19.

1.8K 136 0
                                    

"Ingat..sentiasa sopan. Kata perkataan yang baik. Dan paling penting. Tolong control temper kamu tu."pesan papa dia di sebelah tempat pemandu padanya.

"Ya...berapa kali papa nak beritahu hal yang sama. Dekat rumah, dekat jalan, dah sampai sini...sampai hafal Aster..."balas dia semasa tanggalkan seatbelt.

"Hish..kamu ni menjawab je kerjanya. Dah lekas cepat..lambat ni. Kelamaan pulak mereka tunggu."gesa papa Aster.

Aster pandang papa dia sebelum lambai kecil pada lelaki itu. "Bye."lambainya.

"Good luck sayang!"lambai papa dia dalam kereta semasa Aster jalan ke depan.

Rumah ini sangat besar. Dah macam istana pun ada. Pelik dia dengan orang kaya ni. Kenapa la bina rumah besar-besar. Nak ke mana? Besar-besar pun hantu jugak yang duduk. Balik-balik tempat yang sama dia orang akan duduk. Baki bilik yang lain?Terbiar.

Sambil Aster lihat-lihat sekeliling laman rumah itu, dia ketuk daun pintu itu beberapa kali dengan cincin besi yang melekat pada permukaan pintu tersebut.

Sekali tak menyahut, dia ketuk kali kedua. Namun apabila pintu itu tidak terbuka, dia gerak nak ketuk kali ketiga. Sesaat sebelum dia pegang cincin besi tu, daun pintu depannya itu tiba-tiba terbuka.

Dengan mata terbutang kerana terkejut, Aster pandang pintu dengan penuh debaran. Menanti siapa yang menyambut kedatangan dia.

"Hah...datang pun. Ingat tak datang."senyum lelaki berpakaian butler pada Aster.

Aster pandang muka tu dengan senyuman nipis di bibir. "Asal awal sangat interviewnya Fred?"rungut dia.

Freddie, abang ipar sepupunya. Suami pada Kakak Lucy.

"Sebab mereka orang yang sibuk. Mari la masuk."pelawa Freddie sambil buka sedikit pintu gerbang itu untuk Aster masuk.

Aster jengah kepala dulu baru masuk sepenuhnya ke dalam rumah sebesar istana itu dengan perut memulas. Entah kenapa hati dia rasa tak sedap tak pasal-pasal.

Mata dia gerak melihat interior design ruang utama seakan lobi hotel mewah dengan minat.

"Ikut sini..."Freddie pegang belakang badan Aster untuk dorong adik sepupunya itu ke arah tangga.

"Kita dekat mana ni?"Aster pandang ke sisi.

"Rumah Senator Albus. Mama kamu tak beritahu ke yang kamu akan jadi tutor anak lelaki senator?"

Terus berhenti Aster dekat situ lepas dengar perkataan senator tak jadi nak naik tangga. "What?"bisik dia dengan keras. Matanya terkunci kaku ke muka abang sepupunya.

"Kenapa?"Freddie jungkit kening terkejut dengan reaksi Aster.

Aster terus palingkan badan dia nak keluar.

No..Na'ah....kalau ini rumah senator...maknanya. No way in hell dia akan masuk sini!

Freddie pegang lengan Aster untuk elakkan Aster pergi. "Nak ke mana...dia orang tengah tunggu tu."

"Tak...Aster nak balik. Cakap dengan dia orang,...tak jadi."gelut Aster dengan lekas. Hei! Mama dia ni memang nak kena tau! Kenapa la tak cakap awal-awal!

"Jangan la macam ni...kamu dah sampai. Takkan nak balik. Cuba la dulu..."desak Freddie yang enggan lepaskan Aster.

"Tak nak..."Aster pegang tangan Freddie di lengannya supaya di lepaskan. "Please. Aster nak balik."

Masa itu la muncul seseorang dari atas anak tangga tu. Menyaksikan dua orang yang sedang bergelut hendak naik tangga. Hairan melihat situasi itu, orang itu terus bersuara.

"Ada apa ni?"

Pergh! Macam kena siram dengan air beku,Aster terus berdiri kaku membelakangkan anak tangga tu. Sambil gigit bawah bibir, dia pejam mata rapat-rapat! Banyak-banyak tempat kerja, ini jugak mama dia pilih!

Macam sh*t je!

Freddie berpaling ke belakang. Dia pandang ke arah orang yang berdiri di atas anak tangga dengan senyuman mesra di bibir. Terus dia lepaskan Aster sebelum beri tunduk hormat pada orang itu.

"Selamat pagi Tuan Muda Azriel."sapanya.

Dengan renungan dingin garangnya, Azriel pandang butler dia lalu ke arah orang yang mengenakan dress labuh warna biru laut lengan panjang dan bersanggul kemas sebelah Freddie pula.

Disebabkan Aster membelakangkan Azriel, lelaki itu langsung tak sedar atau syak yang itu adalah Aster.

"Siapa yang datang?Awal pagi macam ni?" tanya dia dengan nada tak suka.

Aster dekat situ macam nak timbuskan badan dia dalam-dalam supaya tak berhadapan dengan lelaki kuat sentap yang marah dia tempoh hari. Sejak kes pertembungan dia dengan Azriel, sejak tu dia sedaya upaya elakkan diri dari bertemu mata mahupun muka dengan lelaki tu. Takut kena maki lagi. Tak pasal-pasal!

"Oh ini adalah tutor baru yang akan mengajar tuan muda Elisson."jawab Freddie.

Azriel menjungkit kening sebelah lepas dengar, dia seluk tangannya ke dalam poket seluar lepas dengar. "Tutor?"tanya dia.

"Ya tuan muda..."jawab Freddie dengan hormat, Tak berani nak jengkelkan tuan muda garang depannya itu. Pendek ceritanya dalam rumah ni semua orang dalam rumah ni okay je berkerja sebab dikurniakan bos yang sangat penyayang dan lemah lembut.Tapi itu la...Cuma anak-anak bos mereka ni yang sukarkan hari mereka.

Tuan Muda Azriel Noah dan Tuan Muda Elisson Eric. Dua orang manusia ni...sama-sama baran orangnya. Tak padan langsung dengan rupa paras yang mereka miliki.

Azriel buat muka sebelum bergerak pergi dari situ. Malas dia nak peduli. Hari ni datang yang baru, esok dah ganti orang lain. Adik lelaki bongsu dia tu bukannya senang nak diuruskan.

Freddie kembali mendapatkan Aster setelah kelibat Azriel tidak lagi kelihatan. Dia berdiri depan Aster dengan muka merayunya.

"Tolong la...abang yakin kamu boleh lakukan tugas ni. Tuan dengan Puan besar dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Kalau kamu tak nak buat semua ni untuk abang atau mereka berdua. Lakukannya untuk budak 10 tahun yang tengah nak membesar ni..."

Aster pandang Freddie dengan kening berkerut. Hish! Macam mana ni!

"Please Aster..."minta Freddie lagi.

Sambil ketap gigi menahan geram dan perasaan tertekan, Aster pandang Freddie.

"Fine. Aster buat."jawabnya dengan perasaan menggerutu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now