11.

2.1K 158 2
                                    

Pagi yang cerah.

Awan berarak riang di atas langit biru.

Angin pula sepoi-seloi bahasa pada hari itu.

Ibarat meraikan hari kedatangan para pelajar Kolej Riverdale High ke laman kawasan bangunan di situ.

Selepas menunggu selama dua bulan. Akhirnya, tiba masanya untuk dia jejak kaki ketempat yang sudah menjadi buah mulut orang ramai mengenai populariti tempat ini.

Dia nak tahu jugak apa istimewanya tempat ni sampaikan kawan seakademi dia berebut mohon kolej ni.

Sambil berdiri dekat tengah kesibukan orang yang lalu lalang berjalan masuk ke dalam bangunan, Aster kunyah gula-gula getah sambil dengar lagu yang berdendang melalui earfon yang dipakai. Dia teliti bangunan besar di depannya dengan kening berkerut sebab silau cahaya pagi.

"Aster!!!!!!"teriak satu suara dari kejauhan. 

Aster tak dengar jadi dia buat tak tahu la sebab dia sibuk termenung dengar lagu di telinga.

Seorang perempuan berskirt hitam dan blaus merah jalan dekati Aster lalu terkam Aster dari belakang.

"HEI!"sergah perempuan itu dengan girang sewaktu merangkul bahu Aster sehingga hampir hendak buatkan Aster tercampak ke depan sebab tak bersedia.

Dengan muka terkejut dia, Aster pandang ke sisi dimana perempuan berambut toncang sebelah kanan tersenyum lebar di sisi dia.

Ingatkan siapa tadi, kawan dia rupanya.

"Fiena."panggil Aster dengan nada sedikit terkejut. "Kau dapat sini jugak ke?"soal dia dengan muka terkejut. Tak tahu pulak dia.

"Ha'ah...."angguk Fiena sebelum dekatkan ke telinga Aster. "Aku guna 'pintu belakang." bisiknya sejurus itu.

Aster yang tak terkejut mendengarnya hanya mengangguk kepala. Fiena Anastasia, anak kepada empunya hotel mewah dalam seluruh negeri. Tak hairan la kalau Fiena dapat masuk ke sini dengan mudah.

Tapi masalahnya kenapa sini jugak? Nama anak orang kaya...pergi la private kolej ke apa ke...

"Macam mana dengan yang lain?"soal Aster sambil turunkan tangan Fiena dari bahu. Sejujurnya dia tak ada la rapat sangat dengan Fiena ni. Masa dekat akademi dia kawan je dengan semua orang. Tapi tak ada la sampai ada kawan rapat ke kawan baik ke atau apa saja benda yang digelarkan sebagai geng tu. Dia lebih suka solitari.

Bukan berlagak atau apa, Cuma nak elakkan konflik dan tekanan je. Disebabkan dia perempuan, dia faham betapa complicated nya otak perempuan ni. Ada je yang tak dipuas hatikan.

"Entah...aku tak tahu..."Fiena jungkit bahu tak peduli.

BROOM!BROOM!

Tak semena bunyi enjin kereta yang kuat kedengaran. Buatkan para pelajar yang ada di situ memaling kepala ke arah kereta mewah mustang hitam yang bergerak masuk ke kawasan kolej.

Semua di situ ternganga lihat taktala kereta berkilat itu diparkir tempat kereta dengan minat.

Aster ikut pandang kerana tertarik dengan kereta itu. Untung la jadi anak orang kaya. Semua senang dapat. Dia sendiri....humm..memandu pun tak reti inikan lagi nak berkereta. Dalam mimpi la. Kalau dia reti sekalipun, mama dan papa dia pasti akan suruh dia cari duit sendiri kalau nak kereta. What a great parents right?

"Tengok tu..."Fiena goyangkan lengan Aster dengan laju kerana teruja sambil tunding jari ke kereta tadi.

"Ada apa?"soal Aster semasa berkerut kening memandang ke arah kereta dimana pemandunya bergerak keluar dari situ.

"Zander Knight..."sebut Fiena dengan muka dreamy dia. "Tak ke dia antara yang terkacak di antara yang terkacak."

Aster buat muka terkejut bila nampak wajah kacak bercermin mata hitam itu dari jauh. What the f*ck! Abang tu belajar dekat sini jugak?Takkan la! Serta merta insiden dimana mereka berdua terkiss dan terlanggar tempoh hari terus bermain dalam fikiran Aster.

"Kau kenal dia?"Aster palingkan kepala ke sisi dia.

Fiena pandang terkejut ke Aster.

"What?Kau tak kenal dia?Serius la?Kau duduk sini takkan la tak kenal lelaki paling popular dalam bandar ni?Nenek aku sendiri kenal dia...takkan kau tak tahu dia siapa?"seloroh Feina.

Aster buat muka."Apa maksud kau?"

Fiena rangkul bahu Aster semula lalu ajukan tangan ke arah Zander yang sedang berjalan melintasi pelajar-pelajar yang sedang mengamati lelaki itu seakan Zander itu hidangan mewah yang sedia untuk di ratah licin.

"Zander Knight, putera tunggal keluarga Duncan, keturunan datuk bandar dan waris pengasas awal kolej dan semua yang ada dekat dalam bandar Riverdale ni. Orang yang kau tak patut macam-macam dengan. Pelajar tahun terakhir."

Aster pandang kaku ke arah Zander semasa lelaki itu lenyap setelah masuk ke dalam bangunan. Asal kecik sangat dunia ni. Baru dia ingat dia takkan jumpa abang tu. Dia ingatkan abang tu lagi tua dari dia dan sudah bekerja.Rupa-rupanya tak jauh beza pun umur mereka berdua.

Harap-harap la abang tu tak ingat dia!

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now