"Jangan risau. Saya yakin dia akan
terima kamu.."

Yalah, lebih pada terima untuk seksa hidup dia ada la!

Macam tahu-tahu, pintu ruang tamu itu terbuka. Buatkan Aster secara instinct toleh ke situ. Terkejut punya pasal! Ingatkan Azriel, rupanya seorang butler lelaki. Butler itu berjalan masuk lalu dekati sofa dimana mereka berdua sedang duduk.

"Puan, tuan muda berdua dah tiba."maklum butler itu.

Terus naik seri wajah Tiara lepas dengar. "Arahkan mereka masuk kalau begitu."senyum Tiara dengan lebar.

Asterbyang dengar dah terbeliak biji mata!

MAK AIH!

GILA AR!

Mata Aster dah bergerak kanan kiri dengan cemas. Nak sorok mana. Apa nak buat ni! Habis la dia lepas ni! Macam mana ni!Ala-ala! Kenapa jadi macam ni pulak!

Tengah Aster cemas dekat sebelah Tiara, butler tadi berdiri dekat depan pintu. Dia bukakan pintu itu untuk benarkan dua orang teruna yang sama-sama segak berpakaian sama-sama handsome berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan wajah serius masing-masing.

Tiara senyum senang.

Aster dekat sebelah dah gelabah gaban.

Mati la nak!

"Ada apa ni?"tanya Azriel dengan tangan dalam poket seluar masa berdiri dekat sisi sofa, masih tak perasan Aster sebab gadis itu tunduk palingkan kepala ke sebelah sisi yang lain.

"Duduk la dulu. Mari mama kenalkan kamu dengan tutor Elisson."pelawa Tiara masa Elisson dah gerak duduk ke sofa bertentangan mereka dulu.

Mata Azriel terus bergerak ke orang yang duduk di sebelah mama dia dengan kening berkerut. Perlahan-lahan dia jalan mendekati sofa dimana Elisson berada tanpa alihkan mata dia dari orang itu. Dan bila dia duduk di sofa itu, Azriel masih belum dapat lihat wajah orang tu, sebab orang tu palingkan kepala dengan rambut panjang menutupi tepi wajah itu.

"Azriel...kenalkan, ini la tutor yang akan jadi pengajar kamu, Aster Faith."Tiara pegang bahu Aster dari belakang masa pandang Azriel.

Elok Azriel nak duduk sandar ke belakang terus tak jadi lepas dengar nama tu. Excuse me?What?

"Aster apa?"soal Azriel dengan muka tak percaya.

"Aster Faith...ini anak lelaki saya.."

Aster pejam mata dia rapat-rapat sambil gigit bawah bibir. Dia betul-betul dah selesai sekarang!

Azriel kepal penumbuk menahan sabar sewaktu menunggu orang tu berpaling. Kalau betul depan dia adalah Aster. Memang masak la perempuan ni dia kerjakan!

Bersama hati yang pasrah Aster palingkan kepala ke depan lalu bertentang muka dengan Azriel. Nak luruh jantung dia bila tengok muka marah tu. Please! Jangan maki!Jangan maki!

"Oh...jumpa jugak kita ya."sapa Azriel dengan nada bersahaja yang mesra.

Aster tersentak. Dia pandang tak percaya dengan apa yang didengarnya. Lelaki ni tak marah?

"Kamu berdua berbaik-baik la. Dan kamu Azriel. Dengar kata. Jangan macam-macam,"tegas Tiara sambil memberi renungan penuh maksud pada Azriel. Memandangkan dia tahu akan niat anak lelaki dia, dia tak nak Azriel lakukan benda yang tak patut pada anak gadis di sebelahnya.

"Jangan risau..."Azriel beri renungan gelap ke Aster sambil senyum dibuat-buat. "We gonna have a great time together..don't we?"

Aster telan air takut dia bila dengar.

Habis la dia lepas ni!

Elisson yang duduk di sebelah Azriel buat bahasa isyarat pada Aster tiba-tiba.

Aster tersentak dari takut dia lepas perasan akan ELisson di sisi Azriel. Dia terus beri perhatian pada Elisson masa budak tu buat isyarat.

"Apa yang tengah berlaku?"tanya Elisson.

Aster balas semula dengan bahasa isyarat. "Akak akan ajar abang kamu mulai hari ni."jawab Aster tanpa bersuara.

Kening Elisson berkerut lepas faham. Dia kembali buat isyarat. "Kenapa?"

Aster pandang Tiara di sebelahnya buat seketika sebelum kembali memandang Elisson. "Mama kamu mahu abang kamu pandai macam kamu."jawab Aster.

Tersengih Elisson lepas faham. Dia buat bahasa isyarat lagi. "Kenapa?Adakah Azriel lagi lembab dari saya? Dah macam budak tadika pulak siap nak berguru."

Aster yang faham hampir nak ketawa. Tapi dia cuma tersengih. "Nampak, akak dah kata, tak semestinya orang normal pandai macam kamu....dia yang boleh cakap boleh dengar tak pandai-pandai..."balas Aster dengan bahasa isyaratnya perlahan-lahan sebab Elisson masih belajar lagi. Jadi dia tak boleh buat laju-laju.

Elisson buka mulut ketawa tanpa suara lepas faham apa yang Aster sampaikan pada dia. Mungkin berpuas hati dengan komen itu, dia ketawa sampai merah padam mukanya.

Tiara yang perhatikan komunikasi dua orang itu pandang kagum sendiri. Dia rasa gembira bila tengok anak bongsunya tersenyum dan mahu cuba menggunakan bahasa isyarat. Semakin gembira hatinya bila tengok anak kecilnya ketawa. Selama bertahun dia lihat anak lelakinya muram dan sugul, ini la kali pertama dia lihat wajah itu dihiasi dengan senyuman. Dan tanpa sedar air matanya mengalir kerana bersyukur.

Azriel yang lihat semua itu berasa jengkel sebab tak faham apa yang dibualkan Aster dengan adik lelakinya. Dia sendiri nak berborak dengan Elisson sendiri pun susah. Muncul perempuan entah dari mana dengan mudah buatkan adiknya ketawa.

Aster alihkan perhatian dia dari Elisson lalu ke Azriel, serta merta senyuman dia hilang bila perasan Azriel pandang dia dengan renungan tak puas hati. Tak nak lama-lama pandang lelaki tu, Aster pandang Tiara pula. Sekali dia pandang air muka Aster jatuh kepada terkejut.

"Puan.."panggil Aster bila tengok Tiara sudah menangis.

Tiara senyum sambil geleng kepala. "I'm okay...saya cuma happy je.."sebut dia pada Aster. "Ini pertama kali saya lihat Elisson tersenyum."

Hati Aster dihambat sebak. Pasti sukar buat Tiara untuk hadapi semua ni. Dan dia faham sangat perasaan ini.

"Terima kasih Aster.."ucap Tiara sebelum tarik Aster dalam pelukan lantas memeluk erat tubuh kecil itu.

Azriel menyilang tangan ke dada lalu menjuling mata menyampah dengan semua itu. Nampak sangat la Aster dah racun fikiran mama dia.

Elisson yang tak faham hanya pandang wajah mama dia yang sedang menangis namun dalam masa yang sama tersenyum.

10. You And Me NeverWhere stories live. Discover now