67.

1.6K 149 0
                                    

Selesai sahaja sarapan, Aster berkebun dengan Elisson. Azriel si grumpy tu hanya duduk lepak dekat bawah pokok baring berehat.

Budak-budak macam biasa la...lari ke sana sini sambil ketawa tak ingat dunia. Kejap-kejap kejar ayam yang dilepaskan dengan sengaja oleh Aster untuk dibuat main mereka. Dah bosan mereka kacau Aster lagi. Dengar la suara Aster terpekik-pekik marahkan mereka dekat kawasan kebun tu.

Elisson yang tak pernah rasai suasana kampung itu enjoy dengan semua itu sampai lupa akan Aster sebab terlalu seronok dengan segala benda yang berlaku dekat sekeliling dia. Sehinggakan Elisson pun dah jadi sebahagian dari geng budak-budak tu.

Tak lama berkebun, Aster masuk ke dalam dan bersihkan diri sebelum jaga atuk dia sementara nenek dan mama dia masak untuk makan tengah hari nanti.

"Kuat sangat ke Aster picit?"tanya Aster pada datuknya semasa memicit kaki tua datuknya itu.

"Boleh je.."jawab datuk Aster dengan senyuman nipis di bibir.

"Kalau kuat cakap ya..Aster picit perlahan-lahan lagi."kata dia.

Datuk Aster angguk kepala sebelum pejam mata nak tidur. Sakit tuanya yang kejap datang kejap pergi tu buat dia letih. Jadi kerjanya cuma makan tidur saja sehingga semua itu berlalu seperti kebiasannya.

Namun tak lama kemudian, Aster ditegur dengan mamanya.

"La sini rupanya kamu..."mama Aster muncul di depan pintu bilik tidur datuk aster tiba-tiba. Buatkan Aster yang duduk bersila dekat atas katil sebelah kaki datuknya tersentak.

"Kenapa mama?"tanya Aster dengan kening terangkat.

"Ambil ni...belikan garam dengan barang dapur lain mama lupa nak beli sekali..boleh kamu singgah sekejap beli untuk mama?"minta Mama Aster sambil sua dompet ke Aster.

Ternganga sekejap Aster lepas dengar masa dia pandang tak percaya ke mama dia."Huh?Aster ke yang kena beli?"tanya dia dumbfounded.

"Yalah...takkan la atuk kamu pula...Elisson? Macam tu?Dah pergi sana. Naik skuter atuk kamu. Ajak Azriel sekali untuk teman kamu...boleh la dia jalan-jalan ambil angin."Mama Aster letakkan dompet tu atas riba Aster.

Mama Aster terus berpaling dari situ tak nak dengar apa-apa dari Aster.

"Tapi ma-"Aster tutup mulut dia lepas mama dia pergi keluar dari bilik itu begitu sahaja. What the fish! Mama dia ni kan. Pantamg tau kalau tengok dia duduk. Ada je yang nak di suruhnya

Kalau la papa dia ada dekat sini..tak adanya dia yang kena pergi.

Urgh!

Tanpa berkata apa-apa lagi, Aster pun keluar la dari bilik datuknya.

Setelah itu dia pergi ke almari sebelah pintu, kunci skuter dalam mangkuk dekat atas almari tu di capainya sebelum gerak keluar dari rumah. Sambil jalan menyeret Aster dekati pokok dimana Azriel masih berbaring santai di situ.

Seperti model majalah pakaian musim panas, Azriel baring dengan kedua-dua tangan berada di belakang kepala, bercermin mata hitam, berbaju t-shirt putih dan kemeja lepas tak dibutang dan berseluar pendek, sebelah kaki di letakkan atas lutut kaki satu lagi dipandang Aster.

Handsome tu handsome tapi buat perangai macam lelaki terlebih hormon.

Menyampah!

Aster yakin sangat yang Azriel takkan beri kerjasama dekat dia serta merta macam tu je.

"Awak..."panggil dia acuh tak acuh sebab boleh agak apa jawapan yang bakal dia dengar sekejap lagi.

"Hmm."jeda Azriel dengan pendek tak lama kemudian.

