37.

1.7K 149 0
                                    

Dua hari kemudian....

Detak tumit kasutnya menghentak kuat permukaan lantai berjubin masa dia jalan dengan bengang menyusuri koridor tersebut. Sambil jalan mata dia liar melihat setiap wajah yang melewatinya. Tak lama dia berjalan, dia tiba di dalam bilik kuliah. Akhirnya jumpa jugak lelaki tak guna ni.

"Azriel Noah!"panggil Fiena dengan lantang.

Serta semua pelajar dalam kelas tu berpaling ke arah pintu. Lantas mereka melihat gadis yang telah popular sejak hari pertama masuk itu. Tak pernah-pernah gadis itu kelihatan marah seperti ini selama ini.

Azriel pandang bosan ke Fiena masa perempuan tu dekati dia.

"Apa masalah kau hah!"Fiena hempas beg tangan dia ke atas meja Azriel masa berdiri melangit depan meja Azriel.

Azriel topang pipi dia dengan tangan kiri tak berminat lalu memejam mata. Ikutkan hati tak nak dia ada dekat sini. Tapi orang-orang ayah dia buatkan dia terpaksa duduk dalam kelas dan hadap perempuan bising depannya ni.

Fiena pandang sekeliling kelas tu. "Semua keluar...SEKARANG!"jerit dia tak semena. Dia tak boleh berlakon lembut lagi dah. Dia dah menyirap sangat ni. Terlalu menyirap!

Mereka yang ada dalam tu pandang bingung antara satu sama lain. tidak pasti apa patut buat bila dengan jeritan itu.

"Tak nak keluar?"soal Fiena lagi lepas mereka semua terpinga-pinga pandang dia. "Sebelum aku buat kau orang keluar dari sini tak datang-datang, better kau orang keluar sekarang. SEKARANG!!!!!"arah Fiena sampai merah padam muka dibuatnya.

Dengan muka tak percaya mereka semua bangun dari tempat masing-masing lantas keluar dari bilik kuliah tu. Tak faham kenapa la dua orang yang hot itu suka marah-marah dan jerit macam tak cukup anak tekak.

Lepas semua orang dah pergi dan hanya tinggal mereka berdua, Fiena kembali fokus pada Azriel.

"Apa kau dah buat dekat Aster?"soal Fiena.

Azriel diam memejam mata tak menjawab.

"Hei!"Fiena tunjal bahu Azriel dengan jengkel. "Kau jangan nak buat pekak eh...aku tahu ni semua onar kau! Aku tanya kau apa kau buat dekat Aster!"marah Fiena lagi.

Terus terbuka mata Azriel bila bahu dia tunjal begitu, dengan bengang Azriel berdiri dari duduknya lalu menghadap Fiena dengan kening mencerun tajam. "Kau dah kenapa! Terpekik-pekik macam orang gila. Kalau gila pergi hospital sana...dapatkan rawatan!"jerkah Azriel pula.

Fiena mengetap gigi dengan kuat. Kening dia mencerun tajam. "Mana Aster...rumah kau adalah tempat terakhir dia berada...sekarang dia tak ada dekat rumah..atau pun kolej. Dua hari dia tak ada...dan aku yakin kau lah puncanya.!"luah Fiena.

Kening Azriel berkerut, dia pandang Fiena dengan muka tak faham.

"Beritahu aku apa kau dah buat dekat dia? Mana dia sekarang jantan tak guna!"Fiena tunjal bahu Azriel berkali-kali kerana hendakkan jawapan.

Fine kalau dua hari tak nampak, dia tak kisah, tapi dah nak masuk hari ketiga, dia masih tak tahu keberadaan Aster. Hari Isnin lepas dia cari Aster dekat kolej tak ada. Dia nak call tapi teringat yang telefon Aster mati. Dia try call rumah Aster, tak jawab, orang pun tak ada! Dia suruh pengintip dia cari tahu dimana keberadaan keluarga Aster, tapi tak dapat kesan. Naik gila dia fikirkan keselamatan rakannya itu.

"Aku tak tahu gila...faham tak! Lagi satu macam mana kau tahu dia ada dekat tempat aku?"soal Azriel.

"Macam mana aku tahu, kau tak payah sibuk. Sekarang ni aku tak boleh reach dia langsung. Kalau kau tak jatuhkan dia sampai rosakkan telefon dia, mungkin aku dapat hubungi dia! Apa masalah kau dengan dia. Hutang apa dia dekat kau sampai kau layan dia macam ni? Beritahu aku?Berapa banyak. Aku bayar kau. Lepas tu jangan ganggu dia lagi!"ujar FIena sambil capai beg tangan dia lalu kalut mengocek sesuatu dalam beg tersebut.

Azriel yang dengar berkerut kening. Mana la dia tahu. Dia ingatkan Aster dah putus asa dan tak nak kerja lagi sebagai tutor dekat rumah dia. Jadi dia tak ambil tahu pun sebab macam tutor yang lepas-lepas pun, dia buat benda yang sama. Mereka semua berhenti secara tiba-tiba.

"Yang kau beria sangat pada perempuan tu kenapa?Asal dia girlfriend kau?"seloroh Azriel bernada mengejek masa tilik Fiena dari atas ke bawah dengan renungan judging dia. "Muka cantik...takkan selera ke arah lain pulak?"

Fiena angkat tangan lalu di hayun ke muka Azriel. Ingat sempat, tapi Azriel halang dulu sebelum tangan itu hinggap di pipi bersih itu.

"Berani kau dengan aku kan.."ugut Azriel sebelum campak tangan Fiena jauh dari dia.

Hidung Fiena kembang kempis kebengangan.

"Kau ingat aku takut dengan kau?"balas Fiena. "Kau yang patut takut dengan aku...bila-bila masa je aku boleh buatkan ayah kau hilang jawatan sebagai senator. Jadi aku bagi amaran dekat kau...lepas ni. Kalau kau dekati Aster dan cuba-cuba sakiti dia...aku tak teragak-agak untuk ambil tindakan." tundingnya ke depan muka Azriel.

Azriel kecilkan mata masa pandang curiga ke Fiena.

"Siapa kau hah?"soal Azriel.

Fiena menarik sengih sinis mengejek. "Seseorang yang boleh musnahkan hidup kau dalam sekelip mata."katanya sebelum bergerak pergi dari situ. Tak kuasa dia nak hadir kelas hari ni. Dalam keadaan marah macam ni...apapun takkan masuk.

Bukak je pintu tu, orang yang berkumpul depan pintu hendak pasang telinga semua kalut berdiri dan berpura-pura buat hal sendiri lepas Fiena berdiri depan mereka. Dengan bengang Fiena tenung wajah setiap seorang di situ sebelum melangkah pergi dari situ.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now