07.

2.3K 167 1
                                    

Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut.

Duduk je dia dekat kerusi, hair dryer dipasang pada plug sebelum capai sikat. Baru je dia nak pegang hair dryer itu, mata dia terarah pada cermin depannya. Dan melihat apa yang dipantulkan semula, menjerit terkejut Aster dibuatnya.

"Argh!"jerit dia sampai jatuh tergolek ke belakang kerusi meja soleknya sebab terperanjat sangat.

"Buahahahahahahahah!!!"suara orang ketawa kedengaran sejurus itu.

What the hell!

Siapa tu?

Aster bangun dari jatuh dia dengan susah payah sebelum berdiri menghadap katil dimana orang asing tu sedang baring melunjur ketawa terbahak-bahak.

"Siapa kau ni!"soal Aster sambil acu sikat ke arah lelaki di katil dia. Hei...siapa-siapa pulak masuk bilik dia ni!

Lelaki yang tengah peluk bantal golek Aster tu perlahan-lahan berhenti ketawa sebelum duduk bersila menghadap Aster. Sambil ketawa menyeka air mata dari tepi mata dia berkata.

"Serius?Takkan la dah lupa aku?"

"Siapa kau sampai aku perlu ingat?"

Aster pandang pelik. Macam mana lelaki ni ada akses untuk masuk ke rumah dia, siap duduk atas katil dia lagi tu. Mama dengan papa dia takkan tak perasan.

"Baik kau keluar dari sini sebelum aku call polis!"halau Aster semasa gerak ke telefonnya yang ada dekat meja belajar menghadap tingkap.

Dengan cekap, lelaki tu lompat turun dari katil dan mendarat di lantai sebelum cepat-cepat ke meja belajar itu dan rampas telefon tu terlebih dahulu sebelum Aster sempat sentuh.

Menahan nafas terkejut Aster bila tangan tu muncul dari sisi dia dan merampas telefonnya sekelip mata macam apa.

"Hei!"marah Aster semasa memandang terkejut ke pencerobohnya itu.

"Na'ah..not so fast princess."sengih lelaki itu dengan boyish.

Tanpa membuang masa, Aster terus berpaling ke arah pintu bilik untuk keluar dari situ. "Mama....papa ada o-umph!"tak sempat nak habis menjerit mulut dia ditekup dari belakang.

Sekelip mata selepas itu tahu-tahu dia dah bersandar pada pintu biliknya yang tertutup itu bila di himpit oleh lelaki tadi dari depan.

"Umphhh!!!!!"teriak Aster dibalik tekupan tangan besar itu. Siapa ni!!!!Pervert mana sesat dekat bilik dia ni!Arghhhh!!!!!!

"Hei..chill la..takkan kau tak ingat aku.."kata lelaki depan muka Aster.

Kening Aster berkerut, dia pegang tangan yang menekup mulut dia dengan kuat. Cuba turunkan tangan tu dari muka dia tapi tak berganjak.

"Cuba tengok aku betul-betul."minta lelaki tu sambil tersenyum teruja pada Aster.

Mata Aster menilik segenap wajah tu buat beberapa ketika. Cuba mencari apa-apa tanda yang dia boleh guna untuk kenalpasti lelaki asing di depannya.

KNOCK!KNOCK!

Tak pasal-pasal bunyi ketukan pintu kedengaran di belakang kepala Aster. Buatkan Aster dan lelaki depannya ikut tersentak.

"Aster....Ashton..kalau kamu berdua dah selesai berborak mari la turun ke bawah. Makan malam dengan kami!"maklum mama Aster dari luar.

Ehhhh?

Ashton?!

Si gemuk jadi kurus?!

Dengan muka mengalah Ashton geleng kepala. "Okay aunt!"laung dia semasa perlahan-lahan turunkan tangan dari mulu Aster dan jauhkan diri dari sepupunya itu.

"Kau Ashton?"tanya Aster dengan muka tergamam yang amat sangat. Mana taknya dia kenal sepupu dia gemuk dan gedempal. Bukan seorang lelaki handsome yang tinggi lampai bergaya macam ni.

Sambil tersengih bangga, Ashton angkat kedua-dua tangan dengan yakin. "Yup it me. Asal handsome sangat aku sampai kau tak boleh nak cam?"dia menari-narikan kening pada Aster.

Aster buat muka. "Dari dulu sampai sekarang masih jugak menyakitkan hati!" gerutunya sewaktu gerak ke meja solek dia semula.

"Kau tu apa kurangnya...dari dulu sampai sekarang sama je. Tak berubah slow pick up!"Ashton mematai langkah Aster sehingga Aster duduk dekat kerusi meja solek tu.

Aster menjuling mata menyampah dengan komen itu. "Nasib baik tadi aku pakai baju siap-siap....kalau berkemban tak ke naya tadi!Lain kali jangan masuk bilik aku tanpa kebenaran...lagipun bila kau balik?Paksu kata kau ada kem latihan?"bebel Aster sambil sikat rambut dia.

Ashton silang tangan ke dada lalu berdiri di belakang Aster.

"Semalam....lepas mama call aku beritahu kau dah balik sini...aku terus rushing balik sini." jawab Ashton.

Elok Aster nak capai hair dryer terus tak jadi. Dia pandang Ashton melalui pantulan cerminnya dengan kening berkerut tak percaya. Dah apahal! Maksu dia pun satu tak boleh simpan rahsia betul.

"Dah kenapa kau buat macam tu?Nak buli aku macam kau buat masa kecik dulu?"soal Aster.

Ashton tersengih lalu tunduk mengucup mahkota kepala Aster. "Of course why not...kau kan orang favourite aku..."kata dia sebelum berpaling dari situ. "Cepat la siap...aku tunggu bawah."

Ashton keluar dari bilik tu meninggalkan Aster yang terpinga sendiri. Apa yang baru je berlaku?

Dunia nak kiamat apa?

Sejak bila sepupu dia bersikap sweet dengan dia macam ni?

Mana sikap sadis tak berhati perut lelaki tu?

Something fishy here...

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now