"Teman saya pergi pasar sekejap boleh tak?"tanya Aster lagi.

"Malas."jawab Azriel serta merta.

Dah agak! Itu yang dia malas nak tanya ni.

"Please...saya tak pandai bawak skuter...kalau nak jalan kaki lama nak sampai..."minta Aster lagi yang kemudiannya bercakung dekat sebelah Azriel.

Detik demi detik berlalu tanpa suara, Azriel yang mungkin sedang pejam mata di balik cermin mata itu diam tak bergerak. Sementara Aster dekat situ dah buat muka kesal.

Hiih!Dasar lelaki menjengkelkan.

Malas nak gaduh dengan Azriel, Aster berdiri dan gerak hendak berpaling dari situ. "Fine..saya pergi sendiri."rajuk dia.

Nak tak nak kena la jalan kaki jawabnya ni. Urghh!!

Sedang Aster hendak lintas kawasan reban ayam datuknya. Kunci skuter yang tergantung dekat jari tekunjuk dia dirembat dengan satu tangan secara mengejut. Menahas nafas terkejut, dia pu  pandang ke sisinya sebelum melihat Azriel jalan melewati dia begitu saja.

What the heck?!

"Mana skuternya?"tanya Azriel dekat depan.

Aster yang sedang terkebil-kebil bingung blank sekejap. "Huh?"nganga dia.

Dengan coolnya Azriel palingkan kepala dia ke Aster. "Mana skuternya?Kata nak suruh aku hantar tadi?"soal dia lagi dengan nada jengkel.

What!

Terus tersengih Aster lepas dengar soalan tu. "Awak nak hantarkan?"tanya dia masa jalan dekati Azriel.

"Tak ada la...aku nak merempit sekeliling kampung ni.."perli Azriel semasa jalan seiring dengan Aster.

Aster tak pedulikan komen terakhir itu."Ada tu dekat bawah garaj skuternya.."tunjuknya.

Mata di balik cermin mata itu pun pandang ke skuter antik yang terletak di bawah garaj. "Itu kau kata skuter...itu vespa la..."seloroh Azriel.

"Iya ke?Mama panggil skuter...saya iyakan je la.."

Setiba di vespa itu, Azriel terus naik ke atasnya lalu hidupkan enjin kenderaan tersebut dengan mudah.

Aster yang tengok cepat-cepat keluarkan telefon dia dari poket seluar jeannya. Icon kamera disentuhnya. "Awak...pandang sini.." panggil dia semasa menalakan telefon itu ke Azriel yang sedang duduk dekat vespa itu.

Azriel angkat kepala dia dari melihat kenderaan itu. dan bila dia pandang Aster, bunyi klik kedengaran sebelum suara tawa lunak itu menyapa telinga dia. Terdiam dia sekejap dia masa pandang muka Aster yang sedang tersenyum senang.

"Ahaha...awak nampak comel la dengan vespa tu.."komen Aster sebelum naik ke belakang Azriel.

"Apa kau buat ni?"soal Azriel tiba-tiba lepas Aster duduk dekat belakang dia.

Aster jengah kepala dari balik bahu Azriel. "Kenapa?"tanya Aster kehairanan.

"Kita naik macam ni je?Tak ada helmet?"soal Azriel.

"Ini kampung la...siapa nak saman awak kalau tak pakai helmet.."Aster pegang bahu Azriel.

Azriel kembali pandang ke depan dan naikkan stand vespa itu. "Ikut kau la..."keluh dia sebelum tekan gear masuk dan press handle motor tu sehingga ia bergerak keluar dari laman rumah itu.

Aster dekat belakang dah tersenyum dari telinga ke telinga. "Kalau awak nampak dekat sebelah kanan ni, nanti awak boleh nampak ladang kambing biri-biri.."kata Aster masa mereka sudah melalui jalan raya kecil melewati rumah dan ladang-ladang di sekitar itu.

Azriel yang mengenakan cermin mata hitam itu pandang kanan dan kiri dia dengan minat. Tak sangka dia kawasan kampung ni sangat permai dan sejuk mata memandang. Mungkin tak ada la teruk sangat keputusan dia untuk ke sini.

10. You And Me NeverTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon