25.

1.8K 141 0
                                    

"Ehem!"suara orang berdehem kedengaran dari belakang.

Dengan laju Aster berpaling ke belakang bahunya. Eh?Ada lagi?Ingatkan dah balik tadi?Hah. Nak apa lagi. Nak maki dia lagi la tu!

"Ya?"sambut Aster.

Macam malu-malu, lelaki tu dekati Aster lalu serahkan telefon padanya.
"Berikan aku nombor akaun kau untuk bayar balik duit tadi." aju lelaki tu tanpa pandang Aster.

Mata Aster gerak memandang telefon tu dan lelaki depannya silih ganti. Dah apahal mamat ni. Hari tu bukan main lagaknya. Sekarang malu-malu kucing pulak? Menyampah!

"Tak apa. Anggap saja itu bayaran untuk pakaian yang saya kotorkan hari tu."Aster kembali pandang ke arah jalan menunggu kereta Ashton.

Ingatkan mengalah ke apa, sekali lelaki tu berdiri depan Aster dengan muka tak puas hati. "Aku kata aku nak bayar balik..pasal baju hari tu tak payah kau sibuk nak ganti rugi ke apa. Bagi nombor akaun kau sekarang." telefon tu di sua ke Aster sekali lagi.

Aster ketap gigi menahan sabar. Apa lelaki ni tak fahamkan. Dia guna bahasa apa?Hish!

"Saya kata tak apa. Tak perlu bayar balik." telefon tu di tolak jauh darinya.

"Bagi je la. Apa susahnya?"renggus lelaki tu.

Jengkel asyik di desak, Aster rampas telefon lelaki tu. Dia touch skrin tu sebelum nampak wallpaper seseorang letak kepala atas meja tapi muka tak nampak, lalu dia swipe skrin tu sebelum sentuh dial pad.

Nombor akaun mama dia yang dia bagi. Tak nak dia duit lelaki ni. Nanti kata dia mata duitan macam hari tu tak pasal-pasal.

"Nah..." serah Aster dengan muka tak puas hati lepas selesai taip.

"Kan senang macam tu..."ujar lelaki tu masa ambil telefon tu tanpa sengaja tersentuh jari Aster. Lembut tangan tu!

Aster kemudiannya pandang ke tempat lain. Tidak hiraukan lelaki yang masih berdiri dekat depan dia tu. Harap-harap lelaki ni cepat berhambus sebelum Ashton sampai.

"Sebelum aku pergi...aku nak tanya something dekat kau. Dan aku harap kau jawab betul-betul."minta lelaki tu lepas keadaan di situ senyap seketika.

Aster yang dengar dah buat muka kerimasan. Apa lagi lelaki ni nak!Sekejap lagi ada yang berubah jadi Hulk jugak ni!

"Apa dia soalan tu?"tanya dia dengan malas. Kalau tak di layan kan lelaki ni tak nak pergi. Kalau dilayan makin sakit hati.

"Kau sengaja ekori aku atau setiap pertemuan kita ni kebetulan?Mana aku pergi mesti ada kau...mana ada kau mesti ada something berlaku dekat aku..."soal lelaki tu bernada tak puas hati.

Hek eleh mamat ni...mula la tu nak menyalahkan orang. Dah agak dah...Mana la dia tahu dia akan ada dekat tempat yang sama lelaki ni berada. Bukan dia saja-saja timbulkan masalah setiap kali lelaki tu ada. Ingat dia ni apa!

"Ya...semuanya kebetulan. Sumpah atas nama mama saya. Saya tak ekori senior Zander atau saja-saja timbulkan masalah dan letakkan senior dalam masalah. Puas?"keluh Aster dengan nada letih kerimasan.

"Betul-betul la...."

"Betul la ni...senior nak saya cakap macam mana lagi."keluh Aster dengan letih.

"So maknanya kau bukan perempuan-perempuan yang cuba nak tarik perhatian aku untuk penuhi kepentingan diri tu dengan buat semua ni?"soal Zander lagi.

GGGGGRRR!!!!

AARRGHHH!!!!

Aster pejam mata buat beberapa saat sebelum dibuka semula bersama hela nafas bawa bertenang dia. Kecik besar dia tengok Zander ni.

"IYA!"tegas Aster dengan keras. "Sekarang boleh tak pergi tinggalkan saya. Balik ke apa." halau dia sambil tolak troli tu ke Zander supaya lelaki tu jauh dari dia. Merimaskan betul.

Zander terundur ke belakang sikit taktala nak elak dirinya dari disondol troli tu. Dia pandang Aster buat kali terakhir sebelum pergi dari situ.

Melihatkan lelaki tu pergi, Aster melepaskan nafas lega dia. Tak faham betul la dia dengan perangai orang kaya ni. Memangnya orang kaya feel dia orang ni pelik-pelik eh?

PON!

"Sh*t!"latah Aster yang terkejut dari termenung dia sewaktu memandang ke arah dimana Zander pergi lepas bunyi hon kereta kedengaran.

Dia palingkan kepala ke kanannya semasa kereta Ashton berhenti parkir di depannya sebelum lelaki tu keluar dari kereta dan mendapatkan dia.

" Lama gila kau shopping, beli barang ke buat barang? Aku siap makan dengan member aku tadi kot..."bebel Ashton masa angkat beg plastic keluar dari troli tu.

Aster yang dengar buat muka nak mencarut. Tapi dia diamkan. Tak ada gunanya dia kotorkan mulut kerana Ashton ni. Tak bernilai

Buang air liur je.

"Kalau kau temankan aku beli sekali, tak adanya lama."jawab dia masa gerak masuk ke dalam kereta tu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now