79 : Emosi

4.6K 496 63
                                    

"Macam mana dengan dia?"

"Macam mana apa... kau tengoklah sendiri...." Sahut satu suara lemah. Keluhan menyusul kemudian. Wajah muram itu dipandang Ash sebelum pintu bilik sakit ditolaknya. Dan situasi terjadi seperti beberapa jam lepas setelah mereka semua berjaya mengalahkan Feux. Markas Feux telah dihapuskan dengan rocket launcher manakala semua ahli telah dibunuh. SEMUANYA kecuali dua orang sahaja ditinggalkan untuk urusan yang lebih berbaloi. Urusan Ash dengan anak buahnya juga telah diselesaikan setelah mereka kembali menjejakkan kaki di hadapan markas Rosesblood.

Langkah kaki diatur ke arah katil yang terdapat beberapa orang yang duduk mengelilinginya. Wajah kesemua di situ nampak muram dan kosong. Seperti hilang arah. Ofclah hilang arah. Their Queen masih tidak sedarkan diri.

Peket darah jenis O yang baru diambil Ash sebelum dia kembali ke katil yang menempatkan Wawa. Peket darah yang telah habis digantikan. Wawa kehilangan banyak darah. Terlalu banyak. Biarpun lukanya telah dirawat oleh Rizki namun dirinya tetap lemah apabila medium pengangkut oksigen itu berkurangan. Dan itu juga faktor kenapa Wawa masih tidak sedarkan diri selain ubat tidur yang meresap dalam badannya.

"Izz macam mana?"

Mengeluh.

"Dia masih macam tu. Menangis, tertekan... huh" jawab Zahid lemah. Wajah diraupnya berkali-kali apabila bayangan ketika dia melawat Izz kembali berputar dalam fikirannya. Mereka bersyukur ingatan Izz tentang Wawa sudah semakin pulih. Mungkin tak semua tapi sekurang-kurangnya, Izz sudah ingat nama dia sendiri, siapa mereka pada dia dan siapakah Wawa sebenarnya. Memang sangat-sangat bersyukur. Tapi kesyukuran mereka tidak berpanjangan apabila bayangan hitam seorang Eduardo menguasai fikiran Izz. Semua kejadian ketika dia menjadi seorang Eduardo masih kekal segar di ingatannya. Segalanya.

"Aku pernah tidur dengan Ress, kau tahu tak?!!!"

"Diri aku jijik, Nish! Jijik! Aku dah kotor, Nish!!! Apa yang Umairah akan fikir nanti weh?! Apa yang dia akan buat kalau dia tahu aku pernah..... ARGH!!!!!"

"Aku sa-yangkan dia, Nial... A-ku sayang isteri aku... a-ku tak sengaja.. a-ku tak sengaja lukakan hati dia. A-ku... a-ku tak sedar apa yang aku buat!! Tolong aku weh!! Tolong aku!! Aku tak nak isteri aku benci aku!!"

Puas yang lain memujuk, cuba menguatkan semangatnya. Malah mereka semua bertindak memeluk Izz beramai-ramai bagaikan cuba menyalurkan kekuatan pada lelaki malang itu. Semuanya turut bersama-sama merasa penderitaan seorang Izz Izkandar, lalu mereka semua akhirnya menangis. Ash? Tak perlu kata, perempuan itu lah orang pertama yang memeluk Izz apabila dia tak sanggup melihat lelaki itu menangis, teresak-esak seorang diri. Dia sudah pernah kehilangan Izz... Jadi dia tak nak kehilangan Izz untuk kali kedua! Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi otak seseorang! Mereka tidak akan sedar apa yang mereka akan lakukan termasuklah membunuh diri.

Dalam keterpaksaan, ubat penenang terpaksa disuntik pada lelaki itu. Tubuh itu rebah, tubuh itu terkulai dalam pelukan yang lain. Yang lain hanya mampu menahan dari esakan keluar. Keputusan muktamad dicapai. Izz perlu digari.

Lelaki itu seorang pembunuh upahan. Dan lelaki itu merupakan ketua Rosesblood yang asal. Luka terkena pisau dan pistol sudah biasa dirasakan. Maka ianya tidak mustahil untuk lelaki itu mengambil tindakan mencederakan diri sendiri sewaktu yang lain tidak mengawasinya.

Keluhan Ash terlepas. Turut yang lain. Pintu yang ditolak kuat mengalihkan pandangan mereka. Seketika, kesemuanya terkedu. Jam di dinding dikerling sebelum mereka terpana lagi.

Shit.... D-dah pukul 5?

"MAMA!!!!!!!"

Kepala ditunduk, mata dipejam, menahan nafas, mengetap gigi, apa lagi? Semualah. Semuanya tu ialah reaksi ahli Rosesblood apabila the Prince of Rosesblood also the Princess berlari laju ke arah katil yang menempatkan their Queen. Seperti yang disangka, kedua-duanya kelihatan terkedu tak bersuara.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now