70.

1.7K 146 6
                                    

Ahad petang tu baru la mereka berempat pulang ke bandar memandang masing-masing ada urusan yang perlu dilaksanakan. Walaupun begitu, keadaan datuk Aster belum sembuh sepenuhnya. Masih sakit-sakit sikit seperti batuk kecil dan pening kepala. Selain tu semuanya baik-baik saja.

Azriel dan Elisson balik ke rumah mereka setelah pemandu jemput mereka.

Sementara Aster dan mama dia duduk terperuk dalam rumah berehat baki hari minggu itu.

Malamnya, Aster masuk tidur awal sebab letih. Setelah lock alarm untuk esok pagi, Aster pun gerak hendak baring ke atas katilnya. Tapi tak sempat nak baring lagi telefon dia berdering. Memberitahu dia ada panggilan masuk.

Dengan keluhan letih, dia capai telefon tu sebelum baring menghadap siling sambil pegang telefonnya ke telinga dengan malas. "Hello?"jawab dia tanpa pandang siapa yang hubungi dia. Terlalu letih untuk fikirkan semua tu.

"Dah tidur ke?"soal pemanggilnya itu.

Elok mata dia berat hendak tidur terus terbutang seluasnya. "Azriel?"tanya Aster dengan nada tak percaya lepas dengar suara honey in my ear tu.

"Ya..."

"Ada apa awak call saya ni?"soal Aster dengan hairan. Tak pernah-pernah Azriel hubungi dia, tiba-tiba call?Mesti ada something.

Azriel diam buat seketika dalam panggilan tu. Hanya bunyi seakan lelaki tu bergerak-gerak, mungkin sedang baring seperti Aster atau duduk.

"Ceritakan aku satu story.."minta Azriel tak lama lepas tu.

Kening Aster berkerut tak faham. "Huh?Cerita?"soal dia. Dah kenapa pulak encik abang seorang ni. "Awak nak dengar tentang apa?"

"Apa-apa je.."tanya Azriel dengan nada dingin mendatar dia.

Aster tersengih. Tak salah pun. Lagi dia suka untuk dengar suara ni sampai dia tertidur. Hihi!

"Pernah dengar cerita tentang bintang yang jatuh?"tanya dia.

"Tak."jawab Azriel dengan pendek lagi.

"Okay..tajuk cerita ni adalah The Fallen Star.Pada suatu masa, ada sebuah bintang jatuh dari langit lalu mendarat ke bumi. Lalu dia ditemui dengan seorang lelaki. Dan menurut mitos, bintang ni adalah seorang wanita yang sangat cantik."cerita Aster sambil ngiring ke kanan katil sementara telefon dia dibiarkan tergeletak begitu saja dekat atas telinga tanpa di pegang. "Bila mereka bertemu, bintang ni jatuh cinta pada lelaki yang selamatkan dia. Sejak tu mereka bersama."

Azriel dalam panggilan hanya mendiamkan diri. Seakan fokus mendengar bicara Aster.

"Awak masih ada dekat situ ke?"tanya Aster nak pastikan dia tak bercakap dengan lelaki sedang tidur.

"Hm."jeda Azriel dengan pendek. "Lepas tu.."

Aster tersenyum senang. "Lepas tu mereka bersama la...sehingga la satu hari, lelaki tu hilangkan diri. Bintang tu ingat lelaki tu tak cintakan dia lagi. Jadi dia fikir dia nak bunuh diri dia. Tapi kenyataannya, lelaki tu pergi beli cincin hendak lamar bintang tu dan hidup bersama. Dan bila lelaki tu balik, dia tak jumpa bintang tu dekat mana-mana. Tanpa putus asa, lelaki tu cari la bintang tu."nada Aster menjadi rendah kerana sedih mengingatkan cerita tu.

"Kemudian?Lelaki tu jumpa tak Bintang dia?"

"Hmm..awak rasa?"jeda Aster sambil tersenyum lebar.

"Kau beritahu la aku mana la aku pandai agak-agak ni.."

"Itu sambung kemudian...saya dah mengantuk. Lagipun esok kita ada kelas..."maklum Aster.

"Tak boleh ke habiskan terus?Lelaki tu jumpa tak Bintang dia..."

Aster ketawa kecil, berasa lucu dengan sikap needy Azriel ni. Sejak bila pulak Azriel suka tunjuk sikap yang bertentangan dengan personaliti lelaki ni. "Ceritanya panjang.."

"Aku boleh dengar..."

"Seriously?"soal Aster dengan muka tak percaya.

"Yes."tekan Azriel lagi.

Aster lepaskan hela nafas pendek. "Fine."ucap dia yang mengalah. Lalu dia tarik nafas sebelum dihembus semula lantas kembali bersuara. "Lelaki tu jumpa, tapi tak sempat. Masa dia nak dapatkan Bintang dia, masa tu ada orang jahat rampas Bintang dia.."cerita Aster yang terbayang betapa devastatednya muka lelaki tu bila tengok orang yang dia cintai pergi begitu saja.

"Dia kejar tak?"soal Azriel.

"Ha'ah...dia kejar. Dia kejar sampai sanggup korbankan diri dia untuk Bintang dia. Setelah ujian demi ujian lelaki tu harung, akhirnya dia dapat bersama dengan bintang dia semula."

"So happy ending la ni?"soal Azriel.

"Yup...dan awak nak tahu apa yang menarik tentang cerita ni?"soal Aster dengan teruja.

"Hm...apa dia?"balas Azriel acuh tak acuh.

"Si Bintang ni ada keistimewaan tau. Dan keistimewaan ni hanya lelaki dia je boleh keluarkan dari dia."

"Macam mana?"

Aster tersenyum lebar sambil pejam mata kerana semakin mengantuk. "Nature nya, bintang ni kan bersinar, jadi sekiranya dia bersama dan berada dekat dengan lelaki ni, rambut dia akan keluarkan cahaya terang seakan bintang yang berkelipan."sebutnya.

"So...dia orang bersama sampai keakhirnya ke?"tanya Azriel lagi. Dia sepertinya tidak mahu panggilan itu berakhir.

"Ya..."sebut Aster.

Perbualan mereka berlanjutan untuk seketika.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now