43.

1.7K 127 1
                                    

Esoknya, Ashton terpaksa balik awal subuh lagi sebab dapat panggilan dengan jurulatih lelaki tu untuk hadir ke latihan setelah tiga hari tak munculkan diri. Sementara Zander pun kena balik awal sebab perlu hadiri kelas. Jadi yang balik last Aster sendiri. Itu pun lepas makan tengah hari baru mereka gerak untuk pulang ke bandar.

Di dalam kereta, Aster yang tengah duduk dekat belakang sedang termenung memandang keluar cermin kereta sambil dengar lagu melalui ipod dan mengunyah gula-gula getah dan mengetuk jarinya mengikut rentak lagu.

Mama Aster kerling kelibat Aster melalui cermin pandang belakang kereta beberapa kali. Seakan teragak hendak katakan sesuatu.

Aster yang perasan sejak tadi hanya biarkan saja. Malas nak tegur, nanti entah apa-apa pulak yang ditanyakan.

Berasa jengkel dengan soalan-soalan yang sejak tadi bermain dalam fikiran dia, mama Aster toleh ke belakang.

Mata Aster gerak ke depan bila nampak kelibat mama dia toleh ke belakang. Apa lagi ni. "Yes ma?"sahut Aster sambil tarik sebelah earfon turun dari telinga dia.

"Ni mama nak tanya kamu something.."

See!

"Apa dia soalannya?"Aster beri perhatian penuh pada mama dia dengan muka berserah.

"Betul ke Zander tu teman lelaki kamu?"

Papa Aster yang tengah memandu pasang telinga akan perbualan dua beranak itu.

"Bukan."jawab Aster.

"Zander Knight tu adalah anak tunggal kepada keluarga keturunan Riverdalle kan?"sampuk papa Aster dekat sebelah. "Papa dengar dia bakal pewaris utama mereka nanti sebab dia satu-satunya waris lelaki dari keturunan utama selepas bapa dia?"

Aster jungkit bahu, mana la dia kisah. Si Zander tu je tiba-tiba nak menyibuk dalam hidup dia. Jadi apa-apa pasal lelaki tu dia tak pernah cuba untuk ambil tahu.

"Jauhkan diri kamu dari Zander tu...mama tak nak kamu dapat masalah kerana dekati orang kaya seperti dia. Ingat-ingat kita ni orang biasa...tak sepadan dengan orang seperti mereka tu.."tegas mama Aster.

Ya, dia akan jauhkan diri, tapi Zander?

"Kamu dengar tak ni Aster?"soal mama Zander dengan serius.

"Ya...Aster dengar.."jawabnya acuh tak acuh.

"Kalau macam tu apa perasaan terhadap kamu dengan Ashton pulak?"

Satu keluhan letih dilepaskan kecil. Macam tak percaya je dengan semua ni. Tak satu-satu yang datang dekat dia tanya soalan tu. "Keluarga. Tak lebih tak kurang."

Mama Aster pandang tak yakin kepada Aster dengan jawapan yang diberikan. "Kamu sure yang kamu tak ada perasaan suka pada Ashton?"tanya dia lagi.

Aster berkerut kening tak faham.Kenapa ya mereka tanya soalan dia suka Ashton ke tak. Selama ni tak ada yang bertanya. Bila mereka tanya ni kan buat hati dia rasa semacam pulak. Dia suka Ashton ke?

"Aster tak tahu nak jawab macam mana dekat mama...sebab Aster tak pernah terfikir pun tentang hal tu?"jawab dia dengan jujur. Lagipun Ashton tu dia dah anggap macam abang sendiri selama ni. Jadi perasaan suka dan sayang dia tu tak lebih dari cinta agaknya. Agaknya?

Mama Aster kembali pandang ke depan dengan kening mencerun dan tangan bersilang ke dada. "Mama suka Ashton...tapi mama harap kamu tak simpan apa-apa perasaan pada dia."

Aster dekat belakang cuma pandang belakang kerusi mama dia duduk. "Kenapa?"

"Sebab tak boleh. Dia keluarga kita. Tak sepatutnya kamu ada perasaan pada keluarga kamu."tegas mama Aster lagi.

Papa Aster kerling ke sisinya dengan muka serba salah. Tapi dia tak cakap apa-apa. Sebab papa Aster tahu, yang mama Aster tak setuju kalau Ashton dan Aster bersama sebagai satu pasangan. Tapi tiada masalah sebagai keluarga mereka.

Makin tak faham Aster dengan semua ni. Memang dari awal lagi dia tak rancang untuk suka Ashton apa lagi ke arah yang lebih serius. Macam pelik je rasanya.

"Kamu dengar kan?"tanya mama Aster bila anaknya tak menyahut.

"Dengar..."balas Aster lalu memakai earfon semula ke telinga sebelum lemparkan pandangan keluar tingkap kereta. Termenung melihat pokok-pokok dan pemandangan kampung sewaktu kereta itu mula bergerak dari kawasan tersebut.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now