77.

1.6K 132 2
                                    

Siang tadi lepas semua turun dari bukit, mereka semua tak kuasa nak buat apa-apa jadi ramainya luangkan masa dalam bilik untuk berehat. Terutama sekali Aster. Dia jenisnya yang tak suka keluarkan peluh atau penatkan badan lebih prefer duduk dalam bilik tak buat apa-apa.

Namun pelan dia backfire bila Fiena yang jenisnya memang bertenaga dan aktif tak izinkan Aster berehat.

Sejurus mereka mandi dan tukar pakaian, Fiena ajak Aster makan tengah hari sama-sama. Lepas tu bawa Aster ronda-ronda sekeliling penginapan tu dengan basikal. Gila betul! Ada ke patut orang baru balik mendaki suruh berbasikal. Memang pecah betis la gayanya.

Tak cukup dengan tu, Fiena bawa Aster selfie pemandangan gunung dan bukit yang memang indah di pandang mata yang mana di bantu oleh jurugambar tak berbayar mereka, iaitu Zander. Ya, Zander ikut mereka sepanjang masa tu.

Tapi banyaknya Zander lebihkan Aster dari Fiena sendiri la. Dari belanja makan aiskrim. masa naik basikal, Zander yang bawak, Aster tumpang dekat belakang. Kemudian payungkan Aster masa mereka jalan dekat bawah terik matahari.

Sumpah sepanjang hari tu macam mereka berdua keluar dating walaupun Fiena ada.

Sampai la petang baru la mereka berehat. Fiena masuk je bilik, terus tumbang tak sedarkan diri sehingga la senja berlabuh.

Aster nak tergelak bila tengok gaya Fiena tidur yang serupa macam kucing. Dia sempat ambil gambar tu buat kenang-kenangan.

Tepat jam 6 petang mereka berdua turun untuk makan malam sama-sama dengan pensyarah dan yang lain di hall makan.

Memang kembung perut la gayanya bila mereka dihidangkan makanan laut pada makan malam tu.

Lepas makan malam, pensyarah beri kelonggaran pada mereka semua untuk lakukan aktiviti masing-masing. Ada yang naik ke tingkat lapan untuk main snooker, terutama sekali peserta lelaki la. Kalau peserta perempuan mereka ada yang luangkan masa dalam bilik karaoke, ada yang pergi jalan-jalan dan ada jugak yang pergi berendam dalam kolam air panas.

"Sini la Aster...kenapa duduk dekat situ je.." panggil Fiena pada dia dari jauh.

Tak nak basah, dia sanggup duduk jauh dari situ dan hanya perhatikan mereka semua berendam dalam kolam air panas tu. "Tak apa la...kau berendam la situ.."balas Aster.

"Betul ni?"tanya Fiena lagi.

Aster angguk kepala.

Fiena dengan seronok bertepuk tepak air dengan peserta perempuan lain dekat dalam kolam tu.

Ada jugak peserta lelaki tapi mereka duduk dekat kolam berasingan tak jauh dari kolam mereka.

Kawasan tu terletak dekat tepi gunung. Ada enam kolam. Setiap kolam di situ di reka mengikut sifat semula jadi. iaitu berasaskan batu-batu. dan air di situ semuanya menggelegak dan berwap putih.

Sebab kenapa Aster tak masuk sebab dia takut. Macam-macam dia terbayang bila tengok air yang mengeluarkan gelombang udara itu.

Yalah...apa-apa boleh jadi kan.

Mana la tahu, tiba-tiba air dekat dalam kolam tu meningkat suhunya, hah...kan tak pasal-pasal masak semua orang dekat situ.

Kemudian, Aster tak pandai sangat dengan benda-benda macam ni.

Orang kaya biasa la.

Dia yang kekampungan ni, kalau di suruh membajak ke, menukang ke, mencangkul tanah ke, tungang kuda ke reti la.benda macam ni...alah...buat kecut perut je la.

"Seorang je..."tegur suara tu dari belakang.

Aster terus dongak ke atas sebelum nampak Zander yang sedang tersenyum kepada dia di atas. "Oh..hai senior."sapa dia.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now