93 : Blinding Lights

1.9K 168 13
                                    

Silakan lagunyaaaaa. Enjoy gais woho. #pakaispekmatahitam

"Are you ready?!"

"NOO!"

"YESSS!!"

"HOLD ME TIGHT CHERE EPOUSE!"

Tawa yang terbahak-bahak beramai-ramai sedangkan satu suara menjerit tidak mahu. Dan tahukah anda, macam Rosesblood tu heran en?

Topeng gas dipakaikan ke mulutnya sebelum dipakaikan ke mulut Wawa pula. Melihat wajah bagai nak menangis itu, Izz hanya tersengih tak bersalah. Tangan dibawa melingkar tubuh Wawa dan....

"LET'S GO ROSESBLOOD!"

Snorkling.

_________________

Tarik. Dan tarik lagi. Sekuat hati tapi lain yang jadi. Tubuh Izz yang bergerak membuatkan ahli Rosesblood yang lain pusingkan bola mata.

Wawa ni dah kenapa? Takkan sampai bila-bila kau nak peluk je Izz tu?

Angkat bahu, kepala digeleng tanda tidak tahu. Dan Izz di situ hanya redha bila 5 minit berlalu setelah dia terjun dalam laut dan Wawa masih tak lepaskan langsung badan dia. Dahtu, macam mana aku nak berenang sayangku oi?

Isyarat tangan diberikan kepada Rosesblood. 'Korang gerak dulu, nanti aku datang' Isyarat tangan dan kepala dan mata. Ahli Rosesblood terus berlalu pergi. Meredah lautan sementara Izz di suatu sudut berusaha menerapungkan diri dia ke permukaan.

Susah woi. Tampung tong gas belakang badan sekali dengan badan Wawa lagi. Dengan tong gas Wawa lagi peh.

"Chere epouse! Hold me tight bukannya bermaksud tak lepaskan langsung!" luahnya geram sebaik topeng gas di mulutnya dicabut. Wajah ketakutan Wawa dipandang. Bila dia buka topeng gas dari mulut Wawa, bibir yang terketar-ketar itu buat dia tergamam. Mata kemerahan Wawa yang pandang sekeliling buat dia makin bersalah.

"Saya nak balik"

Ah sudah.

"Kalau balik, semua kena balik. Chalet jauh, kena guna bot. Nanti apa pula kata diorang? Dah bayar mahal-mahal ni"

"Tapi, saya nak balik, Izz"

Ah sudah. Izz mula cuak bila mimik muka Wawa mula berubah. Terpinga-pinga habis dia bila Wawa mula teresak. Ah sudah, aku salah cakap ke? Bertambah gelabah lah dia bila orang yang membawa bot mereka sudah curi-curi pandang pada dia dan Wawa.

Aduh, macam mana ni?

"Okay-okay! Saya teman awak kat bot. Jom"

Menyerah jelah Izz. Karang merajuk habisan dia kat chalet kang, kau jugak yang susah. Honeymoon tak jadi lak kang.

_____________________

Sekeliling dipandang. Sebelum lama matanya jatuh pada laut. Dari atas dia boleh nampak ahli Rosesblood sedang bermain-main dengan hidupan laut kat bawah sana. Siap tangkap gambar bagai, main baling-baling bagai, peh. Jernih gila. Tak ingat aku ke bhai?

Izz dapat rasakan betapa murungnya dia sekarang ni. Bibir dia tu, kalau ikut emoji, dah bengkok ke atas dah. Bengkok yang paling bengkok! Ha macam ni ☹

Ingat naklah have fun. Dah rancang dah nak tangkap gambar macam-macam kat dalam laut nanti. Honeymoon kan, naklah rakam kenangan-kenangan manis dia dengan Wawa kat sini.

Sekali Wawa takut laut dalam pulak. Berenang reti pulak? Haih macam-macamlah bini aku ni. Tanpa sedar, rambut dia yang sudah separuh kering itu diramas kasar akibat bengang. Dan tanpa dia sedar lagi, Wawa perasan semua tu. Bersalah gila Wawa dibuatnya.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Où les histoires vivent. Découvrez maintenant