan tutor tuan muda Elisson sendiri."jawab maid Diana lagi dengan takut.

"Excuse me?"Terutama sekali dia?Tak pernah-pernah orang demand untuk halang dia dari jumpa sesiapa. Siapa pulak tutor ni! Siap buat mama dia ikut kata tutor tu pulak. "Siapa tuan kau dekat sini?Tutor tu ke aku?Suka hati aku la nak masuk mana-mana bilik dalam rumah ni. Tepi!"marah Azriel.

Melompat terkejut Maid Diana bila di bentak macam tu sekali. Tak berani nak melawan, Maid Diana undurkan diri dengan kepala tunduk ke bawah.

Bersama muka tak puas hati, Azriel pegang tombol pintu itu untuk di pulas. Tak sempat nak pulas, pintu itu terbuka dengan sendiri lantas muncul Elisson dengan muka ais dia depan pintu itu. Buatkan Azriel terkejut sekejap.

Elisson tutup pintu bilik tu dengan sebelah tangan dalam poket seluarnya lalu berjalan pergi melintasi abang dia begitu sahaja.

Azriel ikut langkah Elisson dengan ekor mata sebelum kembali memandang pintu yang tertutup itu. Dia berbolak balik sama ada nak masuk ke tidak. Last-last dia jalan pergi situ untuk dapatkan adiknya.

Aster yang bersembunyi di dalam bilik tu berdiri menekup telinga di pintu dengan muka cuak. Cuba pastikan Azriel sudah menjauh dari situ. Ya Tuhan. Hampir nak melompat keluar jantung dia dibuatnya masa tadi. Hampir je nak tertangkap.

Kalau hari-hari macam ni, memang pendek la umur dia. Mana taknya, asyik takut dan tertekan sebab nak elakkan diri dari tertangkap! Lain kali sebelum dia ke sini, dia kena pakai mask ke apa ke. Untuk pastikan identiti dia tak ketahuan. Dan harap-harap la si Azriel tu tak tanya nama atau siapa diri dia dari isteri senator atau Elisson sendiri. Kalau lelaki tu tanya! Kantoi la jawabnya!

Lepas yakin yang Azriel tak ada dekat luar lagi,Aster cepat-cepat lari pecut pergi dari situ.

Sampai je dekat luar Aster terus ke kereta yang sudah sedia menunggu dia dekat luar rumah tu. "Cepat-cepat!"arah Aster pada driver yang sedang buka pintu untuk dia masa berlari.

Driver tu pandang ke arah pintu rumah agam itu lalu ke Aster yang berlari masuk ke dalam perut kereta seperti baru di kejar hantu. Tapi tak ada sesiapa pun. Tak faham apa yang berlaku, driver tu tutup pintu kereta dan gerak ke tempat pemandu sebelum memandu kereta itu keluar dari laman rumah tersebut.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now