51.

1.8K 148 2
                                    

Tak berkedip dia pandang jari jemari yang erat memegang pergelangan tangannya. Dasyat sangat jantung dia berdegup masa ni. Kalau boleh dengar, dah obvious sangat agaknya.

Tak sanggup tanggung apa yang dirasa, Aster brek kan kaki dia sambil tarik tangan dia."Saya boleh jalan sendiri la.."renggutnya yang cuba tarik tangan dia dari cengkaman tu.

Azriel ikut berhenti bila Aster berhenti mendadak, dia eratkan cengkaman dia pada pergelangan tangan itu. "Kau jangan degil boleh tak. Jangan nak menyusahkan aku ya. Nanti bila mama aku tahu kau tak dirawat, dengan aku-aku sekali dia kerjakan."Azriel rentap tangan Aster semula lalu menarik gadis itu ke arah biliknya yang tak jauh dari situ.

"Saya tak apa-apa. Saya boleh rawat sendiri. Bukannya serius pun."berontak Aster lagi masa tarik tangan sewaktu kaki dia terpaksa ikut langkah lelaki berkaki panjang depannya itu. Kening berkerut takut dan risau. Nak dibawa ke mana la dia ni!

Setiba di depan pintu bilik, Azriel tolak daun pintunya dengan perlahan sebelum dorong Aster masuk dulu baru dia. Lepas masuk dia tutup pintu tu dan tinggalkan Aster sekejap untuk ke bilik air.

Dengan bingung Aster pandang belakang Azriel masa lelaki tu hilangkan diri dalam bilik air sebelum muncul dengan peti rawatan cemas di tangan beberapa saat kemudian.

Azriel pandang Aster yang masih berdiri dekat depan pintu biliknya lepas keluar dari bilik air. "Kau buat apa lagi tu...pergi la duduk sana dulu." marah dia. Apa masalah perempuan ni?

Terkedip mata Aster lepas di marah macam tu. Jadikan takut dia pada lelaki itu semakin menjadi-jadi. Tanpa berlengah, Aster berpaling dari situ dan capai tombol pintu tu nak keluar dari situ. Dia sanggup biarkan dahi dia tak dirawat dari di rawat lelaki menakutkan ni!

TAK NAK!

ARGHH!!

Baru sahaja Aster hendak pulas tombol pintu itu, satu tangan melingkar sekeliling pingang dia sebelum tubuh dia terangkat dan di bawa ke arah katil oleh Azriel yang mendukung dia dari belakang dengan sebelah tangan sahaja.

"Argh!"jeritnya taktala dia didukung.

"Menyusahkan..."gerutu Azriel sebelum letakkan Aster atas katilnya.

"Mak!"latah Aster masa terjatuh atas katil tu lepas dicampak begitu sahaja dengan Azriel. Dia cepat-cepat gerak nak bangun dari situ, sekali tu Azriel menyentap.

"Duduk!"arah Azriel dengan garang pada Aster.

Terus menikus Aster lepas tu, tak berani nak gerak dia duduk dekat situ diam-diam. Sesiapa...tolong bawak dia keluar dari sini. Dada dia sesak sangat ni. Tak boleh nak bernafas!

Huargghhhh!!!!!!!!

Sambil sinsing lengan baju sweater turtle neck yang dipakai, Azriel duduk di sebelah Aster sambil meriba peti rawatan cemas itu. Seusai itu, dia letakkan peti itu ke tepi silaan kakinya lalu membuka penutupnya.

Mata Aster perhatikan jari jemari runcing dengan urat belirat timbul pada permukaan tangan itu dengan minat sampai tak sedar dia terus termenung jauh.

Azriel buka penutup botol antiseptik itu dengan sebelah tangan saja sementara sebelah lagi pegang kain kasa. Dia tuang sedikit cecair jernih seperti air itu di atas kain itu lalu dibawa dekat ke wajah Aster. Tapi Aster tengah tunduk masa tu. Buatkan dia sukar untuk pandang luka tu. Jadi nak tak nak dia terpaksa pegang bawah dagu tu untuk mudahkan kerjanya.

Aster menahan nafas terkejut bila dia di dongakkan secara tiba-tiba setelah tangan itu memegang wajahnya tanpa amaran. Terbutang mata Aster lepas dia bertentang mata dengan Azriel yang hanya berjarak dua jengkal saja dari wajah dia.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now