64.

1.6K 138 0
                                    

Sumpah!

Dia tak expect langsung.

Well obviously dari awal lagi dia tahu yang Azriel tak suka dekat dia. Jadi dia tak expect langsung yang Azriel sudi...eh bukan, setuju..hah setuju untuk ikut sekali dia balik kampung.

Tapi kan...

Ahahahahaha!

Dia ikut sekali wei....

Alahai...abang handsome seorang ni kan makin lama makin buat dia jadi tak tentu arah tau!

Apa nak buat ni!

Satu tarikan pada lengan buatkan Aster tunduk pandang ke bawah sebelum melihat Elisson yang handsome mengenakan kemeja lengan pendek tuck in dalam seluar slack hitam, berkasut kilat hitam dan bervest atas kemeja.

"Yes?"sambut.

"Kakak fikirkan apa?"isyarat Elisson pada Aster.

Tersengih sendiri Aster sebelum pandang Azriel yang begitu gentlemen sekali bantu mama dia masukkan bagasi dalam bonet kereta.

"Tak ada apa-apa...dah ready nak ikut sama?"tanya Aster.

Elisson anggukkan kepala dengan laju.

Lantas kepala itu di usap Aster. Comel je. Macam Azriel sendiri. Bezanya, versi dewasa lagi handsome.

"Okay kids...time to go..."laung mama Aster dekat sebelah pintu penumpang belakang.

Bersama sisa senyuman di bibir, Aster angkat kepala hendak pandang mama dia. Tapi lepas tengok mama dia masuk belakang tempat pemandu kening dia berkerut. Bukan mama dia yang drive?Kalau macam tu...

"Kau menungkan apa lagi tu.."sergah suara tu tiba-tiba.

Aster pandang ke kanan dia dengan muka blurs. "Huh?"bingungnya sekejap bila pandang muka handsome bercermin mata hitam tu.

"Masuk la kereta cepat...ke kau nak aku dukung kau masuk sekali dalam kereta tu sekali. Pagi-pagi lagi dah berangan.."sentap Azriel sewaktu tutup bonet kereta dan mula bergerak ke sebelah tempat pemandu.

Aster pandang ke sisi dia, nak ajak Elisson. tapi tak ada. Budak bertuah tu awal-awal lagi dah pergi masuk kereta dulu. Tak perasan dia yang Elisson dah duduk dekat tempat belakang. Aip...budak ni!

"Awak yang drive?"tanya Aster sambil dekati pintu sebelah pemandu lalu di buka.

Azriel menghadap Aster sewaktu berdiri di tepi pintu itu. "Tak ada lah...hantu yang drive..." sindir lelaki tu dengan sinis sebelum masuk ke dalam kereta.

Aster ketap bibir menahan sabar dengan sikap sentap Azriel yang masih dingin dan menjengkelkan itu. Tanpa berlengah lagi, dia pun masuk ke dalam kereta. Duduk saja dia dalam kereta tu, minyak wangi Azriel memenuhi deria hidunya. Terus berdegup aneh jantung dia waktu itu.

"Kamu dah bawa semuanya Aster?Tak ada yang tertinggal?"tanya Mama Aster dekat belakang sambil pandang skrin telefon. Sedang hantar pesanan pada suaminya.

"Dah..."jawab Aster sambil tarik tali seatbeltnya. "Oh ya...mama dah bawakan vitamin untuk atuk sekali?"dia toleh ke belakang untuk memandang mamanya sementara bergelut hendak tarik tali seatbeltnya yang sepertinya tersekat atau tersangkut itu.

Mama Aster angkat kepala, dia pandang Aster dengan kening terangkat sebelah. "Vitamin?"tanya dia.

"Ha'ah..yang mama kata nak bawak sekali malam tadi?"kerut Aster yang berasa kesal bila seatbelt tu buat hal. Biasa la kereta lama kan...nak buat macam mana. Tapi tak apa la...masih boleh digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan selamat apa salahnya.

Azriel yang nak mula memandu tu semakin menipis dinding kesabarannya menunggu Aster pakai seatbelt. Apa la yang susah sangat nak pakai seatbelt tu. Tanpa berkata apa-apa dia sondong ke tepi lalu capai tali seatbelt itu.

"Oh...ada."jawab Mama Aster masa perasan akan tindakan Azriel cuba bantu Aster.

"Mama letak dekat mana?"tanya Aster yang pandang sekejap ke Azriel sebelum kembali memandang mama dia. Fokusnya pada vitamin datuknya.

"Dalam beg.."mama Aster senyum nipis bila tengok Azriel dengan coolnya pasangkan seatbelt untuk Aster lalu kembali pandang ke depan sebelum kereta itu bergerak.

"Okay..."angguk Aster sebelum pandang ke depan semula.

Elisson dekat sebelah mama Aster sudah bertepuk tangan gembira. Membuatkan suasana dalam kereta itu ceria.

"Suka ya Elisson?"tanya Mama Aster dengan senyuman keibuan di bibir.

Elisson pandang mama Aster lalu mengangguk kepala.

"Comel je..."kepala itu di usap lembut. "Nanti dekat kampung lagi seronok. "ujar Mama Aster semasa curi-curi lirik ke arah Aster lalu ke Azriel di depan.

"Nanti awak masuk arah kanan lepas tu straight masuk highway sebelah kiri..."tunjuk Aster masa mereka mula keluar dari halaman rumah mereka.

Azriel dekat sebelah hanya fokus memandang ke jalan. "Kau tahu jalannya ke ni? Kalau tak biar mama kau je duduk depan..."

Aster pandang ke sisi dengan renungan skeptical dia. Grrrrr! Suka la Azriel jengkelkan dia. Tak habis-habis."Tahu la...bukan sekali dua saya ulang alik ke rumah datuk saya."

"Betul tu Azriel...Aster lebih baik dari aunt bab-bab arah ni.."sampuk Mama Aster dekat belakang.

"See.."balas Aster semasa membuat muka berlagak hebat dia sewaktu pandang tepi muka Azriel.

Azriel kerling sedikit ke sisi. "Sesat siap." sebutnya dengan perlahan.

Berdecit menyampah Aster menengok Azriel. Entah macam mana lelaki handsome seperti Azriel boleh menjengkelkan macam ni sekali. Tak ada sweetnya langsung.

Dasar si grumpy!

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now