15.

1.9K 146 0
                                    

"Saya dah balik..."maklumnya semasa berjalan masuk ke dalam rumah, kasutnya di tanggalkan lalu disimpan dalam rak sebelum sarung selipar dalam.

"Mama dekat dapur ni!"laung mamanya sayup kedengaran di belakang.

Aster gerak melintasi ruang tamu dimana suara papa dia bercakap melalui telefon kedengaran.
Hairan melihat papanya ada di rumah seawal ini, buatkan Aster berhenti sekejap dekat situ sebab nak tegur.

"Ya, pelan birunya dah di siap tandatangan. Tinggal kertas perakuan majlis tempatan dan kelulusan pihak penilaian tanah je."kata papa dia yang tunduk memandang helaian kertas dekat meja kopi tu.

Perasan Aster perhatikan dirinya, papa Aster angkat kepala lalu memandang Aster dengan kening terangkat.

"Okay...apa-apa nanti saya beritahu."ujarnya lagi.

Aster silangkan tangan ke dada saat sandar ke dinding. Penat dia satu hari ni. Pagi sampai petang terperap dalam kolej tu. Hadap macam-macam dugaan yang  datang tak berhenti macam peluru.

"Hai...lewat kamu balik hari ni?Macam mana kolej?"sapa papa Aster sambil tunduk memeriksa kertas.

"Boleh la,..yang papa ni kenapa ada dekat rumah hari ni?Awal pulak."tanya dia.

Papa Aster tersenyum lepas dengar soalan itu."Macam tak suka je papa ada dekat rumah? " selorohnya.

Aster tersengih nipis. Bukan tak suka. Cuma hairan je. Papa dia yang kerja sebagai engineering kontraktor ni selalu balik lewat, jadi hairan la dia bila papa dia ada dekat rumah.

"As tanya je."

"Papa gurau je la. Tak ada....hari ni projek yang papa uruskan dah siap sepenuhnya. Sambil tunggu tender projek baru seterusnya di luluskan, papa siapkan semua kerja dekat rumah..."jelas papa Aster sambil taip sesuatu di skrin ipad.

Aster angguk kepala. "Okay...kerja tu kerja. Rehat jangan lupa."pesan dia sebelum bergerak ke arah dapur.

Mama dia yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran itu kerja ikut shif. Kalau ada dekat rumah maknanya kerja pagi la ni.

Bau masakan menerawang di sekitar dapur sebaik dia jejak kaki ke situ. Sampaikan perut dia secara automatic berkeroncong macam ada naga berdengkur.

"Sedapnya bau...apa mama masak?"tanya Aster masa mendekat.

"Hai sayang...so macam mana hari kamu...hari ni mama masak lauk kegemaran kamu..."mama Aster hulur tangan ke Aster hendak peluk anak perempuannya itu.

Aster masuk ke dalam pelukan mamanya lalu bersandar letih ke bahu itu dengan lega. Yes! Ini la perasaan yang dia nak. Selamat dan selesa.

"It okay...kolej tu cantik, persekitarannya okay."Aster jauhkan diri tak lama lepas tu.

"Bagus la kalau macam tu...senang hati mama dengar."

Aster cuba cuit makanan yang ada di pinggan tapi jari di diketuk dengan sudip yang di pegang oleh mamanya.

"Auw!"aduh dia cepat-cepat tarik tangannya.

"Cuci tangan kamu tu dulu. Main-main cuit je." tegur mama dia dengan muka tak suka.

"Urgh! Orang lapar la."sungutnya.

"I don't care...lapar ke apa. Cuci tangan apa-apa hal."

Aster mengerang kejengkelan lalu gerak ke sinki dan mula mencuci tangan sebersih yang boleh. Tengah dia pam sabun dekat tangan, mama dia bersuara lagi.

"Kamu nak kerja tak?"

"Malas la..tak ada masa."jawab Aster serta merta.

"Alah...tak ambil masa lama pun. Kamu hanya perlu kerja sejam dua macam tu dalam beberapa hari dalam seminggu tu. Bukannya selalu."Mama Aster yang tengah menggoreng sesuatu dekat dalam kuali tu pandang ke Aster.

Paip dimatikan sebelum tangannya dilap pada kain tuala yang tergantung di pemegang lap tangan. "Kerja apa tu?"soal Aster semasa sandar pada sinki itu menghadap mamanya.

Mama Aster tersenyum senang. Dia tahu anak perempuannya tak pernah hampakan dia.

"Tutor."

Kening Aster terjungkit sebelah lepas dengar. "Untuk siapa?"

"Budak 10 tahun. Tapi dia ni bukan budak normal...dia ada masalah bisu dan pekak. Disebabkan kamu ada pengalaman menggunakan bahasa isyarat, mama rasa ini peluang untuk kamu..."

Aster melepaskan keluhan panjang lepas dengar. Apa mama dia ni...."Dari mana mama dengar tentang kerja ni?"tanya dia dengan nada letih.

"Abang sepupu kamu, suami kakak Lucy. Kamu tahukan dia kerja sebagai butler untuk keluarga kaya ni. Hah...anak lelaki keluarga dia kerja ni la yang perlukan tutor memandangkan tutor yang sebelum-sebelum ni tak cukup layak untuk anak mereka. Abang sepupu kamu teringat kamu, dia call mama untuk tanyakan hal ni pada kamu."cerita mama Aster sambil matikan dapur api lalu capai pinggan untuk letakkan lauk yang dimasak ke dalamnya.

Aster gerak mendekati mamanya dengan memegang kuali itu untuk mudahkan kerja mamanya. "Bila tu?"

"Secepat mungkin."mama Aster tuang dengan kemas lauk itu ke dalam pinggan sambil tersenyum suka.

Tisu dapur di capainya. "Hari Rabu nanti...esok Aster ada kelas sampai pukul 2 petang. Rasanya tak sempat kalau nak pergi esok. Rabu tu kelas Aster mula lepas makan tengah hari."kata Aster sambil kesat kotoran di sekeliling pinggan tu.

"Oh really?Kalau macam tu mama beritahu abang sepupu kamu tentang hal ni."mama Aster melompat kecil kerana kegembiraan."Terima kasih sayang."dia kucup pipi Aster.

Aster hanya mengangguk kepala kecil. Seronok betul mama dia kalau bab kerja. Suka sangat kalau tengok dia bekerja. Itu la mamanya. Beri la hadiah mahal macam mana sekali pun, hanya tengok dia bekerja dah cukup buatkan mama dia senyum dari telinga ke telinga berbulan lamanya.

"Panggil papa kamu...makan malam dah siap." minta mama Aster sejurus tu.

"Okay..."Aster gerak keluar dari dapur lalu mendapatkan papa dia di ruang tamu tadi.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now