08.

2.2K 150 0
                                    

"Kamu tahun terakhir ya semester ni?"soal papa Aster pada Ashton semasa mereka duduk di meja makan itu.

"Ha'ah...tahun ni tahun akhir."

"Lepas ni kamu mohon university mana?"soal mama Aster pula.

Aster dekat sebelah Ashton diam hanya memasang telinga. Dia tak kuasa nak ambik tahu apa-apa mengenai bekas pembuli dan penganiaya hidup dia.

Kalau bukan disebabkan Ashton dia takkan terima trauma sampai pindah ke sekolah asrama penuh. Semua ni gara-gara Ashton. Tapi Ashton tak tahu tentang hal ni. Apa yang semua orang tahu Aster pindah sekolah menengah ke asrama penuh sebab Aster pandai. Tapi kenyataannya ialah kerana lelaki disebelahnya ini.

"Saya ingat nak mohon universiti sukan, tapi mama dengan papa kata nak saya mohon jurusan bisnes...itu la tak tahu lagi. Tengok la keadaan macam mana."jawab Ashton.

"Yalah...fikirkannya baik-baik dan pilih mana yang kamu minat."setuju mama Aster sambil angguk kepala.

"Oh ya...Aster belajar dekat kolej sama dengan kamu tau...nanti tengok-tengokkan dia ya..."minta papa Aster.

"Iya ke..."Ashton toleh ke sisi dimana Aster berada. "Taniah la..."ucap dia dengan senyuman di bibir.


Aster yang dengar buat muka tak percaya. Nampak sangat si Setan Kurus ni cuba berlakon depan mak ayah dia supaya nampak baik. Nanti dekat belakang-belakang mahunya dikerjakannya macam kantung guni pasir.

"Hah kamu Aster. Dah senaraikan barang yang kamu perlukan belum?Esok senang...keluar terus beli apa yang patut tak payah buang masa lama-lama..."bebel papa Aster sewaktu lelaki itu mencapai gelas berisi air kosong lalu di sisip sedikit.

Baru je Aster nak bukak mulut untuk jawab soalan itu, terlebih dahulu Ashton menyampuk.

"Keluar beli barang?"soal Ashton. "Saya boleh temankan dia."aju dia dengan bersemangat.
Aster yang dengar terus pandang tak percaya ke Ashton.

Pada masa yang sama Ashton ikut pandang Aster.  Buatkan mereka berdua saling bertentang mata.

Aster dengan renungan 'buang tebiat apa' pada Ashton sementara Ashton buat muka'you done b*tch' pada Aster.

"Boleh ke?Tak susahkan kamu?Lagipun kamu baru balik kan..."soal mama Aster.

Dalam diam Aster mengangguk setuju. Ya. Tak payah. Orang tak mintak pun. Yang menggatal nak sibuk tu kenapa. Dasar lelaki pelik!

"Kan mama...kita berdua pergi sendiri pun tak apa..."tokok Aster cepat-cepat. Enggan mama dan papa dia bersetuju. Tak nak la dia berduaan dengan Ashton. Entah apa yang lelaki ni akan lakukan pada dia, tak siapa tahu.

"Tak ada apa la. Ash okay je. Lagipun lama dah Ash tak berborak dengan Aster lepas lima tahun dia duduk sana..."borak Ashton lantas merangkul bahu Aster. "Kan?"senyum dia pada Aster.

Aik...mamat ni kan! Melebih pulak!Aster kepal penumbuk menahan sabar masa ketap gigi sewaktu memandang geram ke Ashton. "Lain kali boleh borak..."bidas dia dengan senyuman plastic di bibir sambil turunkan tangan itu dari bahunya.

"Pergi la...elok jugak. Papa ingat nak ajak mama kamu pergi keluar....kebetulan Ashton dan cakap macam tu senang sikit, Tak ada la rushing sangat. Kamu pun boleh luangkan masa sikit nak beli barang."sokong papa Aster.

Eh?Takkan la papa dia pun! Tak nampak ke muka dia macam mana sekarang ni. Boleh pulak setuju. "Tapi papa-"

"Bagus la kalau macam tu...boleh la aunt dengan uncle dating..kamu tengok-tengokkan Aster ya."Kata mama Aster dengan girang sekali.

Dalam hati dah mencarut-carut Aster atas nama Ashton. Tak faham la dia!

"Dan kamu Aster...jangan shopping melebih sangat. Jimat. Mama tau kamu guna duit kamu sendiri, tapi berjimat. Jangan membazir. Beli barang yang perlu sahaja. Faham tak?"mama Aster menjadi serius semula semasa memandang Aster.

Nampak tak dekat sini bias lebih berat dekat siapa?

"Ya..."balas Aster mahu tak mahu kerana sudah tiada mood nak makan lepas dengar semua tu.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now