28.

1.8K 136 1
                                    

Meja makan yang tak pernah lengkap dengan ahli keluarga pada hari ini lengkap. Buat pertama kali dalam masa setahun,inila kali pertama mereka dapat bersama-sama makan tengah hari anak beranak.

Isteri senator senyum sampai ke telinga bila perhatikan dua putera kesayangannya.

Azriel pandang makanan dekat pinggan dia tak makan. Dia hanya duduk sandar ke belakang dengan sebelah tangan disiku atas lengan kerusi. Dia tengah termenung memikirkan sesuatu.

Sementara Elisson dengan sopan dan tenang menikmati makanan dia. Tak seperti selalu kalau di suruh makan akan lontarkan tantrum sebab nak tunjuk perasaan. Kali ni dia tak, gara-gara Aster telah menasihati dia hari ni supaya belajar bertenang dan collected. Dan itu la yang dia lakukan.

"Kenapa kamu tak makan Azriel?"tegur tuan senator pada anak sulungnya semasa dia tunduk menikmati makanannya.

Azriel pandang tak puas hati ke ayahnya lantas duduk tegak lalu mencapai pisau dan garfu tanpa bersuara.

"Macam mana kamu dekat kolej?Semuanya baik-baik kan?"tanya isteri senator pulak.

Sambil suap makanan ke dalam mulut dengan menyampah, Azriel pandang mama dia dengan renungan jengkel. Dia tak suka bila sesiapa tanya dia. Lagi-lagi parents dia. Sebab apa?Dia orang hanya akan cari salah dia dan leteri dia macam dia buat salah besar dekat sini.

"Azriel...mama kamu tanya. Jawab la."tegas tuan senator dengan suara authority dia. "Ayah dah pesan dengan kamu supaya behave bukan?Dan kamu tau apa akibatnya sekiranya kamu melawan?"

Garfu dekat tanganmya di gengam seeratnya. Itu je la tahunya. Ugut! Ugut! Dia ni anak mereka atau bahan untuk mereka lepaskan tekan semata!

"Albus cukup. Awak tak perlu tekan Azriel macam tu sekali."pesan Tiara dengan perlahan."Dia nak bercakap atau tidak pilihan dia."pandangnya ke Albus dengan kening berkerut.

Mendengar kata-kata dari isterinya buatkan Albus mengetap bibir nipis menahan diri dari bersuara lagi. Lelaki itu kembali tunduk menikmati makannya. Namun dia tetap memasang telinga dan perhatikan tingkah anak lelakinya itu.

Albus bukannya tak sayang anak. Dia sayang..terlalu sayang sehinggakan dia tak nak anak dia buat silap sampai jejaskan reputasi dan disiplin anak lelaki sulung dia ini. Kalau boleh dia nak anak dia jadi seorang lelaki yang sempurna. Tapi Azriel tak tahu tentang hal tu. Azriel ingat dia kongkong dan kawal semua tindak tanduk Azriel dan tak izinkan Azriel keluar dari rumah ni sebab tak sayangkan Azriel.

"Tak mengapa sayang...kamu makan saja la. Nanti terus ke kelas..."ujar Tiara bersama senyuman di bibir sewaktu memandang Azriel.

Azriel kerling ke Elisson. Hairan sebab melihat adik bongsunya tak buat perangai masa dekat meja makan. Entah apa la yang tutor baru Elisson dah buat sampaikan perangai adik dia tak agresif macam selalu. "Siapa tutor baru Elisson Ma?"tanya dia sambil perhatikan Elisson makan dengan tertib di tepi meja sebelah kanan dia.

Tiara palingkan kepala ke Elisson lantas tersenyum semasa memandang Azriel. "Kenalan Butler Freddie. Adik saudara dia. Kenapa?"

Dengan renungan berlagak, Azriel bertentang mata dengan Tiara. "Profesional ke?"

Berbunga hati Tiara bila Azriel nak berborak dengan dia, terus dia letakkan garfu dan pisau ke bawah lantas menggeleng kepala, "Tak ada la. Dia sebaya kamu saja. Budak kolej. Mulanya dia tak nak sebab takut tak boleh bawak, tapi mama minta pada dia untuk cuba. Tapi tak tahu pulak kesannya sangat cepat macam ni..."jelas Tiara dengan riang.

Mata Azriel mengecil sewaktu dia mencurigai kata-kata mama dia. "Mama sure dia boleh buat kerja?Bukan nak ambil kesempatan macam tutor yang sebelum-sebelum ni?"

Albus pula menyampuk. "Bukan semua orang macam tu Azriel. Boleh tak kamu berhenti fikir yang buruk-buruk tentang orang lain? Sampai bila kamu nak terus menerus bencikan semua orang yang hadir dalam hidup kamu dan letakkan kesalahan ke atas mereka?"

Terus menyirap Azriel lepas dengar. Dia jeling tajam ke Albus sambil mengepal penumbuk. Dada dia serta merta di sapa ombak amarah. "Sebab mereka memang tak boleh di percayai. Lagi-lagi perempuan. Pantang nampak lelaki. Lagi-lagi kalau berduit dan berpangkat....dah tak nampak apa!"kata dia di balik ketapan gigi.

"Oh begitu...Baik. Ayah akan buktikan kepada kamu bukan semua orang macam apa kamu fikirkan."Albus mengetap gigi menahan sabar. "Kamu akan diberi tutor sama dengan Elisson. Ayah akan minta dia untuk ajar kamu adab dan kawalan tingkah laku supaya kamu berubah jadi manusia sikit."

"What?Tutor?Ayah ingat Azriel ni apa?Budak lima tahun?Huh?Azriel tak perlukan tutor untuk ajar Azriel."balas Azriel dengan nada keras.

"Kenapa tak nak?Takut kalau apa yang ayah kata betul?"cabar Albus lagi yang dah tak tahan dengan perangai keras kepala anak lelakinya ini.

Azriel balas renungan Albus dengan berang. "fine. Azriel akan buktikan yang kenyataan ayah tu salah. Tak sampai seminggu Azriel akan buatkan tutor tu keluar dari sini."

Tiara lepaskan hela nafas letih sewaktu memandang suami dan anaknya. Mula dah dua orang ni.

"Sudah...jangan nak mulakannya. Albus awak kata ada meeting dengan ahli kabinet..baik awak bertolak sekarang."gesa Tiara yang memintas perbalahan anak beranak tu sebelum menjadi serius.

Azriel lagi la, tanpa berkata apa-apa lagi terus bangun dari pergi dari situ dengan langkah berang.

Elisson yang tak dengar itu sikit pun tak peduli apa yang berlaku di sekeliling dia.

"Perlu ke awak aggitated anak lelaki awak macam tu sekali?"soal Tiara dengan lembut pada Albus.

Albus senyum nipis pada Tiara."Maafkan saya...bukan niat saya. Tapi anak lelaki awak tu perlu di beri pengajaran."

Tiara menggeleng kepala tak percaya."Awak yakin ke Aster boleh bantu kita untuk ubah Azriel juga?"

Albus tenung mata Tiara lama-lama. Sebenarnya dia sendiri tak pasti. Tapi tak apa. Kita tengok je apa yang berlaku nanti. Mana la tahu...

10. You And Me NeverNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