69.

1.6K 154 3
                                    

Lepas siap makan malam, mereka semua bubar ke bilik masing-masing. Seperti biasa, dia dan adik lelakinya akan ke bilik tidur yang disediakan untuk mereka menghadap pemandangan kebun sayur salad dekat bawah bukit tu.

Boleh la dikatakan selesa untuk rumah kampung macam ni. Mujurla katil dalam bilik mereka katil queen. Kalau tak memang ke lantai la jawabnya dia bermalam dua malam ni.

Seperti jadi kebiasaan, Aster akan datang ke bilik mereka untuk story time dengan Elisson. Kata Elisson dia tak boleh tidur kalau tak diberitahu cerita. Jadi sejak dia duduk dekat sofa menghadap katil tu, mata dia cuma terarah pada Aster yang senang hati beri bahasa isyarat pada Elisson menyampaikan cerita kanak-kanak.

Pada awalnya Azriel syak pada Aster. Dia tak yakin Aster akan lakukan kerja dengan baik. Namun begitu tanggapan dia meleset. Aster lakukan kerja yang sangat baik. Dia tak tahu apa yang Aster guna, apa yang dia tahu, sikap Elisson berbeza dari sebelum ni.

Keadaan adik bongsu dia lebih baik dan kelihatan lebih ceria dari kebiasaannya. Sikap suka main game dengan volume yang kuat telah berubah kepada suka membuat latihan dan menghabiskan masa dengan membaca buku dalam bilik bacaan.

Apa yang lagi baik, Elisson sudi menerima medical check up tanpa di paksa dan mahu memakai alat pendengaran. Semua itu kerana Aster sendiri.

Kadang-kadang tu Azriel cemburu dengan Aster bila tengok betapa bondingnya Aster dengan Elisson dibandingkan diri dia, abang kandung. Dia nak jugak belajar bahasa isyarat supaya dia dapat berkomunikasi dengan Elisson dengan lebih baik.

"Hansel dan Gretel pun keluar dari rumah nenek sihir tu dengan selamat dan berjalan merentasi hutan tu sehingga la mereka tiba di rumah mereka....habis cerita."cerita Aster pada Elisson sambil beri bahasa isyarat.

Lepas dengar tu, Elisson tepuk tangan berpuas hati. "Bagus Kak Aster. Eli suka cerita tu. Lain kali akak cerita story yang lebih menarik.." minta Elisson dengan mengunakan bahasa isyarat.

Sambil tersenyum Aster mengangguk kepala. Dia tanggalkan alat bantuan pendengaran dari telinga Elisson sebelum di letakkan atas almari sebelah katil itu. "Good night.."sebut dia sambil beri isyarat pada ELisson.

Elisson balas bahasa isyarat tu, tapi bukan ucapan selamat malam, tapi perkara lain.

Terangkat kening Aster lepas lihat tangan Elisson gerak tunjuk diri dia lalu ke diri Elisson sendiri sebelum buat silang pangkah dekat dada.

"I love you?"sebut Aster dengan muka terkejut.

Elisson terus pejam mata dengan senyuman lebar di bibir.

Tak terkata dengan confession yang baru diterima, Aster bangun dari katil tu lalu membetulkan selimut pada badan Elisson.

"Dah habis ke?"tanya Azriel tiba-tiba.

Aster pandang terkejut ke Azriel dengan nafas tertahan. Tak sedar pulak dia Azriel ada dekat situ. Kali terakhir dia nampak Azriel pun masa lelaki ni duduk dekat luar pangkin ambil angin. Lepas tu dia dah khusyuk sangat menghadap Elisson.

"Sejak bila awak ada dekat situ?"tanya Aster sambil gerak menuju ke pintu bilik.

Azriel ikut bangun dari sofa tu bila Aster perlahan-lahan mendekati pintu untuk keluar di sebelah sofa dia sedang duduk. "Sejak kau cerita macam mana Hansel bunuh ahli sihir jahat tu..."

"Oh..."angguk Aster. "Okay la...kalau macam tu saya keluar dulu. Awak rehatlah."ujar dia sambil pandang wajah Azriel. Lelaki tu tak nampak marah macam siang tadi. Nampak macam normal.

Azriel gerak sedikit ke pintu itu menghadang Aster dari keluar dari situ bila Aster nak pegang tombol tu. "Sekejap.."

Aster yang baru nak pegang tombol tu pandang bungkam ke Azriel bila lelaki tu tiba-tiba je gerak menghadang pintu itu. Tertelan air liur Aster menengok wajah Azriel merenung dia dengan dalam. "Ya ada apa?"soalnya.

"Aku nak mintak sesuatu dari kau.."renung Azriel ke mata Aster.

Kening Aster terangkat tinggi lepas dengar. "Mintak apa?"

Azriel dekatkan sikit diri dia pada Aster. "Ajarkan aku macam mana nak jadi abang yang baik untuk Elisson...."sebut dia dengan nekad. "Aku nak...kau buat sama macam kau buat Elisson suka dengan kau.."

Terkedu Aster lepas dengar. "Sure...why not." jawab dia dengan senyuman di bibir sebab lega.

Kening Azriel terangkat sedikit taktala dia melihat Aster tersenyum.

"Boleh saya keluar sekarang?"tanya Aster lepas Azriel diam dekat situ tak bergerak memandang dia.

"Keluar la.."aju Azriel semasa gerak ke tepi sambil pandang ke depan.

Sambil pegang tombol pintu itu, Aster pandang ke Azriel dengan senyuman gembira. "Selamat malam Azriel."ucap dia dengan perlahan namun kedengaran ceria.

Tak tahu kenapa, Azriel tak dapat nak tahan diri dia dari palingkan kepala dan memandang ke sisinya. Sebaik mata dia bertentang dengan Aster, lidahnya terus kelu tiba-tiba.

Dup!Dup!Dup! Degup jantungnya dengan aneh. Seakan ada getaran yang dirasai pada tulang rusuknya taktala melihat senyuman itu sekali lagi.

Bersama senyuman di bibir, Aster keluar dari bilik itu dan menutup pintu itu semula meninggalkan Azriel yang termangu dekat situ sendirian.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now