80 : Bayangan Hitam

5.8K 760 121
                                    

Malam menjelma. Suasana kecoh siang hari tadi kini semuanya sudah lenyap. Akhirnya, kesemua ahli Rosesblood itu kini dapat tidur dengan lena setelah berhari-hari terkurung dalam perasaan yang tidak tenang. Sama ada memikirkan nasib mereka yang akan dibunuh bila-bila masa atau rasa risau yang menggunung terhadap kawan-kawan mereka yang telah lama hilang. Kini, semuanya sudah terkubur sedalam-dalamnya.

Dan kerana rasa risau terhadap Permaisuri mereka, masing-masing berpakat ingin tidur menemani Wawa biarpun bukan sekatil. Narita dibentang, semua berbaring sebelum seorang demi seorang tertidur. Walaupun mereka semua sudah terlepas dari genggaman Feux, namun selagi Wawa tidak mampu membuka matanya, selagi itulah rasa risau tidak akan menghilang.

Dalam kegelapan hening malam itu, terdapatnya seorang lelaki yang masih tidak dapat melenakan dirinya. Puas dia berbaring, namun sedikit pun matanya tidak mahu terlelap. Lambat laun, bulan di luar juga yang menjadi penemannya. Keluhan terlepas di bibir.

Beberapa minit berlalu. Dan kini, dia sudah tiba. Tubuhnya berdiri kaku di hadapan sebuah pintu. Mukanya menunduk, matanya merenung ke arah tombol pintu. Berkali-kali tangannya diangkat, hampir mencecah tombol pintu. Ingin dipulas, namun semangatnya seringkali hilang dan timbul. Membuatkan akhirnya, dia hanya mengeluh dan mengeluh hampa. Gigi berkali-kali diketap, meniup semangat. Namun badannya itu bagaikan boleh ditembus. Semangat yang ditiup hanya melalui dirinya sebelum tertembus ke belakang dan ditiup angin.

Lelaki itu kembali berpusing. Berkira-kira ingin kembali ke bilik sakitnya. Namun ada satu perasaan yang menghalangnya meneruskan langkah. Perasaan yang dinamakan rindu.

"You're mine, chere epouse"

"If she's not yours, jadi dia milik siapa?"

"She's his! Dia milik Rizki!"

"N-no.... A Big NO, Eduardo... She's mine... Only mine. Nur Hazwa Umairah hanya milik Izz Izkandar yang sah" Suara itu bergetar. Ada terselit perasaan marah dalam nada itu. Keras dan ditekankan.

Bayangan hitam Eduardo Izfans menyapa fikirannya untuk kesekian kali. Bermula saat bayangan dia membuka mata, bayangan Rizki mengatakan dia kemalangan dan bernasib baik, Ress menjumpainya kerana dia tercampak jauh. Ress dikatakan tunangnya membuatkan dirinya yang dipanggil Eduardo itu terhutang budi. Saat-saat selepas itu adalah saat kebahagiaan dia. Hinggalah sewaktu dia sedang keluar bersama Ress, dia bertemu dengan seorang perempuan yang memanggilnya Izz. Wajah wanita itu, kelihatan terkejut. Ada butiran air mata bertakung dalam kedua-dua mata hijaunya. Berkali-kali dia mengatakan bahawa dia bukan Izz yang dicari mereka semua namun mereka semua bagaikan tidak mahu mengalah. Saat itu, dirinya terus dipeluk erat membuatkan dirinya kaku.

Ada aliran yang mengalir dalam dirinya. Dan aliran itu sangat mengelirukan. Dia bagaikan pernah merasai situasi itu tapi.... Entah. Kedua-dua kanak-kanak paras lututnya menghampiri sebelum menangis dan memanggilnya Papa. Hari berganti hari, akhirnya pencariannya membuahkan hasil. Nama Rosesblood berjaya dikesan. Dan kehadiran Ress ke dalam biliknya mematikan niatnya ingin mengenali lebih mendalam berkaitan kumpulan itu. Sesaat selepas itu, sesuatu berlaku. Sesuatu yang sangat.... Disesali oleh Izz hingga sampai dia mati.

Air mata Izz menitis lagi. Mengalir ke lurah pipi, menuruni sebelum membasahi lantai. Tubuh itu mulai lemah. Lututnya longgar sebelum seorang Izz Izkandar itu rebah. Tangisannya berlagu. Tangan berkali-kali menumbuk lantai namun semua yang telah berlalu itu tidak akan dapat dilupakan. Jeritannya meraung kuat. Kalau tak kerana dia ditipu, dia diperbodohkan, dia dipermainkan sebegitu, semua ini takkan berlaku!!!

Gelak tawa dia dan Ress, pahala dosa entah kemana... Tanpa bersalah, dia.... D-dia....

"Sa-ya tak se-dar waktu tu, U-mairah... Sa-ya tak ber-salah..." esak sang jejaka berseorang diri. Dirinya dalam dilema. Dirinya dibiarkan hancur. Kalau boleh dilihat jiwa milik seorang Izz Izkandar bin Hydir Lefecere, rasanya jiwanya itu sudah hancur lebur. Hancur akibat kelakuannya. Hancur akibat kekesalannya. Malah ianya bertambah hancur apabila...

