26.

1.8K 145 0
                                    

Pagi itu Aster bangun awal untuk mulakan hari pertamanya sebagai tutor. Kalut jugak pagi tu sebab pengakutan tak ada. Ashton ada dekat rumah mak bapak lelaki tu. Papa dia dah dua hari tak balik sebab kerja outstation dengan projek lelaki tu. Mama dia kerja shif malam, pukul lapan atau Sembilan macam tu baru balik. Tapi ajaibnya macam tahu-tahu Aster tak ada kenderaan, driver dari keluarga senator datang jemput dia untuk ke sana.

Pergh heaven betul! Macam ala-ala princess pun ada. Ahaha!

Dekat empat puluh lima minit macam tu Aster tiba di kediaman senator. Pintu kereta itu dibuka oleh driver itu untuk Aster. Driver itu kemudiannya letakkan tangan di atas pintu itu untuk lindungi kepala Aster dari terhantuk masa bergerak keluar.

Puan suruh cik untuk terus ke tingkat tiga, lorong sebelah kanan bilik nombor tinggi dari tangga tu.arah driver tu pada Aster lepas Aster berdiri di depannya.

Dengan kening terangkat Aster pandang driver tu. Oohh, boleh bercakap rupanya. Ingatkan dah bisu terus ke apa. Terima kasih.ucap dia masa beri anggukan kecil pada driver tu.

Dengan hormat driver tu beri tunduk hormat pada Aster sebelum kembali masuk ke dalam kereta untuk parkir.

Aster pula terus gerak masuk ke dalam rumah itu dengan dada berdebar takut. Yalah, Azriel ada dekat sini jugak kan. Entah sampai bila dia nak terus menerus rasa takut ni. Urghhh!

Ketukan diberikan pada pintu itu sebaik saja dia berdiri di depan pintu gerbang tersebut. Sambil menyeluk tangan dalam poket, Aster tunduk memandang ke bawah, melihat kasut dia menunggu pintu itu terbuka. Dan tak sampai beberapa saat, pintu itu pun terbuka.

Dan kali ni bukan Freddie, tapi seorang maid pertengahan umur.

"Selamat datang Cik Aster." tunduk maid itu serta merta lepas buka pintu dan melihat Aster berdiri di situ.

"Morning..."balas Aster dengan nada separuh berbisik. Tak berani nak kuat-kuat. "Semua orang dah bangun ke?"

"Tuan dan puan besar sudah bangun, tuan muda Elisson sedang bersiap. Tuan muda Azriel keluar berjoging."maklum maid itu semasa mengiringi Aster masuk ke dalam ruangan itu lantas menutup pintu di belakang mereka.

Mata Aster membulat. Jogging?Elok sangat la tu! Tak ada la dia terhendap-hendap macam pencuri dekat sini. "Kalau macam tu tolong hantar saya ke bilik di mana saya perlu ajar Elisson nanti."minta Aster dengan nada lemah lembut pada maid itu.

"Baik cik...ikut saya."maid itu aju tangan ke arah tangga pada Aster sebelum gerak ke depan terlebih dahulu. Aster ikut dari belakang dengan langkah bersahaja sambil seluk tangan dalam poket hoodie yang dipakai.

Tak lama berjalan, mereka berdua tiba di depan sebuah pintu warna putih dengan tombol emas padanya. Maid tersebut buka pintu itu untuk Aster lalu berdiri di luar bilik tersebut. Ini biliknya.

Aster jengah kepala ke dalam bilik tu dengan muka ingin tahu. Nampak je dalam bilik tu, Aster terus terbutang mata sebab terkejut. Fuh!Besar betul. Cantik lagi tu. Siap rak buku penuh dengan buku, komputer, meja cantik dan kerusi yang sepadan. Beranda kecil dekat sebelah kanan bilik tu. Dia lantas toleh ke belakang. Terima kasih ya.ucapnya masa masuk dalam bilik tu pada maid itu.

Maid itu beri tunduk pamit diri sebelum tutup pintu tersebut.

Tutup saja pintu itu, Aster gerak ke meja empat segi sama dua kerusi dekat tengah bilik tu. Dia ambil kerusi yang membelakangkan pintu itu dan mula mengeluarkan bahan mengajarnya untuk hari itu. Iaitu flashcard huruf dengan bentuk isyarat tangan. Dia akan mulakan yang basic dulu.

Dan siap susun, Aster keluarkan telefon dia, belek-belek nak tunggu putera yang seorang ni datang.

KLIK!

Bersama senyuman di bibir Aster toleh ke pintu. Menyangka Elisson yang masuk. And here he is! Tak padan dengan usia, penampilan budak kecik itu nampak matang dan segak. Lantas dia buat tanda isyarat.

"Selamat pagi."ucap dia.

Bersama muka grumpynya, Elisson gerak ke kerusi lalu duduk menghadap Aster. Lalu bersandar malas ke belakang seperti tidak berminat untuk duduk di situ.

Aster pandang Elisson dengan kepala lentok ke kanan sebab hairan lantas tersengih sendiri. "So...shall we start..."Aster ketuk kad tu untuk di ratakan.

Elisson pandang Aster dengan muka jengkel.

Dua jam kemudian...

Selepas belajar kena huruf isyarat yang mudah selama sejam, Aster habiskan masa yang selebihnya dengan kuiz dan latihan menggunakan bahasa-bahasa isyarat itu. Seperti makan, sakit, tak sihat, perut, mata, minum dan ke tandas. Bahasa-bahasa itu yang di tunjuk ajarnya pada ELisson yang mana diikuti oleh budak itu dengan patuh dan sangat cekap. Ada la salah dan kekeliruan sikit. Biasala nama pun belajar kan.

Selesai semua topic yang Aster nak ajar, sesi kelas pada hari itu pun berakhir tak lama lepas tu. Dia kemas-kemas semua barang dia dari meja dan bangun hendak pergi dari situ.

"See you tomorrow Elisson."kata Aster sambil buat isyarat pada Elisson.

Elisson perhatikan saja langkah Aster sehingga la kakak itu tiba di depan pintu dan pergi keluar dari situ.

Aster sandang beg dia ke bahu sambil berjalan keluar dari bilik tu. Langsung tak aware akan hal Azriel sebab dia sibuk fikirkan kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah yang dia perlu hantar hari ini.

"Diana!"suara dalam tu kedengaran tiba-tiba.

Terus brek Aster lepas dengar. Kepala dia tersentak pandang ke depan dengan terkejut.

"Ya tuan muda..."sahut satu suara wanita tak jauh dari lorong koridor Aster tengah berdiri.

"Mana Elisson?"Dia tak ada dalam bilik?suara itu sekali lagi kedengaran.

Kalut bagai nak apa, Aster gerak kanan dan kiri nak sembunyikan diri. Tapi tak tahu nak ke mana.

Sh*tSh*tSh*t!sebut Aster dengan gelabah sakan.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now