Bayangan demi bayangan hitam itu menghantuinya. Izz cuba melupakan, namun ianya bagaikan sengaja berputar dalam fikiran. Memang hanya sekali Izz meniduri Ress, namun....

"Kau tak guna Ress!! Kau gunakan aku!! Kau perbodohkan aku!!! Kau sial, Ress!!!"

Bayangan demi bayangan muncul di fikiran Izz. Sentuhan demi sentuhan antara dia dan Ress bagaikan masih terasa menyentuhnya sekarang. Rambutnya yang sebelum ini hanya diusap oleh Wawa kini sudah diceroboh. Segalanya pada dirinya telah dikotori oleh Ress. Segalanya termasuklah bibirnya. Bibir digosok kuat oleh Izz. Sekuat hati, bagaikan memberusnya. Itulah yang dilakukan Izz. Namun bayangan pada pandangan gelapnya tetap juga berkunjung.

Saat-saat dia dan Ress lalai... saat-saat dia dan Ress melakukan perkara itu... Dalam kesuraman malam... dalam keheningan malam.... Ha-nya... dia dan Ress.

"Per-gi... to-longlah pergi.... Ja-ngan kacau aku..." rayu Izz dalam esakannya. Dia sedang berbicara dengan bayangan itu. Dimohon, dirayu agar bayangan-bayangan itu pergi dan tidak lagi menghantuinya. Izz menangis sekian kali. Dia teresak-esak bagaikan budak kecil tidak mendapat gula-gula yang dijanjikan ibu bapanya. Dia memeluk lututnya dengan kuat. Disembamkan wajah dalam dakapan itu.

"Che-re epouse...."

Chere epouse..... Umairah...

"Sa-ya... rindukan a-wak..."

"Dan saya pun rindukan awak, Izz Izkandar"

Kepala diangkat laju. Dan.... Terkaku.

Sepasang mata hijau itu memandangnya. Sepasang mata hijau itu merenung ke arah wajah kebasahannya. Seulas senyuman pahit dihadiahkan apabila menangkap air mata penyesalannya. Melangkah mendekati, Wawa bercangkung di hadapan Izz yang memalingkan wajahnya. Tak... dia tak sanggup memandang Wawa setelah segala itu berlaku....

Mata dipejam Izz.

"Izz...."

Senyap. Wawa tersenyum. Punggung dilabuhkan elok atas lantai. Bersila sambil dia meneliti wajah Izz. Wajah yang sangat... dia rindukan. Namun dari sisi sahaja membuatkan Wawa meronta-ronta ingin merenung wajah kesayangannya itu.

"Izz....." panggilnya lagi. Namun masih tadi, hanya kebisuan. Mata lelaki itu masih memandang ke tepi tanpa sedikit pun ingin memandangnya. Wawa masih tersenyum. Tangan diangkat.

"Sayang...."

Gigi diketap. Hembusan di lehernya diabaikan. Mata yang terbuka merenung ke arah tangan Wawa di hadapan mukanya. Dan Izz pasti, di belakang kepalanya juga pasti Wawa letakkan tangannya ke dinding. Senang kata, memerangkap dirinya di tengah-tengah.

"Izz, saya rindu tengok awak malu macam ni"

Darah terasa menyerbu ke wajahnya. Terdengar tawa perlahan dari isterinya. Izz menahan nafasnya apabila dirasakan wajah Wawa mendekat. Kakinya automatik dialihkan pantas apabila bersentuhan dengan kaki milik Wawa.

Namun semua itu, langsung tidak membuatkan Wawa terasa. Dia faham, mungkin Izz sudah tidak biasa setelah lama mereka.... Berpisah.

Ber-pisah? Semangat Wawa untuk membuatkan Izz kembali jatuh padanya perlahan-lahan menghilang. Kabur daripada tadi. Membuatkan tanpa dia sedar, kedua-dua belah tanganya sudah dijatuhkan. Wajah itu kembali menunduk.

Dan hati Izz betul-betul disentap keluar apabila Wawa tiba-tiba berdiri dan melangkah pergi. Kaki lelaki itu bagaikan dipaku dari mengejar. Bagaikan tubuhnya berat untuk bangkit berdiri. Bagaikan suaranya.... Tersekat di kerongkong. Langkah demi langkah perempuan itu menghancurkan hatinya. 

Hinggalah tubuh itu menghilang.

Hati hancur. Jiwa punah. Nafas tersekat-sekat. Dan air mata....

Menitis.

Ke-napa awak tinggalkan saya, Umairah....

Emosi yang tidak stabil menguasai fikirannya. Membuatkan rasa sakit mencengkam kepalanya. Izz menggenggam kepalanya. Urat-urat timbul, rasa sakit mencucuk-cucuk. Jeritannya bergema, sebelum dia rebah tak sedarkan diri.

Dan dalam kesamaran matanya itu, dia dapat melihat seseorang.

Seseorang yang miripnya. Cuma yang membezakan ialah gaya lelaki itu. Sinis. Baju lengan panjangnya disinsing dan sesuatu di bawah lengannya ditunjukkan tanpa dia mengalihkan matanya. Satu corak tatu....

Pandangan gelap.

400 votes to unlock next Chapter :) Kalini tak memain dah. Only 400 votes akan unlock next chap 

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum